Isnin, 17 November 2008

TULIS DALAM DAIRI – INGAT TARIKH - JEMPUTAN PESTA – SEMUA DI JEMPUT !!!

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 perwakilan, pemerhati, pemimpin komponen Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan berlangsung 29 November ini.

Biro Penerangan PKR dalam satu kenyataan berkata, kongres dua hari bertema ‘HARAPAN BARU’ diadakan di STADIUM MALAWATI ,SHAH ALAM.

Katanya, kongres pertama PKR selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, akan menyaksikan kehadiran wakil rakyat pembangkang yang ramai sejak penubuhan parti, 10 tahun lalu.


“Kongres kali ini diberikan tema ‘HARAPAN BARU’ atas kesedaran perlunya untuk menterjemahkan kuasa rakyat yang disaksikan dalam pilihan raya umum lalu kepada kuasa perubahan yang jitu ke arah Malaysia yang adil dan demokrasi.

“Kongres ini juga pertama kali diadakan sejak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang, selain membuka ruang kepada perwakilan membahaskan dasar perjuangan parti secara umum serta polisi pentadbiran negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat secara khususnya,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan berkenaan berkata sayap parti, iaitu Angkatan Muda dan Wanita pula akan mengadakan kongres mereka secara berasingan pada 28 November.

“Kongres mereka akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali di stadium berkenaan. Selepas perasmian, Angkatan Muda akan terus bersidang di Stadium Malawati, manakala Wanita pula akan bersidang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

“Orang ramai juga dijemput untuk mendengar pidato umum Anwar pada malam 29 November ini di stadium berkenaan,” kata kenyataan itu.




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada makan free tak? kalau ada aku nak join..

Tanpa Nama berkata...

Pada Kongress- itu nanti akan dimuktamadkan ke tarikh bila PR ambil alih kuasa daripada BN. Aden dah tak lagat lagi ternanti-nanti, berdegup-degup bagaikan menanti buah tak kunjung gugur dek harapan terdahulu yang dilontarkan dengan begitu yakin. Jangan buat tarikh 29 November itu sebagai satu kejayaan besar akan suatu 'event management' saja. Aden tak kecewa jika harapan awal dulu tidak ditembakkan.

KESINAMBUNGAN YANG PERLU DIURUSKAN SEBELUM... berkata...

Elokla tu... a selalukan buat pestaan ni tunjukan kito ni selalu perihatin dongan rakyat nampak gayao biar dio oghan ngolabah dah ekonomi cacamermba da tu pulakae pemilihan kelang-kelibut tamak kuaso oghang dah meluat pun buek muko toba jo mano ado peluang nak ditibai-tibai habih-habih natang ni daoi somput dado dekae

Edyes berkata...

Tak dapat hadir. kerana komitmen percutian yang telah dirancang sejak sekian lama.

muraisenja berkata...

semoga mendapat restu dr Illahi...amin

Tanpa Nama berkata...

pesta?boleh ulas sikit kenapa pesta?

kongres ni macam MIC ke?

kongres ini jugak aku harap satu deklarasi oleh PR khususnya PKR berkaitan halatuju politik mereka. melayunya,cina,india - corak pemerintahan.andai PR berjaya memerintah apakah agenda PAS dengan undang2 islam (hudud) dapat diterjemahkan.atau barangkali sesuai dengan semangat malaysian2 dap.atau pkr lebih suka dengan liberalnya.

bro...aku gasak kat kolah tolong tanya soalan ini...

Tanpa Nama berkata...

Tak ada kah kah kah ke?

GombakRock berkata...

boleh bukak gerai x kat sana?? aku ingat nak berniaga ar... al-maklumlah keadaan ekonomi skang nih..

http://malaysiansoul.blogspot.com/

meh le singgah komrad2 sekalian...