Selasa, 9 Mac 2010

DUA TAHUN KETUANAN RAKYAT !



FAJAR PERUBAHAN TELAH SAMPAI





PRESTASI KERAJAAN NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT SEPANJANG DUA TAHUN

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.


SELANGOR

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.


PULAU PINANG

Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta (belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97 ribu per sekolah, RM60 ribu kepada setiap sekolah Cina dan RM63 ribu kepada setiap sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.


KEDAH

Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.


KELANTAN

Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT





25 ulasan:

JTM berkata...

HARAP2 USTAZ AZIZAN JANGAN LA TAMBAH BINI SORANG LAGI PULAK...kah kah kah kah kah

melako... berkata...

cayalah PKR..
saya salute la...
bila la melaka nk merasa kejayaan mcm negeri2 PKR..
insyaallah,PRU13 ni melaka akan berubah ke PKR..
sama2 kita berdoa...

Syawal Ipoh berkata...

Perak?
Perak telah dirampas dek lanun tak guna...

Tanpa Nama berkata...

Gembira rasanya sebagai rakyat Selangor..harap2 lindungilah Selangau daripada Najib!!! woohoooooo

wahahahahaha Najib Toyo ni bahaya..sebenarnya dia nak attack Selangor tau tak..sekali nak jaga projek kerabat kat Perak..tu yang dia pi perak dulu..

Tanpa Nama berkata...

Den dah tak sabar lagi copeklah PR ambil alih supaya angi/gas sembelit dalam struktur sosio-ekonomi negara yang dijana oleh BN/UMNO boleh dilepaskan dan kita boleh menghidu angin segar selepas 50 tahun semput/sembelit dan jadi bonggong

bwh berkata...

Inilah bukti pertolongan Allah sekiranya nilai2 islam diterapkan didlm pemerintahan sesebuah negeri atau negara.

Islam itu adil dan saksama. Ikut prinsip tersebut Allah dah janjikan kejayaan walaupun dlm keadaan serba kekurangan.

Pada saya kita tak perlu takut sekiranya kaum selain melayu mentadbir negeri atau negara kerana hati2 mereka Allah yg jaga. Baik atau buruk seseorang itu terletak pd hati. Tetapi orang islam kenalah ikut perintah Allah dahulu supaya pertolongan Allah itu datang.

Wallahuta'la 'alam.

shahmetal berkata...

ya lawan fakta jangan tak lawan! kita lihat sape lagi ramai percaya! inilah politik! hehehehe

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Tanpa Nama berkata...

bahalol bahalol semua baca ni:

http://jaranganakmelayu.blogspot.com/2010/03/yang-dikecualikan.html

http://jaranganakmelayu.blogspot.com/2010/02/yang-mengeja.html

kalau BN menang lagi Trg PRU13, baik sumbat kepala korang dalam juboq Sepul.

sukalawak berkata...

kah kah kah.... lawak la... kah kah kah... kahkahakah...

Tanpa Nama berkata...

SUDAH PASTI UBN gentar dan kecut lalu mengalabah dan cuba memikir apa lagi taktik KOTOR/HODOH/BANGGANG/ tak educated untuk membrek kemaraan PR ke PUTRAJAYA, mungkin dah lewat tapi PR semakin bersinar. Katakan mereka yang tinggalkan(tak sempat dipecat) PR BOLEH JALAN/BOLEH BELAH dan UMNO boleh pungut mereka!

Tanpa Nama berkata...

Harapnya lepas ni PAKATAN RAKYAT perintah negeri Johor pulak.. Tak sanggup ditipu tiap-tiap hari dengan retorik ketuanan Melayau...

Drpd: BDK JOHOR

asyMok_Aambo berkata...

i love TUKAR TIUB!
ayuh Vote 4 PRM (Pejuang Rakyat MALAYSIA)
Kita TUKAR TIUB PUTRAJAYA ekkk!

jebatderhaka berkata...

sedih kerana negeri perak jatuh kepada pemrintah yg kotor...
semoga sultan tunku azlan merasai kepedihan hati rakyatnya.....
- anak teluk intan, perak.

Tanpa Nama berkata...

pada 8 mac, headline Utusan bertulis "Pakatan Gagal"

Tanpa Nama berkata...

Banyak lagi keje2 yg perlu dilakukan. Apa pun, syabas. Walaupun diserang bertubi2 oleh mereka yg jahlil, PR masih lagi boleh bertahan.

Agaknye ameno ada target baru kot. Rampas Selangor bulan jun nanti (pasal nak rampas bulan Feb tu x jadi lak....)

Saiful berkata...

senir tt, apa jadi dgn debat kat penang..brader eee gerombolan mai ka..

Lang berkata...

jangan leka...

harimau sentiasa menunggu mangsa yang leka...

auummmm.... kehkehkeh

Qaseh Bonda berkata...

Saya bersyukur berada dibawah naungan pakatan rakyat...pada Datuk B yang tak arif tentang hukum baik tak yah nak mainkan isu bini lebih dari 1...jangankan nak tambah 1 lagi cukupkan kota pun apa salahnya kalau dah mampu zahir dan batin.

Tambah2 dah jd. MB dapat juga bantu janda2 yang miskin.

Puak2 UMNO yang ramai pompuan simpanan, ada Datuk B kesah!!

Macamlah berbini lebih dari satu dah buat satu dosa besar.

Balik baca bab ugama lebih sikit sebelum nak mempersendakan ilmuwan berjasa.

Apa pun saya doakan Pakatan rakyat terus membara menawan musuh negara.

najib berkata berkata...

kehkehkeh...matsabu kata dah melaka negeri paling akhir dalam malaysia PR dapat memerintah...kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

kena tanya harussani apa perubahan ekonomi yg brlaku di perak....haaaaa...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

ada yang pening nak jawab macam mana fakta tu

Bigfish berkata...

Harap semua negeri ditadbir oleh PR dlm PRU 13 nanti. Masa tu nak tgk apa tindakan yang diambil oleh ketua pembangkang iaitu imam 1malaysia, Najib Razak.

Tanpa Nama berkata...

Kesian ko jadi si penukar tiub le sampsi mati. Dia orang tak nak lantik kos jadi S/U akhbar ke...

KAH KAH KAH... takut ko lari ke russia lagi

KAH KAH KAH.... muka ko lagi teruk dari si sembab tu

KAH KAH KAH .... setakat itu saja yg ko mampu

aliffnajmi berkata...

Selangor maju dibawah PR?
Wakakaka.....

Kemajuan rumah urut ke?
Atau kemajuan diri utk bersekedudukan mcm Eli wong tu?
Maju curik pasir?
Maju curik tanah wakaf kubur Islam?
Atau maju naikkan cukai pintu tapi hampeh dlm perkhidmatan?

Hahahaha.... Adeh.. sakit perut aku gelak.

Tanpa Nama berkata...

betul nu aliffnajmi..kat PErak lak kes rogol beramai2..eh PErak dah jadi milik Barisan Nasional...

haha betul tu aliffnajmi negro makin ramai..eh menteri dalam negeri hishamuddin..

wahahahahahhaa