Jumaat, 3 April 2009

TAK SALAH PENGANUT LAIN GUNA NAMA ALLAH


Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang berkata, tidak salah untuk penganut agama lain menyebut nama Allah kerana ia hak agama masing- masing.

''Isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarkanlah.

''Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga pernah memberitahu tiada masalah jika penganut agama lain menggunakan nama Allah," katanya ketika berkempen untuk calon PKR, Jawah Gerang, 55, di Pekan Lubok Antu di sini malam tadi.




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak larang mengguna nama"allah' bagi penganut lain? Kenapa marah? Kalau digunakan juga adakah Sang pencipta/Tuhan/Allah/ Sang Khalid ada menunjukkan rasa tidak senang dan menurunkan bala terhadap mereka itu? Dari asalnya manusia dulu memang manusia ingin mengetahui misteri dan tujuan keujudan mereka, lantas timbul banyak konsep seperti Matahari itu, Dewa itu atau apa saja yang ghaib termasuk kuasa ghaib diwujudkan dan mereka rujukkan sebagai 'tuhan' atau 'allah' yang mengatur alam semesta ini.nama saja untuk merujuk kuasa misteri yang diyakini mengatur alam jagat ini supaya mereka senang mati esok dipercayai hidup semula dalam bentuk lain atau masuk ke alam neraka dan syurga. Percayakan kuasa ghaib ini juga boleh diguna untuk mendapatkan kuasa atau untuk membuat baik di atas bumi. Terpulang pada seseorang individu itu.

Tanpa Nama berkata...

A'salamkum bro,

Poi tanyo kek tuan guru kek jolobu tu....tanyo dalam kontek usul,aqidah dsb..Allah adalah aqidah umat Islam....jangan nak GUNO main bantai yo...kok lain jadi ae....

lu pikir la sendiri

Tanpa Nama berkata...

Boto tu bro..
Jangan laa terpedayo dengan dakyah kristian ni..jangan nanti ingat anak kek rumah crito Allah..Allah ruponyo kristian...politik..politik gak tp ugamo jngan buek main-main...

Tanpa Nama berkata...

di sebabkan islam, kristian dan yahudi itu agama samawi jadi tak hairan beberapa terma-terma yg di pakai hampir sama

begitu jugak dlm doa kristian yg diakhiri 'amen' dan 'amin' dalam islam... jadi apa tak suruh haramkan saja perkataan amen utk kristian tu

so... kalau rasa dangkal tu... belajar la lg beb.. tak payah masuk hutan jelebu nk belajar agama tu... islam tu berasal dr timur tengah beb!!!

Sasha2020 berkata...

Dalam konteks negara Malaysia penggunaan nama Allah oleh agama lain boleh mengelirukan.

Contoh : Nanti orang kristian akan kata kepada orang islam , bahawa Allah (iaitu Tuhan pada mereka) ada anak iaitu Jesus (bagi orang kristian, Jesus adalah anak Tuhan).

Nanti orang islam yg kebetulan lemah iman atau tak byk ilmu, akan percaya, Allah pun ada anak.

Ini semua sebenarnya gerakan halus mereka untuk mengelirukan orang islam.

Kepada semua orang Islam, tolak politik ketepi dan bersatulah atas nama Islam yg sebenar.

Sudin berkata...

Haiya,isham !
lu mana pigi ?
Gua sama olang kampung manyak susah hati lo.
Itu Jepun manyak bikin kacau.
Gua sama Eni sembahyang sama TUAN ALA lu atak silamat o........

Abang isham,
orang melayu ni walaupun tak sembahyang,berjudi,perogol,bunuh orang,rasuah,menipu.....bila bab ini mereka akan melenting.
Kerana diri berada digaris merah yang difatwakan oleh tok kadi yang mengahwinkan tok kodek agar jangan melepasi garis merah(syirik).Pemimpin politik mengambil kesempatan atas kebodohan orang melayu sendiri yang tidak mahu melintasi garis merah.
Maka jadilah lebai malang,lebai pulut.

Bila ditanya apa ugama yang paling awal ?
Maka tercirit-birit macam cicak makan kapur.
Bagaikan anjing bercawat ekor.
Bagaikan anjing galak babi berani.

Unknown berkata...

ape nk gaduh2...
allah kan ada 99 lg nama...
nape xgunakan...yg penting iman kta..

Tanpa Nama berkata...

salam bro
gua setuju ngan AI/TGNA.Cth: Takkan gua nak marah pd sahabat cina gua bila mengatakan hujan tu tuhan Allah yang turunkan?.. patutkah gua ckp bukan (itu tokong yang turunkan) kepadanya?... tentu gua kufur kalau gua cakap macam tu. satu lagi, bila bawak anak2 gua lalu sebelah tokong/kuil. anak gua tanya, tu tuhan cina/india ka? tentu gua sesat kalau gua cakap ya,, betul tak?.. walau apa pun sembahan mereka, pasti tuhan mereka yang sebetulnya hanyalah Allah. Orang Islam tidak boleh bersifat terlalu defensive dlm hal akidah ni.Ini asas tauhid yg terpenting.

Tanpa Nama berkata...

Ni ler para bijak pandai tapi tak faham asas. Kat mana korang letak akal yg Allah bagi.

Dalam Quran beribu kali membahasakan tuhan sebagai Allah. Ada tak dalam kitab2 agama lain yg guna Allah ni. Walhal kitab2 lelain ni dah 'tercemar' oleh manusia. So, the only true reference is the Quran.

Ni kira amanah yang perlu kita pertahankan dan bukan diperlekehkan. So, who gave all of you the right to say it's ok to let the use of Allah for other religion. They have been using other words to decribe god for centuries...why now they insist the use of Allah?

Guna akal...jgn ikut hati...