Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 10 Januari 2010

REMBAT TANAH RAKYAT SERAH KEPADA CUKONG



PERGI TENGOK DI BEREMBANG SEKARANG - KONDO CUKONG YANG DULUNYA TANAH ORANG MELAYU




BEKAS TENTERA RAYU TIDAK DIPINDAHKAN DARI KAMPUNG WIRA JAYA – berita hairan

Penduduk Kampung Wira Jaya, Gombak dekat sini yang majoritinya terdiri daripada bekas anggota tentera merayu kerajaan prihatin dengan nasib mereka yang diarah berpindah dari kampung tersebut.

Penduduk diarahkan berpindah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak April lalu bagi memberi laluan pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wira Jaya, Sharif Bahaman, 73, berkata, DBKL telah mengeluarkan notis agar mereka berpindah dari kawasan itu ke PPR Ayer Panas dan diberi pampasan RM1,000.

“Notis itu menyatakan kami perlu berpindah dari sini dalam tempoh dua minggu, ia sesuatu yang tidak munasabah dan jika kami enggan berpindah, DBKL akan robohkan rumah dan kami dikehendaki menanggung kos tersebut.

“Atas alasan itu, 40 keluarga yang tinggal di sini sepakat membawa kes ini ke mahkamah dan kes itu akan dibicarakan semula pada 13 Januari ini,” katanya.

Muhammad bertemu penduduk setempat bagi membincangkan masalah yang dihadapi sejak 35 tahun lalu. Sejak mula diteroka, kampung tersebut telah dihuni tiga generasi keluarga bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat sejak zaman penjajahan lagi.

Seorang lagi penduduk yang juga bekas anggota tentera, Aris Talib, 58, berkata, walaupun ia kawasan setinggan, namun ia tersusun berbanding setinggan di tempat lain.

“Ketika pembukaan awal kampung ini dahulu, ia dilakukan secara tersusun demi keselesaan penduduk walaupun dalam keluasan 50 x 60 meter persegi untuk setiap rumah.

“Hanya terdapat 100 rumah dalam kawasan seluas dua hektar ini. Kalau sebelum ini penduduk Kampung Desa Pahlawan yang jauh lebih luas dari kawasan ini dapat hak milik, mengapa tidak bagi tanah sekangkang kera ini,” luahnya.

Tambahnya Aris, kini hanya terdapat lebih 30 keluarga bekas tentera yang menghuni kampung itu.

KAH KAH KAH…

woit… INI LAH KERJA GEROMBOLAN…. REMBAT TANAH RAKYAT…kah kah kah..

woit… KUNNUUUN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT… kah kah kah..

woit… JAMIN ADA BAHAGIAN UNTUK PARA CUKUNG….kah kah kah..

woit… BEKAS TENTERA PUN… JADI HAMLAU… kah kah kah..

woit… BEKAS TENTERA MACAM SELIPAR…. DAH ABIS PAKAI BUANG….kah kah kah..

nota:
bila agaknya orang melayu akan memiliki kesedaran
selama 50 tahun mereka kena tipu
kenapa agaknya susah sangat nak bagi tahu
cukong dan gerombolan ini berkongsi rompak negara
tapi gerombolan janji pada orang melayu allah hanya milik orang melayu
maka bila dengar ini senanglah hati orang melayu merempat kah kah kah

nota:
selama 35 tahun ditanah ini
berapa ratus juta janji sudah didengar
tiap kali pilihan raya - jangan undi parti china
akhirnya tanah siambil oleh cukong china kah kah kah


nota:
ketika penduduk di berembang bangun berjuang
menentang tanah mereka dirampas
cukong telah mengupah... mengupah siapa untuk menekan orang kampong ?

cuba teka?
cuba agak?

cukung mengupah abang long dan abang ngah kah kah kah




26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah.. pukida lah lu bro..

reverie berkata...

Sedih. Menyedihkan.

azmie berkata...

yg duduk di situ, x-army yg sanggup korban jiwa supaya malaon semua senang lenang, umur pun dah tahap warga emas. jgn bagi chance, rembat. buat macam israel di palestine. org tua-tua kata alang-alang menyeluk pekasam. nak ikut israel ikut sungguh. ambik apa yg ada

KAH..KAH berkata...

