Isnin, 15 Mac 2010
TERUSKAN LAGI !
RAKYAT KELANTAN TERUS BERJUANG TUNTUT ROYALTI – harakah daily
Perjuangan menuntut royalti minyak tetap diteruskan rakyat Kelantan biar pun sehingga kini Najib Razak masih membisu bagi menjelas pendirian sebenar kerajaan pusat.
Malah rakyat Kelantan juga tidak putus semangat biar pun bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Yakub menganggap Kelantan tidak berhak menuntut royalti minyak tanpa dapat membuktikan perairannya melebihi tiga batu nautika.
Pengerusi Bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusof berkata, beliau hairan kenyataan yang dibuat bekas Ketua Menteri Sarawak itu bertentangan dengan afidavit yang diikrarkan pada September 2005.
Katanya, berdasar kepada kenyataan tersebut jelas berlaku perbezaan jauh jika dibandingkan dengan afidavit Abdul Rahman sebelum ini.
nota:
teruskan perjuangan
jangan terperangkap di mahkamah
nanti apabila dibawa kes ke mahkamah
akan ada arahan tidak boleh bincang kerana
kes di mahkamah.
yang hak tetap hak
yang katak tetap katak kah kah kah
Labels:
altantuya gadis cun mongolia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
rakyat perak sentiasa menyokong perjuangan rakyat kelantan..kalian tidak keseorangan....
Pada zaman dahulu kala apabila anak raja selesai berjoli dan kalah sabung ayam, maka mereka akan tunggu di titi (jambatan) dan kutip duit daripada penduduk yang terpaksa lalu kerana hendak 'cari makan' dikebun. Penduduk terpaksa bayar kerana itu sahaja pilihan yang ada dimana mereka tidak boleh menukar pemerintah walaupun dibenci, memeras rakyat dan zalim.
Adakah kerajaan sekarang pun mahu mangambil jalan yang mudah dengan senag-senang mengenakan cukai kepada rakyat sedangkan kerajaan sepatutnya memikirkan kaedah lain yang tidak membebankan rakyat.
Negara kita adalah kaya dan makmur jika kerajaan tidak boros berbelanja dan tidak menganggap harta negara adalah harta untuk faedah adik-bini sahaja.
Catat Ulasan