Isnin, 1 Mac 2010

SATU CONTOH PERNIAGAAN BUMIPUTERA




MALAS BEKERJA - SURUH KERAJAAN BAGI MONOPOLI






KOS TAMBAHAN PUNCA HARGA MENINGKAT
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Bekalan ikan dalam negara akan berkurangan dan harga dijangka naik 10 peratus jika Persatuan Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia menghentikan import ikan bagi membantah arahan kerajaan menggunakan kotak ikan berinsulasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Yusoff Ismail, berkata 1,500 tan ikan import dari Thailand dan Indonesia setiap hari mungkin tidak dapat dibawa masuk jika penggunaan kotak berinsulasi diwajibkan.

“Ini kerana kebanyakan ahli persatuan tidak mampu membelinya kerana harga kotak itu lebih mahal berbanding tong plastik digunakan sekarang.

“Kalaupun pengimport menggunakan kotak berinsulasi ini, harga ikan dijangka meningkat kerana kos tambahan akan disalurkan kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 24 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar mengumumkan penggunaannya dilaksanakan mulai hari ini selepas dibantah sebelum ini.

Yusoff juga membantah syarat mewajibkan pembelian kotak berinsulasi itu hanya daripada KF Marketing Sdn Bhd (KFM) yang ditaja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Katanya, monopoli KFM itu bersifat menindas rakyat kerana semua kos tambahan akan disalur kepada mereka, walhal lima kilang lain bersetuju menjual kotak sama pada harga lebih murah.

Ahli jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng, berkata sebahagian besar pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak nekad menghentikan import ikan mulai hari ini.

“Saya difahamkan beberapa pemilik bot juga sudah mengurangkan operasi menangkap ikan kecuali mereka yang memiliki kemudahan sejuk beku untuk menyimpan hasil tangkapan sementara menunggu kesudahan kemelut baru ini.

“Walaupun kempen boikot ini hanya membabitkan ikan import, nelayan tempatan juga dikhuatiri menghadapi kesukaran memasarkan ikan kerana lori milik pemborong dijangka tidak akan beroperasi sepanjang tempoh boikot untuk mengangkut hasil tangkapan,” katanya.

KAH KAH KAH

woit... KENAPA SUSAH KAN SATU MALAYSIA?.... kah kah kah..

woit... APA TUJUAN GUNAKAN KOTAK INI ?.... kah kah kah..

woit... KENAPA PAKSA BELI PADA SYARIKAT INI ?.... kah kah kah...

woit.... INI MESTI SYARIKAT KRONI.... kah kah kah...

woit.... APA TUJUAN PAKAI KOTAK BERINSULASI INI ?.... kah kah kah..

woit... NAK JAGA KESIHATAN RAKYAT?..... kah kah kah...

woit.... KALAU NAK JAGA KESIHATAN ORANG RAMAI KENAPA HOSPITAL DI SWASTAKAN.... kah kah kah....


woit... SIAPA PUNYA SYARIKAT : KF MARKETING SDN BHD INI ?... kah kah kah..

woit... APA HUBUNGAN SYARIKAT INI DENGAN MALAON MENTERI... kah kah kah...

woit... KENAPA SUARA DARI PENGIMPOT IKAN TIDAK DI LAPORKAN...kah kah kah...

woit...SATU MALAYSIA NAK TAHU... KENAPA PENGIMPOT IKAN MEMBANTAH.... kah kah kah




8 ulasan:

rev LEFT berkata...

Hahahah bro hisham.. tu logo band thrash metal chicago..

Forged in 2000, Chicago IL, MALAS has been conjuring their brand of skull thrashing METAL. Members from the 1990's bands- MALDICION, LORD BLASPHEMER & CORPSE VOMIT have reborn the bone crushing Chicago metal sound influenced by CELTIC FROST, SLAYER, SODOM, OBITUARY, KREATOR, & DEVASTATION

Sepukal berkata...

