Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 21 Ogos 2009

MANA BERITA YANG BETUL ?




SAYA DI JADIKAN KAMBINH HITAM : RAKAN KONGSI ROHAIZAT
– berita hairan

BUKIT MERTAJAM: Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak mendakwa beliau dijadikan "kambing hitam" berhubung isu pembatalan lesen peguam sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir itu.

Yusri, 39, yang pernah menjadi rakan kongsi Rohaizat selama lima tahun dari 1999 berkata, urusan firma guaman mereka itu dilakukan dengan persetujuan Rohaizat.

"Saya tidak menafikan sebarang penyelewengan yang berlaku. Saya nak nyatakan segala perjalanan pejabat termasuk soal cek dan kemasukan fail dilakukan dengan perbincangan bersama rakan kongsi.

"Ertinya apa yang dilakukan rakan kongsi saya dan saya sepatutnya ditanggung kedua-dua belah pihak, bukan saya sahaja," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Aman di sini, hari ini.

Selasa lalu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Yusri mengakui beliau menyediakan perjanjian jual beli tanah untuk koperasi itu dengan persetujuan Rohaizat.

"Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun berkenaan," katanya yang mengenali Rohaizat sejak 1989 kerana belajar di universiti yang sama.

Mengenai dakwaan bahawa beliau melarikan wang syarikat, Yusri berkata: "Kalau ada tuduhan saya lari dengan duit, duit yang ada dalam bank tak boleh dikeluarkan dengan tangan. Kena keluar dengan cek. Sila tampil untuk kemukakan nombor cek."

Yusri, yang tidak berhasrat membuat laporan polis berhubung perkara itu berkata, peguamnya sedang menyediakan dokumen untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya menggelap dan menyalahgunakan wang syarikat.

Katanya beliau tampil untuk membuat penjelasan itu bagi membersihkan namanya yang telah tercemar tanpa desakan daripada mana-mana pihak.

"Saya harap penjelasan saya ini dapat membersihkan diri saya daripada "dikambinghitamkan" dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguambela dan peguamcara," katanya.

Katanya beliau akan meminta kebenaran daripada pakatan pembangkang untuk menjelaskan kedudukan sebenar melalui kempen pilihan raya mereka.

Yusri yang ketika ini bekerja sebagai ahli perniagaan berkata beliau tidak lagi menjadi pengamal undang-undang dan lesen guaman sivilnya tidak dibatalkan tetapi beliau tidak memperbaharuinya sejak 2004.


SAYA DIJADIKAN KAMBING HITAM – RAKAN KONGSI ROHAIZAT
-melayau

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak mendakwa beliau dijadikan “kambing hitam” berhubung isu pembatalan lesen peguam sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir itu.

Yusri, 39, yang pernah menjadi rakan kongsi Rohaizat selama lima tahun dari tahun 1999 berkata urusan firma guaman mereka itu dilakukan dengan persetujuan Rohaizat.

“Saya tidak menafikan sebarang penyelewengan yang berlaku. Saya nak nyatakan segala perjalanan pejabat termasuk soal cek dan kemasukan fail dilakukan dengan perbincangan bersama rakan kongsi.

“Ertinya apa yang dilakukan rakan kongsi saya dan saya sepatutnya ditanggung kedua-dua belah pihak, bukan saya sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Aman di sini, hari ini.


BEKAS RAKAN KONGSI ROHAIZAT DAKWA UMNO BERBOHONG – harakah daily

BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan adalah bohong.

Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan.

"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.

Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya.

KAH KAH KAH….

Kah kah kah…. SATU SIDANG AKHBAR….SEORANG YANG BERCAKAP…kah kah kah…

Kah kah kah… ADA 3 LAPORAN YANG BERBEZA… kah kah kah…

Kah kah kah…. MANA YANG KELENTONG …. kah kah kah….

Kah kah kah…. ADAKAH DARI WARTAWAN YANG KATA ULTRA VIRES ERTINY HINA SULTAN ?.... kah kah kah…

Kah kah kah…. ADAKAH DARI WARTAWAN YANG TAK KENAL SIAPA KARPAL SINGH?... kah kah kah…

Kah kah kah… ATAU DARI WARTAWAN KATA I HANYA BACA MAJALAH FESEN BOGIU.. kah kah kah….

Kah kah kah….ATAU DARI WARTAWAN YANG KATA I SUKA BACA KARTON WINI DE PU AH… kah kah kah

Kah kah kah…. ATAU INI LAPORAN DARI WARTAWAN PRE LANCH… kah kah kah

Kah kah kah….TUGETER GETER KITA CARI JAWAPAN…. Kah kah kah..

Kah kah kah…. KEEP TOUCHING….kah kah kah…



4 ulasan:

Saiful berkata...

wartawan utusan melayau tu yg manggkuk..mangkuk cendoii....di pi ngaji kat sekolah umno tu ..cara dia tulih kena lain..
mampuih cam tu pun ada kat msia..kata byk pro..pi rah..motong,,lagi baguih..heran cam na dia buat duit..laku ka..
senor tt dah pi pekena cendoi ka..

Tanpa Nama berkata...

satu lg kemenangan buat Pakatan Rakyat,menang tanpa bertanding.SPR ape lg batalkan la pencalonan calon BN ni,sudah terang lg bersuluh....hehehe...

Tanpa Nama berkata...

jawapannya adalahhhhhh....jeng jeng jeng...aku harap sangat umno totok buka internet dan lihat sendiri video sidang media oleh yusri ni....samaada wartawan dorang pekak, bodoh atau mmg jenis terjelir lidah nampak duit mcm anjing...

Kucing Parsi berkata...

ha ha ha

nanti susah jugak kalau wartawan yang tak tahu perkataan perkataan ini

tak tahu jawatan anwar tak tahu jawatan karpal singh

ha ha ha

nak percaya ke wartawan tu

nak kena suruh ambik balik UPSR gamak nya wartawan tu

ha ha ha

visit

http://www.melodymockers.blogspot.com/