Isnin, 1 Mac 2010
APA DIA KOTAK BERINSULASI INI ?
KALAU DAPAT IKAN JENIS INI - TAK BERINSULASI LAGI BAIK
KOTAK IKAN BERINSULASI BUKAN UNTUK NELAYAN TEMPATAN - melayau
JASIN 28 Feb. - Arahan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) hanya dikenakan kepada pengimport ikan dan ia tidak melibatkan nelayan tempatan, kata Noh Omar.
Dia berkata, tujuan penggunaan KIBFG ialah bagi memastikan ikan yang diimport dalam keadaan segar dan berkualiti tinggi.
"Dalam kotak ini ada mikrocip, kita gunakan (mikrocip) bagi memudahkan pihak penguatkuasa untuk mengetahui maklumat KIBFG seperti kandungan dalam kotak itu dan pemiliknya, ini akan memudahkan jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Jasin di sini, hari ini.
Semalam, Noh menegaskan kerajaan akan tetap meneruskan arahan penggunaan KIBFG secara berperingkat bermula esok, walaupun ada segelintir pengimport ikan yang masih berdolak dalik dan mengugut untuk menghentikan operasi membawa masuk ikan ke negara ini.
Noh berkata, bagi membolehkan arahan penggunaan KIBFG dilaksanakan, kerajaan telah bertolak ansur dengan pengimport ikan termasuk bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM2.4 juta bagi membiayai subsidi penggunaan KIBFG.
nota:
masih ada yang tidak jelas tentang hal kotak berinsulasi.
malaon ini kata tujuan untuk ikan segar dan berkualiti tinggi
ertiny kalau makan ikan busuk orang ramai akan sakit perut
ertinya kalau makan ikan busuk orang ramai akan ceret beret
ada yang tidak betul di sini.
semenjak bila pula kerajaan gerombolan ingin menjaga kesihatan rakyat.
kalau hendak menjaga kesihatan rakyat kenapa hospital di swastakan
kotak ini ada microchip pulak.
micro chip ini untuk pertahanan dan keselamtan negara.
biar betul - takkan ikan sebahagian daripada pertahanan kita.
ini macam ada kroni cadangankan projek ini.
malaon ini paksa pengimpot gunakan kotak berinsulasi ini.
kotak berinsulasi hanya boleh di beli di sebuah kedai.
ini macam kes beras
tak ada yang boleh import beras keculi bernas
kemudian kalau nak beli beras kena beli dari syraikat bernas ini saja.
yang pelinya itu TIDAK MELIBAT NELAYAN TEMPATAN.
yang peliknya itu kerjaaan ada pulak bagi sunsidi.
apa sebenarnya sedang berlaku?
mungkin malaon ini rasa inilah masa masa
terakhir untuk membuat duit sebelum gerombolan lucut kuasa
macam nor yacob... rembat sebanyak mungkin... dua tahun
lagi kerajaan perkatan akan datang.
silap silap hari bulan macam thaksin... semua harta
kena rampas kembali kah kah kah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Tarik subsidi sana
Bagi subsidi sini
Tampal sana
Lobang sini
Kayakan sana
Miskinkan sini
Bilalah Melayu nak pandai?
Biar UMNO mampos cepat. Memang menyusahkan rakyat. Ada lagi plak tu puak yg masih bersama UMNgOok ni....
Heran betul...buta ke hapa?
Apa benda kotak berinsulasi ni? Ini kotak penetrasi ke? Hak..hak..hak..
kotak ejakulasi bila pulak nak buat....
hubungan perniagaan dengan politik ibarat penjual tiub motor kemudian tabur paku atas jalan supaya orang beli tiub motor tu huhuhu
isu kualiti dan kesihatan dijadikan alasan untuk laksanakan konsep ini. ini benda baik, macam sayuran yang dibekalkan di pasaran tempatan perlu dipastikan kualitinya. untuk itu para petani, pengimpot diwajibkan mematuhi syarat yang dikenakan oleh FAMA. antaranya packaging, labelling dan greding. tetapi kos untuk maintain dan memenuhi syarat itu tidaklah melibatkan kos yang terlalu tinggi.
jika tidak silap, proses gred, pack dan lebel ni perlu dilaksanakan oleh pengeluar bukan penjual, pengimpot atau pemborong. tujuannya untuk mengesan seperti penggunaan racun yang digunakan diladang adakah memenuhi tahap keselematan pengguna. dan semua maklumat berkaitan akan direkodkan pada barcord label. tapi itu isu tanaman.
kalau perikanan aku kurang pasti... adakah ikan dilaut tu dipelihara mcm sayuran diladang? yang perlu diberi ubat untuk menggemukkannya atau nak bagi ikan sihat. yang aku tahu ikan semua dipunggah dari laut.
yang keduanya kenapa pengimpot perlu menyediakan kemudahan tersebut dan bukan pengeluar di thailand, indonesia dan sebagainya. kalaulah kita menjadi pengekspot ikan, adakah pihak pengimpot dari luar akan menyediakan infra untuk pengeluar di sini?
yang pelik dan hairannya... kenapa pulak ada puak yang menjadi toke monopoli kotak ini. yang boleh mengesyorkan pada kerajaan untuk meringankan beban dengan mengeluarkan subsidi. kenapa tidak toke kotak tu yang bagi diskaun. ini bermakna toke kotak tak kurangkan langsung peratus keuntungannya.
cuba sesiapa terjah sket... cari berapa harga kilang kotak tersebut terutama harga pukal?
pelik tapi benar... itulah boleland
Kotak jenis ini banyak kat negara arab.
Harga memang mahal. sapa dapat boleh tukar wang tunai.
Dapat kotak ni kena simpan baik-baik.
Banyak katak yang berminat terutamanya katak ijam.
Catat Ulasan