SYARIKAT KF MARKETING SDN BHD

PENGENALAN

Syarikat KF Marketing Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 09 Oktober 2004 dan memulakan operasinya pada 01 Disember 2005 beralamat di No.163, Tingkat 1, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Km12, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputra dan merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia no. pendaftaran 668844-V.Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Akaun Pendaftaran Kontraktor dan Akaun Pendaftaran Kontraktor Bumiputra Syarikat ini juga telah berdaftar dengan dengan no pendaftara 357-02060710.

Perniagaan utama Syarikat KF Marketing Sdn Bhd adalah membekalkan Kotak FiberKotak Ikan Berinsulasi LKIM kepada Pembekal, Pemborong, Pengimport dan Pengeksport ikan serta kepada Nelayan-nelayan. Disamping itu juga Syarikat KF Marketing Sdn Bhd turut memasarkan dan membekalkan Bekas Minyak Petrol (E-Petrol) untuk kegunaan para nelayan.

OBJEKTIF

Syarikat KF Marketing Sdn Bhd merupakan satu-satunya pembekal tunggal di Malaysia yang membekalkan Kotak Ikan Berinsulasi LKIM kepada semua pengguna di Malaysia.

Objektif Syarikat ini adalah untuk menjadi Pembekal, Pengimport, Pengeksport serta memasarkan Kotak Ikan Berinsulasi LKIM ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta Thailand dan Indonesia.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama syarikat: SYARIKAT KF MARKETING SDN BHD

No. Pendaftaran: 668844-V

Alamat: No.163, Tingkat 1, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Km12, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur.
No. Telefon & Fax : 03-6138 2919 & 03-6137 9439

E-mail: sales@kfm.com.my

Bentuk Perniagaan: Pembungkusan/Bekas & Kelengkapan/Kemudahan Awam.

Rujukan Pendaftaran: 357-02060710 - No. Rujukan Kementerian Kewangan & Pendaftaran Kontraktor Bumiputra.

Tarikh Tamat: 09/03/2006 - 08/03/2006

Jebat_Musibat berkata...

mari kita bongkar .
siapakah haramjadah dibelakang KF Marketing ini. Yaaa!!! pasti terkejut nanti.

Lang berkata...

budak-budak main kotak,
main kotak atas bukit;
kalau nak tau toke kotak,
kepalanya botak perutnya buncit.

budak-budak main gasing,
main gasing pakai kain;
kalau nak tau siapa yang pening,
orang biasa rakyat marhaen.

budak-budak usik lotong,
mati lotong kena pijak;
kalau nak tahu siapa yang untung,
orang yang nyorok belakang kotak.

mari menangkap sihantu raya,
jangan sampai hantu merayap;
orang berkuasa menjadi kaya,
rakyat yang menyokong terus kayap.

Tanpa Nama berkata...

KF Tongkat

Patutlah ada 5 lain yang lebih murah, KF jugak diambik jadi anak angkat.

Apa ra mangkok ni.

Makan kangkong ajalah lepas nih!

Makcik Felda
Sila makan buah kelapa sawit

TT
Tak ada ke kempeng kurangkang makang ikang?
Banyak makanng ikang menyebabkang pertumbuhang cacing.
Iya la.
Dulu sebelum gula naik ada kempeng kurangkang makang gula!

Hu Hu Hu
padan muka aku
undi lagi dacing

Mat Lendir KgL berkata...

Perihal KOTAK INSULASI:

Kotak jenis ini banyak di negara arab.
Harga kotak ini agak mahal.
Siapa jumpa kotak ini jangan buang.
Boleh tukar duit tunai.

Banyak katak suka kotak jenis terbaru ini.
Kalau ada kotak ini sila simpan baik-baik.
jauhkan kotak ini daripada pengetahuan katak ijam.

Selain ikan, kotak ini sesuai untuk menyimpan dokumen rasmi kera jaan.
Dokumen yang disimpan melalui kotak ini tidak akan tercicir kerana penutupnya amat kuat.
Slogan kotak ini ialah "ikan tak busuk, dokumen tak cicir".

Siapa nak beli satu, sila hubungi Kemat bin Fukimak (KF)

Tanpa Nama berkata...

http://skfmsb.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

tu pun masih ade melayu yg sokong parti umno bingai ni...sbb ape??..sbb dorang malas mau duit cepat,x yah penat2 bersaing...wakakaka