Selasa, 4 November 2008
UMNO BOLEH RUNTUH JIKA DIKUASAI KONTRAKTOR - malayau
SHAH ALAM 1 Nov. –UMNO berhasrat menggalakkan pembabitan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dalam kegiatannya sebagai salah satu langkah memulihara serta memperkuatkan parti itu pada masa depan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, langkah tersebut dibuat kerana keahlian UMNO kini lihat dikuasai ramai golongan kontraktor yang boleh menjejaskan keutuhan parti jika tidak ditangani segera.
Katanya, keadaan sedemikian amat jauh berbeza dengan zaman dahulu di mana UMNO dibentuk oleh gabungan daripada pertubuhan- pertubuhan Melayu dengan matlamat yang sama iaitu menjaga kepentingan bangsa.
PKMM SANGKAL KONTRKTOR RUNTUHKAN PARTI - malayau
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menyangkal dakwaan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib bahawa parti itu akan runtuh jika keahliannya terus dikuasai kontraktor.
Setiausaha Agung PKMM, Datuk Osman Abu Bakar berkata, kebanyakan ahli PKMM yang merupakan pemegang jawatan dalam bahagian dan cawangan UMNO sentiasa berusaha memulihara dan memperkuatkan parti untuk masa depan negara.
''Kewibawaan kontraktor Melayu terserlah apabila terlibat dalam politik dan menunjukkan kewibawaan, kematangan dan keprihatinan terhadap hala tuju dan pembangunan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
kah kah kah….. ini berita baik…. kah kah kah…UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION BOLEH RUNTUH.... kah kah kah…. dah runtuh pun….kah kah kah…
bila dua munkee bergaduh rakyat senang hati…. kah kah kah
satu munkee kata runtuh…. satu munkee kata tak runtuh….. kah kah kah…
dua dua munkee ni salah…. kah kah kah… dalam GEROMBOLAN UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION mana ada kontraktor….. kah kah kah… yang ada kontrek jungkies…. mat sub sub sub sub sub sub sub con…..kah kah kah….banyak mamat cari projek…. bukan kontrektor…kah kah kah…
Labels:
UMNO,
UMNO Berpecah,
Umno Rasuah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
laa..dia baru sedar yang pegawai-pegawai parti dan pemimpin-pemimpin united malays national organisation terdiri dari kontraktor,sub con dan sub con man?ada kah dia juga sedar yang mereka-mereka ini juga merupakan PENCURI BESAR,yang telah mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun lalu?..HIDUP SOSIALISMA..!
Kah..Kah..tak sabar nak tengok..bila nak runtuh ni..
boleh buat kenduri la..
runtuh la cepat sikit..
yamseng.!.yamgseng...!
Kalau kontraktor tulen boleh tahan la jugak, tapi majoriti Kontraktor Ali Baba Bujang Lapok. Masing-masing nak jawatan sebab tau nanti boleh dapat projek lepas tu bagi kat non bumi, makan percent jek.
Mampuih la hangpa um-NO
hai mad taib, baru sedar ke? cuba kau perhatikan, kalau peringkat cawangan, ketua cawangan,ketua wanita, ketua pemuda,ketua putri semua ada lesen kelas F,semua projek PBT, semua depa sapu, keja tak buat, makan komesin aje. kalu kat bahagian tu, ketua bahagian,ketua wanita,ketua pemuda,ketua putri semua ada lesen kontrator kelas A, kalau tak pun jadi director, krja depa cari project, mentri pun ketua bahagian gak, jadi faham2 ajelah...itu pun kau tak faham jugak ke mad taib, macam manalah kau dapat calun timbalan president umno, ni mesti dari bahagian yang kau bagi project tak?...kahkahkah...
tak boleh salahkan jugak kontraktor kerana join UMNO.kontraktor pun kena cari makan juga.kalau tak berbaik-baik dengan orang macammana hendak dapat projek.
kalau kontraktor masuk politik tetapi tugas menjadi kontraktor tu dijalankan dengan betul tak apalah.yang buat jadi salah bila dah dapat projek tapi projek terbengkalai atau gunakan bahan-bahan yang tak menepati standard dalam projek.
agaknya macammanalah gamaknya bila PR memerintah Malaysia satu hari nanti.mungkin kontraktor-kontraktor akan beralih arah kepada PR kerana PR yang berkuasa dan projek-projek kerajaan telah dipegang oleh PR.
kalau begitu keadaannya,PR sama sajalah seperti UMNO :)
sdra Hisham,
Osman Bakar ni memang pelik sebab dah lanjut usia tetapi aktif terutama selepas pilihan raya lalu.
Dia ni orang `kuat` persatuan penulis perak. Saya sangka dia hanyalah Ketua Satu PENTAS, sebuah persatuan penulis yg beralamat di Kg Gajah Perak.
Beliau antara ketua persatuan penulis yang tulisan tak pernah lagi ternampak di mana-mana media. Namun dialah yang sibuk menganjurkan perhimpunan perpaduan Melayu di Johor baru-baru ini.
Rupa-ropanya, tak cukup dengan itu, dia jugalah yang menjadi setiausaha PKMM. Berapa banyak persatuan diborong manusia ini.
Rupa-rupanya banyak-banyak NGO yang terpekik terlolong itu...ketuanya manusia yg sama sahaja....
Kesian orang tua ni..tak ada projek kat Perak.
Adnan
Catat Ulasan