Sedih sayu sampai mengalir air mata dengar crita ni..
Kena pulak kat setinggan bekas tentera...pengerusi dia pun umur dah senja.

yg herannya takde pulak kesah pasal cerita mat bekas tentera yg takde tpt tinggal melarat sampai tua..takde berumah,last2 mat tua tu mati dlm kereta.!

yg herannya takde pulak keluar cerita mat bekas komando tentera yg merata jumpa berjln kehulu ke hilir..sebab dah gila.

tokey tak berapa selera psl tanah tu kankang kera je..
tapi tokey tak boleh tahan kalu kankang manusia..kah..kah

Tanpa Nama berkata...

fuiyo...tentera ini perlu...bila mereka diperlukan? sewaktu untuk sentimen komunis dan chin peng dimainkan. kes chin peng pun dah abis, tentera tidak lagi diperlukan..

senang saja nak test kes chin peng ni, pergi jumpa tentera2 yang telah tua, sudah tentu tentera2 ni bukannya berpelajaran tinggi sangat dan hidup waktu senja2 begini, tak mau lagi ada masalah2 sblm mengadap ilahi yang secara realistiknya sudah dekat...maklumlah nak jadi tentera...beradik2 saya pun ramai jadi tentera...kendian ditanyakan soalan komunis, sudah tentu mereka2 ini melenting, jadi senang nak rekacipta cerita...bukannya cerdik sangat melayu2 ni...mereka akan melenting dan marah kerana chin peng itu cina, senang nak rasiskan kes ni...apasal shamsiah fakeh derang tak halau? sbb apa? rashid maidin tak jadi mcm ni? sbb mereka melayu...skrg, amik ko tentera...undi lagi gerombolan, bagi alasan ketua dok pantau, tak berani nak tukar gomen, skrg, inilah natijahnya memangkah gerombolan...takpa, lepas ni jangan dok buat dah...apasal eric chia, robert kuok, yeok teck lay, dan menteri2 cina dijaga rapi, sedangkan melayu tentera dibiarkan nasib mereka trus suwey...

Sukj berkata...

BEKAS TENTERA JADI 'BARUA RAKYAT'

PEMIMPIN2 JADI 'JUARA RAKYAT'

SO SIAPA 'JUARA' DAN SIAPA 'BARUA'?

HENTIKANLAH PROJEK MEMPERBODOHKAN MELAYU TU...kah kah kah kah

TAK PERLULAH NAK PERTAHANKAN KALIMAH ITU DAN KALIMAH INI

SEMUANYA HANYA NAK PERTAHANKAN 'KAKMAH AJALAH'...kah kah kah kah..kah kah

Tanpa Nama berkata...

ini dia kempen JUARA RAKYAT. melayu yang mudah utk diperbodohkan

Harris berkata...

Btol tu bro TT..Bila la org2 melayu nk sedar.Asyik kena kelentong je ngan puak2 gerombolan lahanat n musibat tuh!Tengok n lihat la umat2 melayu skalian..Konon2nye gah ngan slogan keramat hakk ptuihh 'ketuanan melayu'.Xde makna n pekdah pun 'ketuanan melayu'

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

biarkan lah mereka bang ..
mereka bukan cerdik pun
1> napa tak pecah lubang pasal uni pos... mengundi ke tak mereka ni..

2.kena tipu berkali kali pun tak pe
berjung untuk negara
3.tanah dikangkang kera nak di cerita
tanah yang di kangkang pun dapat ke

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

biarkan lah mereka bang ..
mereka bukan cerdik pun
1> napa tak pecah lubang pasal uni pos... mengundi ke tak mereka ni..

2.kena tipu berkali kali pun tak pe
berjuang untuk negara
3.tanah dikangkang kera nak di cerita
tanah yang di kangkang pun dapat ke

Tanpa Nama berkata...

mntp TT...pekida jd batak gerombolan je..kaki creet

Kucing Parsi berkata...

hahaha

padan muka

biarkan mereka

undi lagi pembangkang

biar gerombolan mati terus lepas ni

woit...

nak buat apa pegi mahkamah

boleh menang ke

Bkn Sekadar Nama berkata...

