Jumaat, 11 September 2009

BERITA PELIK TAPI SELALU DI DENGAR




MANGSA KEBAKARAN SETINGGAN KG. BATU SETENGAH TERIMA BANTUAN
-melayau

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini menyampaikan bantuan wang serta barangan keperluan harian kepada mangsa kebakaran setinggan Kampung Batu 1/2 Jalan Sungai Besi awal pagi semalam.

Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan bantuan seperti selimut, kit bencana, kit bayi, tikar, kain batik dan pelikat kepada 21 keluarga yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian itu, di samping wang tunai RM400 kepada tiap satu keluarga.

Kebakaran pukul 1 pagi semalam itu menyebabkan seorang bayi dan ibunya maut manakala 57 yang lain kehilangan tempat tinggal.

Shahrizat berkata, semua mangsa kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Flat Seri Selangor, Jalan San Peng, buat sementara waktu, di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga mereka mampu berpindah ke rumah keluarga atau kediaman lain.

Nota:
hairan tak? kita selalu dengar kampong setinggan terbakar.
selalunya kampong yang terbakar ini dalam bandar.
adalah cerita rumah papan, letrik tak betul. tapi kampong
lain daolam negara ini pun dari kayu juga. rumah panjang
di serawak tak pernah pulak terbakar. kampong orang asli
tak ada juga cerita terbakap – dinding buluh, atap nipah lagi
senang terbakar – tapi tak pernah.

pelik. lepas terbakar ada pulak kroni datang nak ambil tanah.
hairan dan pelik. macam cerita kondo 116 orang pendatang haram tapi
taiko sempat lari kah kah kah.




9 ulasan:

Johan berkata...

yg ni gua tak pernah terfikir dorg leh buat..mmg licik sungguh taktik ni..senang je rompak tanah..

woit,Santarina Sharizat dtg tabur gula2 kahkahkah..skang baru September,awal tul santarina muncul..kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

orang yang tunjuk belas kasihan tu ler penyamun tarbus paling besar punya malaon.

Kata Sharizat kepada saudara mara dia

"Takpe, saya kasihan dengan mereka, saya sumbangkan RM 400 untuk ringankan beban mereka, lepas nie saya dah kira berapa saya akan dapat lepas jentolak tu robohkan rumah mereka."

Tanpa Nama berkata...

Apa nak hairan di mesia, macam2 boleh jadi...gadis cun dari mongolia datang kemari bunuh diri pakai C4!
Gerembolan ni masih ingat rakyat mesia senang di tipu gamaknya?

Unknown berkata...

Ya abang, betul cakap u....kalau di rumah panjang di sarawak, penghuni rumah hisap rokok dalam rumah dan memadamkan rokok di lantai kayu, membuang puntung rokok di celah lantai rumah, tapi tak pernah dengar kebakaran...memang pelik bin ajib

Haji Kepala Lembu berkata...

aku suka sharizat ni, walaupun dia wanita MIC tapi anak dia lawa..

Irama berkata...

aku nak tuduh dibakar, aku kurang bukti lah...tapi apa yang sering jadik mcm tu lah... kampung air di pantai timur sabah dah berpa kali terbakar,,, kah kah kah

ni memang kes nak rembat tanah orang kampung air....kampung air dah sah-sah tepi bandar,,ni nafsu org kaya nak timbuk tanah bikinm hotel bikin apa jak yg dipanggel kununnya pembangunan,,, ptuihhh

bukti dah ada..dah ada bukti kampung air dah bertukar jadi BANDAR...jadi rumah batu,,jadi hotel..tak caya cuba tanya orang sabah mana pegi kampung air BDC.. mana pegi separuh kampung air PUYUT, kah kah kah cuma tak jumpa lagi bukti yang rumah tuh dibakar..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

pinjam lidah samy bulu:
ini worang setinggan banyak susah. api tarak. ini macam saya janji saya kasi api sama ini worang.

pinjam ketawa samy bulu (masa sidang media lepas dia perli subramaniam mungkin menang):
hahahohohihihehehuhu

1 lagi berita pelik 1malaysia yg selalu kita dengar:
bila ada skandal salahlaku/rasuah, lepas kena desak bertubi2 dgn rakyat atau pembangkang, akhirnya polis atau pencegah rasuah pun mula siasatan. tapi siasat bukan pemimpin besar UMNgok/BoNgok yg masih pegang jawatan tinggi. yg disiasat ialah individu yg tak penting - pemimpin bawahan, atau pemimpin yg dah tak pegang jawatan, bekas pengerusi, bekas mb, bekas keluli, bekas empat persegi, bekas tapak kaki...

contoh:
(NST) PUTRAJAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission has started its probe against Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo for alleged corruption when he was the Selangor menteri besar.
Sources said MACC had opened two investigation papers against the politician.

fredo berkata...

maksud ko... iskkk

Tanpa Nama berkata...

setinggan kena bakar ni dh lama berlaku,cam kg lindungan dulu slalu je kena bakar..last2 tanah tu naik bangunn tinggi tokey2 besar punya,cian org2 kg merempat lagi..