Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 1 Mac 2009

GEMPAQ !! HEBAT!! PERASUAH DI TANGKAP!! HANGAT !!! 180 JUTA BERTUKAR TANGAN !!!



ALOR SETAR 1 Mac — Seorang anggota trafik berpangkat Koperal di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak menyaman seorang penunggang motosikal pada 1 Nov tahun lalu.

Nordin Muhamad Nor, 46, didakwa menerima suapan wang tunai sebanyak RM180 untuk tidak menyaman Khoo Shu Shan atas kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen dan tamat cukai jalan, di bulatan Teluk Wanjah di sini pada kira-kira pukul 6.40 petang.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fieza Fazlin Fandi.



kah kah kah…. GEMPAQ SELURUH ALOOOR STAQ…. kah kah kah….

kah kah kah…. HEBAT 180 JUTA BERTUKAR TANGAN?.... kah kah kah…

woit…. BUKAN RINGGIT…..kah kah kah…. 180 JUTA RUPIAH PAAAK…. kah kah kah…

kah kah kah….INI SAJE KE KAMAMPUAN SPRM….kah kah kah….

woit… MINTA TANYA POLIS TRAFIK NI…. RAYA HAJI DULU DIA KAT MANA?..... SIAPA BAGI DIA DAGING KORBAN ?..... kah kah kah….ENTAH ENTAH MB SELANGOR ADA ULUR DIA DAGING KORBAN…. kah kah kah....

kah kah kah...LEMBU LEMBU MAT EZAM DI MANA ... TAK BERGERAK GERAK....kah kah kah




15 ulasan:

kakimakan berkata...

Hehe...memang la, kalau sekali polis buat operasi, terutama kat tempat yg jarang2 ada roadblock, mesti geng2 motor terkantoi punya. Waktu ni, terpulangla, nk suap duit ka, @ mbik surat saman.
Thn lepas aku pun bwk motor lupa bwk lesen, tapi tak sangka depa duk tunggu dlm taman,,,tepi pasaraya..Apalagi aku pun bagi IC buat cara elok. Kompaun dari 100 lebih boleh diskaun 50 ringgit. Denda aku berjumlah 50 ringgit tanpa guna org dlm. Sapa suruh aku bwk moto xwak lesen. Sengih je la. Tinggal depa x bwk motor pi balai ja..
Ah..ralit plak aku tulis pasal saman motor nei..
Hahaa.. Hari ni brapa hbulan arr?? alamak.. lesen aku mampus dh sebulan dah, tapi belum pi renew lagi..
Pejabat pos!!! tunggu..jgn tutup lagi..aku nak pi berurusan JPJ!!!
Wokeyyy..

tok iskandar berkata...

1 Mac 2009.Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen,buat report polis dan SPRM.

Tok nak ulas kenyataan Najib semalam,sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah.Tok tak tahu siapa penasihat Najib,Razak Baginda atau Zahid Hamidi,tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan.Kalau dah tak reti,eloklah diam sahaja.Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah.Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak.Lain kali kalau nak bertindak,berfikirlah dulu.

Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini.Jika ini berlaku,rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN.Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.

Bukan Najib je tengah pening,Tok tengok kabinetpun pening sama.hari ni kata naikkan tol,esok kata tak jadi.Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam,esok tak boleh pulak.Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang.Rakyat keliru,pelabur asingpun keliru.Siapa yang jadi PM ketika ini,Pak Lah atau Najib.Masa tol naik,mesyuarat kabinet dipengerusikan najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke?Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni.Kabinet tak naikkan harga panadol ke?

Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP,eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi,7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru,persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting.Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI.Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati.Bila dah dapat beribu-ribu sms Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul,guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing.Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri.MP Pakatan Rakyat,ADUN-ADUN,barisan pemuda,puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita.Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas,bekas Ketua Hakim Negara,datuk Shahnon Ahmad,sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.

Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah.Kata pujangga bahasa jiwa bangsa.kalau dah bahasa dikuburkan,ke manakah identiti bangsa melayu.Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian,cd,buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Jika puak-puak UMNo yang dapat,memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia.Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.

