Selasa, 1 September 2009
SELAMAT BERBUKA PUASA
BERTANYA LAH KAMU
tidak kah kamu membaca kitab kitab lama
tidak kah kamu mendengar surah turun temurun
tidak kah kamu tentang urs - babel dan petra
tidak kah kamu tahu macchu picu - harappa – midian dan dedan
tidak kah kamu tahu semuanya runtuh
tidak kah kamu ingin bertanya – kenapa kota runtuh
tidak kah ada sadikit niat dihati kamu untuk berhenti sedetik
tidak kah ada rasa hati untuk tahu kemana kota kota ini hilang
biar aku surahkan tentang keangkuhan manusia ini
biar aku surahkan berapa bukit emas mereka kumpulkan
biar aku surahkan berapa istana mereka dirikan
bira aku surahkan berapa juta hutan mereka robekkan
kau lihatlah kota kota itu runtuh
kau lihatlah wadi wadi itu kering
kau lihatlah tulang tulang berserakan
kau lihatlah rumput rumput hangus
kau lihatlah yang tinggal hanya debu
cubalah kau bertanya berapa buah rumah yang di perlukan
cubalah kau bertanya berapa kereta yang kau perlukan
cubalah kau bertanya berapa gantang emas kau diidamkan
cubalah kau bertanya bukan pada aku tapi pada dirimu sendiri
kerana aku hanyalah si pembawa surah
tidak kah kau tahu bumi ini semakin panas
tidak kah kau tahu bahangnya memangkin api
tidak kah kau tahu udara makin terbakar
tidak kah kau tahu salju semakin cair
tidak kah kau tahu air sungai semakin kering
apakah kau masih gila mengumpul benda
apakah kau masih gila memotong hutan
apakah kau masih gila membuat loji
apakah kau masih gila berebut harta
apakah kau masih gila mencari kuasa
aku hanya pembawa surah
seperti surah surah yang terdahulu dari surah aku
aku hanya mengulangi apa yang aku tahu
tidak kah kau terdengar surah tentang noah
tidak kah kau terdengar surah dari bharat
tidak kah kau pernah mendengar surah gilgamesh
jika kau masih angkuh
jika kau masih ingin degil
jika kau masih berahi dengan harta dan kuasa
kita akan tengelam bersama-sama
aku hanya ingin menyampaikan surah terakhir
surah untuk ingatan kita bersama
ayer ayer batu di khutub utara telah cedera
ayer ayer batu ini sedang cair menangis
ayer ayer ini cair menangisi keangkuhan manusia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
Cause we all live under the same sun,
We all live under the same moon,
And why can't we live as one?
Selamat Berbuka.
Jangan lebih sangat makan petai - nanti kucing-kucing kau juga pedih mata menangis - terkena gas.
Tq
http://ricecooker.kerbau.com/2006/05/05/hishamuddin-rais-dimana-perginya-katak-hijau-itu/
"Di Mana Hilangnya Katak Hijau Itu" ni antara tulisan Isham yg gua paling minat..
Message from the Kogi
‘From the beginning in Colombia
everything, everything remained as it
was
among us,
the native people;
the same belief, the same mask,
the same dance.
Everything well organised, in order,
A terrace for every animal.
‘Younger brother was permitted in
other places,
other countries.
There was a dividing line, the sea.
‘He said, ‘Younger Brother that side,
Elder Brother this side.
You cannot cross it.’
Because this Colombia was the heart of
The world,
Of the whole universe.
‘But Younger Brother came from
another country
and immediately saw gold
and immediately began to rob.
There were golden images,
golden oracles.
The Mama prophesied with golden
Bowls,
he had a golden tuma,
he had everything
and Younger Brother took it all to
another country.
‘Now the Mama grows sad,
he feels weak.
He says that the earth is decaying.
The earth is losing its strength
Because they have taken away much
petrol,
coal,
many minerals.
‘A human being has much liquid inside.
If the liquid dries up we fall with
weakness.
This same thing can happen to the
Earth,
Weakness makes you fall,
weakness.
‘So the earth catches diseases of all
kinds.
The animals die.
The trees dry up.
People fall ill.
Many illnesses will appear
And there will be no cure for them
Why?
‘Because the Younger Brother is among us,
Younger Brother is violating
The basic foundation of the world’s law
A total violation.
Robbing.
Ransacking.
Building highways,
Extracting petrol,
minerals.
‘We tell you,
We the people of this place,
Kogi,
Asario,
Arhuaco:
that is the violation
‘So the Mamas say,
‘please BBC
no one else should come here,
no more ransacking
because the earth wants to collapse,
the earth grows weak,
we must protect it,
we must respect it,
because he does not respect the earth,
because he does not respect it.’
‘Younger Brother thinks,
‘Yes! Here I am! I know much about
the universe!’
But this knowing is learning to destroy
the world,
to destroy everything,
all humanity.
‘The earth feels, they take out petrol, it
feels pain there.
So the earth sends out sickness.
There will be many medicines,
drugs,
but in the end the drugs will not be of
any use.
‘The Mamas say that this tale must be
learnt
by the Younger Brother.
http://www.theelderbrother.com/kogi/index.cfm
..saya nak tinggal mana kalau semua ada air??
kesian..INSAN..
waa... memang menginsafkan diri.. T_T
Baca buku Collapse yang dikarang Jared Diamond mengenai isu bagaimana pelbagai tamadun manusia yang lepas runtuh kerana mereka menelan lebih banyak dari yang sepatutnya sumber alam semulajadi hingga alam semulajadi kering kontang dan musnah.
Zaman sekarang sama jugak. Kehilangan kehijauan dan spesis-spesis haiwan dan tumbuhan yang melampau (kehilangan 'biodiversity'/kepelbagaian alam), kecairan kutub dan perubahan cuaca yang semakin panas dan kering kerana ekonomi manusia melepaskan begitu banyak gas karbon dioksida dan methane ke atmosfera, dan pelbagai lagi penghinaan pada alam sekitar.
Berwaspadalah umat manusia.
Bila melangkah dan memijak bumi, berpijaklah lembut-lembut.
Ni brita 2 bln lps tp gua baru je terbaca..Hutan Simpan Bkt Nenas,satu2nya hutan yg ade kat ibukota akn digondolkan..
dgr citer "sebahagian" dr hutan je akn dimusnahkan..ape lah gune gazetkan sbg 'hutan simpan' tp tak terjamin dr dirogol atas nama pembangunan??
http://www.mmail.com.my/content/9395-mauling-bukit-nanas
tanda2 kecil kiamat...
selamat berbuka bra
Ni sbb manusia telah melupakan perintah tuhan yg terdpt didlm kitab. Manusia telah mengambil pendpt2 manusia dan dijadikan agama. Maka manusia telah melanggar tujuan kejadiannya. "Tidak aku jadikan manusia dan jin utk mengabdikan diri kpdku".
Catat Ulasan