Khamis, 28 Januari 2010

HARI INI DUA TAHUN DAHULU



AL-HAKIM DR.GEORGE HABASH




MAIN KAN LAGU ITU SEKALI LAGI

Dia dilahirkan pada tahun 1927 di-Al-Lid Palestine.
Pelajar bijak akhirnya mendapat tempat untuk belajar
menjadi tabib di American University of Beirut – di Fakulti Perubatan.

Pulang bercuti pada tahun 1948 – dia melihat sendiri serangan pengganas Zionist
terhadap kotanya. Dia melihat sendiri warga kota berduyun-duyun
dihalau keluar dari rumah dan kampong dan dusun mereka dirampas

Dia melihat kakaknya mati terbunuh. Lalu di kebumikan dalam perkarangan rumah
kerana pengganas Zionis melarang warga Palestine keluar rumah.

Lalu keluarga mereka di halau keluar meninggalkan Al-Lid.
Lalu dia melihat ribuan orang pelarian meninggalkan Palestin
termasuk diri dan keluarganya sendiri.

Di Beirut dia mendapat kelas pertama dari Fakulti Perubatan. Maka
dia dikenali sebagai Al-Hakim.

Dia mendirikan klinik di wilayah miskin untuk membantu sesiapa yang
memerlukan perubatan. Dia menolak untuk jadi kaya raya dan bersenang
lenang walhal peluang ini terbuka luas.

Pada tahun 1967 Al-Hakim muncul bersama PFLP

Al-Hakim adalah Arab tulen.
Al-Hakim adalah rakyat Palestine yang tidak tunduk.
Al-Hakim tidak pernah meminta- minta dari para raja dan sheikh
Al-Hakim tidak pernah duduk semeja untuk berunding
Al-Hakim tidak pernah mengariskan agama
Al-Hakim tidak pernah menjadi chuvinis

Al-Hakim tidak membelot menjualkan seinci tanah Palestine
Al- Hakim tidak ke Camp David
Al-Hakim tidak ke Oslo

Al-Hakim tidak ada istana
Al-Hakim tidak memiliki harta kekayaan

Lalu dunia memanggil Al-Hakim George Habash
Lalu dunia mengenali perjuangan international Palestine

Al-Hakim adalah internationalis
Al-Hakim adalah warga dunia

Salut untuk anak muda yang berani
Salut untuk warga dunia

Mainkan sekali lagi Internationale
Dendangkan suara rakyat tertindas

Lalu Al-Hakim wafat dua tahun dahulu

Salut untuk PFLP
Salut untuk Al-Hakim




15 ulasan:

Awang berkata...

AL-HAKIM IS A REVOLUTIONARY CHRISTIAN PALESTINIAN ARAB.

REVOLUTION UNTIL VICTORY!

Tanpa Nama berkata...

long live republican!!!!down with the rajagopal!!!


gibuk

Bigfish berkata...

Perjuangan rakyat Palestine mendapatkan semula tanah yang dirampas tidak akan terhenti selagi rejim zionis yang disokong oleh kuasa besar bermaharajalela.

Rakyat Malaysia harus berikan sokongan padu bagi membantu saudara seagama yang telah lama tertindas.

Tanpa Nama berkata...

Sungguh langka mendapat sosok manusia berjiwa raga 'internationale' di bumi ini kerana fahaman agama dan fahaman tidak saintifik telah mentradisi sebelum munculnya fahaman segagat, suatu fahaman yang membawa inti 'sisterhood' dan 'brotherhood' yang sebenar.Fahaman agama yang mengikut sejarah adalah sarat dengan peperangan dan pembunuhan. Fahaman kapitalis lebih teruk, fahaman Ketuanan Melayu lagi sempit dan membenggongkan, fahaman agama lebih abstrak dan sulit nak dibungkamkan.

Edyes berkata...

Salam brader...

minta tolong ulas mengenai perjuangan Che Guevara... nyatakan pandangan brader terhadap tokoh revolusi ini...

ha ha ha berkata...

Ha ha ha ha..

Islam berkembang untuk memerangi Kezaliman bukan kerana untuk berkuasa tetapi untuk mendapatkan Hak Beragama..Kalifah Abu Bakar tak akan menyerang ROM dan Parsi kerana hendak memyebarkan Islam tetapi kerana Pemimpin Rom dan Parsi bertindak Zalim dengan menghukum Umat Islam (Membunuh wakil kerajaan Islam dengan kejam) dan malah menzalimi rakyatnya sendiri..Kerajaan Islam tidak akan sampai ke Andalusia jika Issabella tidak meminta pertolongan...Sama seperti Rejim Zionis yang Zalim.

Oleh itu sesuatu yang Mulia jika kita menentang kezaliman...Islam tidak sekali-kali menyokong kezaliman..moga kita tidak berlaku Zalim...ha ha ha ha..