Tok seperti rakyat Malaysia yang lain,nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi,berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya.Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.Satu soalan cepuemas,berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN.selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum.Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkan tak boleh.

Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya.Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat,ketakutan untuk membubarkan DUN Perak,isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.

Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN.KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001.Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang.harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo.Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang,Selambau dan Batang Ai.Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara,mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol.Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini.Eloklah SPRM siasat.

Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa.Peluang terbaik mmerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.

Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing.nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidakpun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri.Di Kedah,tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah.Kan surat tu ada setem dan bersampul,buat ajelah report polis.jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah.
Ada yang beranggapan UMNo memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini.
Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA.rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis.UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat,seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai,baghal atau lembu buat report polis.

Ingatlah UMNO....,Polis,SPR,SPRM,Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja.Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa.

Tanpa Nama berkata...

ADA dua perkara harus ingat

1. SPRM tidak akan membawa kes rasuah daripada ular besak atau anaconda UMNO ke mahkamah, senang aje tanapa rasa malu dan muka 'sial' mereka akan digunakan taktik ' TIDAK CUKUP BUKTI YANG KUKUH'. Itu sebabnya akan bertimbun-timbun kes yang tak bergerak jika terlibat buaya besak UMNO.

2. Mereka akan cari kes kucing kurap atau daripada pola yang menggugat kepenting kuasa orang UMNO seperti daripada PR atau NGO yang sering mengutuk UMNO

Ingat SPRM tak ada standardlah , koman sekali!

Sakuragi berkata...

Lembap giler SPRM ini!!! Rasuah seringgit kena tangkap, rasuah juta2 tak kena pulak.... kalau rasuah gula2 kat budak2 macam mana?

Tanpa Nama berkata...

rasuah ciput2 kan senang kira..lembu pun senang nak kira.. yang besaq2 juta2 susah nak kira.. anggap jer tak cukup bukti.. senang keje

Tanpa Nama berkata...

Betul kah anak Ketua Pengarah BPR ni tengah tunggu kes pendawaan di Australia. Kes seks luar tabii????

SL Chan berkata...

alahai...memang kucing-kucing kurap!!!

keylee daud berkata...

hahaha..ini baru betul...hahaha BESORNYA IKAN...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Apa jadi kes video Lingam??
Apa jadi pada ks video Vijendran??

Tanpa Nama berkata...

Wooah!!..RM180 trillion Zimbabwe banyak busar ..bayi bongga makan tak habis o..

pekakbutabisudungu berkata...

sprm-sperma
mmmmmmm

Tanpa Nama berkata...

Tu le standard SPRM kita, sekadar kes 180 henget je keupayaan dia orang. Yang kes ratus-ratus juta tu dia orang tak upaya nak tangkap sbb kelulusan akedemik dia tak brapa tinggi benor utk mengira duit berjuta--juta tu. Balik-balik yang kena Polis, JPJ, Kastam & anggota Penguatkuasa je. Kes-kes yg melibatkan VVVIP, langsung tak de action.

- Ex-Suhakam

MARI BERSATU berkata...

Kesian kes 180 hinget kena masuk jel ni, kalau di dapati bersalah kena denda lebih 2000 dah kena buang kerja, kalau kena jel setahun kena buang kerja, kesian anak bini dia, terima 180 je kena masuk jel tau....yang menghilangkan 2 billion duit perwaja tu di bebaskan dan dan dan dan banyak lagi bebas sebab TAK ADA BUKTI........ ada bukti 2 kotak pun tak boleh pakai, dulu beria-ria kata ada berkotak kotak maklumat bukti rasuah...tup-tup koperal trafik yang kena cekup.....kesian....

Tanpa Nama berkata...

SPRM dan Ahmad Said ni takkan siasat kes rasuah berjuta juta RM yang dibuat oleh pemimpin umno sebab dorang bukan pandai sangat mengira. Tak sia sia nampaknya ada PSSMI tu dapat jugak melahirkan melayu penjilat bontot umno yang bengap macam ni.

nami o fish berkata...

RM180=Rp 360,000.huhu!