Khamis, 20 November 2008

RAFIDAH DAN AP APA NYA

Tabiat rasuah Rafidah Aziz telah di timbulkan oleh Azmin Ali di Parlimen kelmarin.

Azmin telah menerangkan bagaimana pada tahun 2005 Rafidah Aziz telah memberikan AP kepada syarikat Autostad yang dimiliki oleh kaum keluarganya.

Antara pemilik Syarikat Autostad Sdn Bhd ialah Zulkifli Ishak dan isterinya, Annie Tajul Arus. Annie Tajul Arus ini ialah anak buah kepada Rafidah Aziz pemimpin unggul gerombolan wanita United Malays National Organisation.

Syarikat Autostad ini membawa masuk kereta Volkswagen tetapi syarikat ini tidak pun memiliki tempat jual dan pameran kereta.

Azmin Ali dari Pakatan Rakyat juga telah juga membocorkan kepada parlimen tentang syarikat Amira Sdn Bhd yang juga dimiliki oleh saudara mara Rafidah Aziz. Syarikat ini telah mendapat 375 AP semenjak tahun 2007.


kah kah kah….. KETUANAN MELAYU…. kah kah kah…MENOBAT KAN BANGSA MELAYU…. kah kah kah…. pemimpin agung… kah kah kah…

kah kah kah…. WANITA RASUAH YANG TIDAK BERAKHIR AKHIR….kah kah kah



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini satu lagi contoh bagaiamana pemimpin 'ketuanan melayu'. Pada satu tindakan dia akan melaungkan berkenaan ketinggalan orang Melayu dalam banyak bidang dan pada satu tindakan yang serentak juga dia mengkayakan diri atau kaum keluarganya. Ikutilah pendedahan Tukar Tiub dari masa ke semasa. Orang Melayu majoriti masih belum sepenuhnya yakin yang pemimpin 'Ketuanan Melayu ' sebenarnya menafikan mereka daripada menikmati kekayaan negara.Mereka kena sedar kerana kelentong pemimpin 'Ketuanan Melayu' ini sebenarnya yang merompak kekayaan negara lebih untuk dia atau kaum keluarganya.

Tok Uban berkata...

Teringat cerita 3 Abdul....Kasidah, Rashidah, Rafidah.....Jalan Dah...

IndukYati berkata...

lantak dio lah...poie jahanam pon ado eloknyer..mengayokan perut anak bini&keluarga,
satu pon takleh diikut..bilo bercakap dlm PC..lopeh abis meeting ngan kuncu2 Wanita...eden hangat jor tengok roman Nek Pidah nie...
eden dobik kang...