Tanpa Nama berkata...

MAHADET SUDAH KECOH...BAPA SEGALA PERPECAHAN SUDAH BERSUARA..

KUALA LUMPUR, Jan 28 — Tun Dr Mahathir Mohamed (gambar) menuding jari ke arah PAS dan PKR — dua komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa kedua-dua parti berkenaan telah memecahbelahkan masyarakat hanya kerana kuasa.

Malah bekas perdana menteri itu juga berkata PAS dan PKR sebagai kumpulan serpihan daripada Umno yang bertanggungjawab kepada kerja-kerja menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu.

Ketika bercakap pada majlis “Bicara Perdana” di Perpustakaan Negara di sini, Dr Mahathir berkata adalah satu fakta sejarah Umno merupakan parti politik pertama yang bersatu dan melawan British untuk mempertahankan hak orang Melayu.

Disebabkan kerana perpaduan orang Melayu dalam menyokong Umno menyebabkan British keluar dari Tanah Melayu dan menggugurkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua.

Menurut beliau golongan ulama yang keluar dari Umno pada 1950an telah menubuhkan PAS.

Ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati apabila tidak diberikan jawatan dalam dewan perundangan negeri dan persekutuan, kata Dr Mahathir.

“PAS, sejak dari awal lagi merupakan golongan ulama dari Umno. Mereka kecewa kerana tidak dipilih menduduki dewan perundangan persekutuan dan dewan undangan negeri... ramai pemimpin Melayu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan berpendidikan dipilih dan mereka tidak gembira dengan perkembangan ini.

“Jika anda dipilih, anda akan menjdi YB, dan anda akan dibayar RM300,” kata beliau.

Jelas beliau, golongan ulama ini kemudian menubuhkan sebuah parti itu agar mereka juga boleh bertanding.

“Perpecahan di kalangan orang Melayu wujud kerana mereka mahukan jawatan. Itu masanya bila PAS ditubuhkan,” katanya.

“Kemudian perkara yang sama berlaku dengan Keadilan, dalam juga pada parti Semangat 46 yang telah dibubarkan... semua ini adalah kumpulan serpihan Umno,” katanya.

Dr Mahathir juga mempertahankan kontrak sosial, perjanjian tidak bertulis antara orang Melayu dan bukan Melayu ketika kemerdekaan, dengan menekankan bahawa tanpa perjanjian sedemikian Malaysia tidak mungkin ditubuhkan.

“Jika tiada kontrak sosial, terma dan syarat membenarkan kewarganegaraan bagi bukan Melayu kemungkinan tidak wujud. Kira-kira sejuta rakyat asing diberikan kewarganegaraan ketika itu,” katanya.

Tanpa Nama berkata...

Could the Vancouver Olympic be the next location for a false flag operation like that of Sept 11, 2001? Read below.

http://dprogram.net/2010/01/25/could-vancouver-2010-could-be-the-next-911/

No more.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

tukar tiub tak pernah serik di isa
tukar tiub tak pernak serik untuk ada dijalan
tukar tiub warga dunia warga malaysia warga n9 ada wanta nombor wahid dan ada ketua pemuda yang dah tak muda
tapi dia tidak bersama grombolan
dia masih tukar tiub...

*aku sedang mengipas *

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan Palestin harus dilihat sebagai satu perjuangan kemanusiaan, tanpa mengira aspek agama. Yahudi yang menjadi mangsa Nzai, sekarang telah bersikap dan bertindak lebih teruk daripada Nazi sendiri.

sri hartamas

Kucing Hitam berkata...

RESPECT.

Aril Cantona berkata...

Internationale unite the human race!

Tanpa Nama berkata...

Without any shadow of a doubt,the most effective revolutionary org/fourth generation warriors in the middle east is Hizbollah..they r so brilliant in every department..organization,execution,improvisation,secrecy..one british journalist even said,they r perhaps the best motor mechanics on this planet!(so zenish!!)..the main reason why HAMAS managed to protect GAZA and withstand IDP violent attacks is mainly due the trainings they received frm HIzbollah..the Che Guevaras,Bhaga Jatins would have been very proud of Hizbollah..that's for sure..

Tanpa Nama berkata...

The wars in middle east and now in Afghanistan have shown,both the israeli army and yankee doodle dandies cannot cope with 4th generation warriors like the hizbollahs,hamas,and the afghan tribesman..

pacifist berkata...

kenapa susah sangat nak mengakui islam adalah penyelesaian kepada segala mcm kebobrokan di dunia.kenapa mahu diangkat fahaman yg sudah terbukti mengkucar-kacirkan umat manusia.bersamalah saudara kasim ahmad mencari jalan pulang.dah lama berkelana di dlm isme-isme buatan manusia