Wahai anak2 Adam.....
dan sekalian isi2 bumi,
marilah kita bersatu hati,
buangkan amarah & sifat benci,
jauhkan fitnah & iri hati,
hilangkan segala hasad dengki,
kerana kebaikan yang wajib dihayati.

Perlukah diri ini???
membakar gereja orang2 Nasrani?
membunoh semua paderi2?
menyalahkan semua kaum2 Yahudi?
dan terus menunjukkan kebodohan diri?
bertikam lidah sesama sendiri?
mencela mengeji sana dan sini?
berdemo dari Ipoh sampai ke Miri?
mencaci-caci & memaki-maki?

Sedang tanpa kita sadari...
kesilapan dari diri sendiri,
membiarkan Al-Quran tanpa difahami,
meninggalkan As-Sunnah ajaran Nabi,
memperlekehkan ulama' dan wali2,
yang lemah ditindas & dizalimi,
yang benar ditentang & dikhianati.

Kepada mereka yang tidak dikenali,
tak perlulah kamu bersembunyi,
tak guna kamu berlari lagi,
walau ke India sampai ke Parsi,
walaupon menyusur Perancis Itali,
walaupon menyelam ke Laut Mati,
kerana ALLAH sentiasa memerhati...
Mungkar & Nankir kanan & kiri,
mencatat kebaikan & keburukan diri,
setiap perbuatan di dunia ini.

Ingatlah suatu hari nanti...
kita semua akan pergi,
kita semua akan mati,
meninggalkan terus dunia ini,
dan kita akan dibangkitkan kembali,
menuju alam yang kekal abadi,
barulah kita akan mengerti,
dunia hanya sebuah mimpi,
akhirat di sana itulah realiti.

Dan janganlah sesekali kamu sesali,
dan janganlah sesekali kamu ratapi,
dengan segala perbuatan keji,
tiada siapa pon yang peduli,
hanya kebaikan penyelamat diri,
kerana kamu akan diadili,
di hadapan ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI...

WALLAHUA'LAM.

Orang Lama berkata...

Mana Persatuan Bekas Tentera Mesia yg di pimpin oleh... apa namanya.. Dato' bekas kopral tu...

Tak kan diam jer kot geng mu nak kena halau. Masa kes Chin Peng bukan main mu melalak, bila bab welfare veteran kenapa senyap jer?

Kesian PBTM dapat presiden jenis kuat jilat.

Yang tentera ni pulak jenis bodo, takut sangat nak undi pembangkang

Johan 23.01.84 berkata...

takpe la..semua takpe,asalkan dapat hak milik eksklusif kalimah Allah..ni je yang diperlukan..kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Duit sudah tarak
Poket sudah kering
Projek sudah kontang
Rasuah sudah kurang masyuk

Cukong masih tadah tangan
Tak kasi nanti undi melayang

Duit kena cari
Tanah sekangkang mesti dilebur
Tanah sejembut mesti dikubur

Pedulik apa mat-mat terap
Tulang semua dah reput
Rumah dah kata pergi
Kubur dah kata mari

Mat terap punya nasib
Macam ayam dara sudah jadik ayam tua
Masa untuk kena sembelih

padan muka kau mat terap
sapa suruh pangkah dacing
dacing kan sudah senget
Pindah aje laaa!
Syok jugak duduk rumah tinggi
Tapi jangan lompat-lompat
Nanti sperma marah

nazri berkata...

takkanlah utk buat pembangunan pun tak boleh.lagipun dgn adanya pembangunan, yg untungnya penduduk kat situ juga.

karl berkata...

bekas2 askar tu dulu..dengan bayaran gaji yang sama harga dengan nyawa dorang, berjuang mempertahankan kepentingan ekonomi gerombolan ni. bila dorang dah tak berdaya, sampai tapak rumah yg sekangkang kera pun nak dirampas.

takkanlah tanah tapak rumah pun nak dirampas?

biadap sungguh.

Tanpa Nama berkata...

Ni sebagai peringatan dekat puak mat yg dok kerja askar lagi supaya sedar apa akan jadi dekat depa bila depa tamat kerja nanti.............. Beringat sebelum kena, jangan dah terantuk baru nak beringat.........
Persatuan ada pun tak guna kerana depa semua tu kaki jilat, apakah jasa persatuan dekat para bekas perajurit..............
Kita besa tengok keadaan Kanang Anak Langkau, sampai masuk TV lagi tentang keadaan hidup dia, menagih simpati masyarakat, kenapa perlu hingga ke TV baru nak tolong, apa persatuan buat...............?????

Tanpa Nama berkata...

Mana gi PM 1 Malaysia? X kan tak tau kot?

Tanpa Nama berkata...

Mat UBN ekor ni!

Nak buat pembangunan apa kat tanah sekangkang turrrr!
Nak buat pembangunan kat tanah sejembut?
Jangan nak tipu mat terap la.
Mat terap lagi tau banyak seluk belok
Mat terap lagi bijak strategi menipu nih!

Penduduk kat situ untung?
Untung aper?
Untung kena halau ada ler!
Untung aper jadah?
Mat terap dapat banglo sebijik ker?
Mat terap dapat kedai sebijik ker?
Mat terap dapat 500k ker?
Mat terap dapat saham cukong ker?

Mat ubn jangan kuat melebong laa!
Ini alasan sudah 100 juta kali buat.
Cari alasan lain la
Duit dah kering cakap la duit dah kering.
cakapla poket cukong dah kontang minta suap lagi.

Jangan cakap untuk pembangunan la.
Pembangunan kepala taik aper!

Tanpa Nama berkata...

TIBA-TIBA SAJA SEMASA BACA TULISAN TT AKU TERFIKIR:

1.BERAPAKAH JUMLAH TOL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA?

2.BERAPAKAH JUMLAH TOL YANG TERDAPAT DI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA?

3.NEGERI MANAKAH YANG MEMPUNYAI JUMLAH TOL PALING BANYAK DAN NEGERI MANAKAH YANG MEMPUNYAI JUMLAH TOL PALING SEDIKIT?

ADA SIAPA-SIAPA BOLEH BANTU?
BRO ISAM BOLEH BANTU?

Tanpa Nama berkata...

Semasa didalam Tentera mereka dipaksa UNDI POS... BN..

Selepas bersara dari tentera mereka dipaksa... dihalau...

Tanpa Nama berkata...

MEMANG DIA JUARA!!

Dialah juara rakyat

setengah abad menjaja pembangunan
tapi masih gagal memintas Korea
yang pernah sengsara oleh perang saudara
dan masih jauh di belakang Jepun
yang pernah lebur angkara bom atom
malah tidak pernah berjaya mendahului Singapura
yang dulu kita punya.

Dialah juara rakyat

mencipta darjat dalam hidup rakyat
yang kaya gila kuasa kumpul harta
yang miskin sengsara papa kedana
mereka diulit mimpi indah di banglo mewah
rakyat dibelit derita di teratak tua.

Dialah juara rakyat

memperjuangkan kenaikan tol, petrol dan gula

mereka kata kenaikan tidak membawa kesan
sedang kita setiap hari tercungap hampir pengsan.

Dialah juara rakyat
setengah abad merdeka
kemiskinan masih menjadi agenda
kerana mereka meratah segala daging untuk diri dan keluarga
dan kita hanya dapat sisa-sisa tulang yang tidak berguna

Dialah juara rakyat
juara rasuah yang diketawakan dunia.

Dialah juara rakyat
yang tidak jemu-jemu mengubah cita rasa rakyat
rakyat suka parti A
mereka tukar parti B
mereka ubah pilihan rakyat
mereka hina minda rakyat
kerana mereka juara rakyat
yang tidak faham hati nurani rakyat.

Memang mereka juara rakyat
juara mengsengsarakan rakyat
juara menipu rakyat
juara yang mengubah rakyat
menjadi keliru, huru hara dan celaka.

Harris berkata...

Kate parti pas kononnye jdi tunggangan dap.Yg Umno ni plak jdi barua cukong2 cina.Ketuanan pale tahikmu la!!Sgala ape yg bleh dijual abeh sumer dijual.Esok2 ngn negara ni abeh kena jual blake..Kah!Kah!Kah!Melayu oh! Melayu..Bila la nak sedar n celik..Sudah2 la asyik kna lebong aje..

Tanpa Nama berkata...

tiap thn dpt duit rm50,kain pelikat selai,beras murah sekampit..kena laa syukur dgn gerombolan..wakakaka