Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 4 Ogos 2010

47 TAHUN PROJEK GAGAL



ANAK JATI SABAH BANGUN MELAWAN





SIPAUN : TIADA PENYESALAN BANTAH SABAH SERTAI MALAYSIA
– mkini

nota:
47 tahun kemudian tidak ada sesalan menentang malaysia.
47 tahun sabah yang terkaya menjadi yang tercorot
47 tahun di bawah hegemoni gerombolan
47 tahun warga sabah makin di asak pendatang luar
jual kad pengenalan
jual untuk duit
jual untuk undi
jual orang sabah

bacalah sejarah pandangan anak sabah ini
beri penghormatan kepada pandangan ini:


Selepas 47 tahun pembentukan Malaysia, bekas naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun lebih yakin bahawa tentangannya agar Sabah tidak menyertai persekutuan Malaysia adalah betul.

"Malah jika menyertai Malaysia adalah perkara yang betul, ia datang sepuluh tahun terlalu awal bagi kami,” kata Sipaun kepada kira-kira 500 peserta di forum tertutup berjudul, 'Formation of Malaysia, a Promise Revisited and the Way Forward', di Kota Kinabalu, pada hujung minggu lalu.

Forum ini anjuran Yayasan Warisan Borneo (BHF) dengan kerjasama Common Interest Group Malaysia (CigMa), dan beberapa NGO.
Spektrum yang luas

Sipaun berpendapat ketika pada 1962 lalu, Britain sepatutnya menetap untuk sepuluh tahun lagi. Atau pilihan lain adalah bagi Sabah meredeka terlebih dahulu bagi tempoh masa yang sama sebelum memutuskan sama ada untuk menyertai Malaysia.

Pada forum itu, beliau mengimbau semula tentangan ketika itu.

Katanya, dia hanya berusia 25 tahun pada masa itu tetapi tidak ragu-ragu menyuarakan pandangannya kepada Tun Donald Stephens, yang merupakan Huguansiou (ketua tempatan) bagi suku kaum KadazanDusunMurut.

Pandangannya itu disampaikan kepada Stephens melalui seorang pemimpin masyarakat tempatan yang juga membawa beberapa isu lain.

Menurut Sipaun, beliau terharu apabila mendapati Stephens juga sependapat dengannya bahawa Malaysia sebenarnya bukan untuk Sabah.

Bantahan Sipaun melangkaui spektrum yang luas. Beliau memberi amaran bahawa Malaysia hanya akan menyaksikan “pemindahan kuasa penjajah di Sabah dan Sarawak daripada United Kingdom kepada Malaya”.
Kebebasan sebenar

Katanya lagi, Sabah sepatutnya menikmati kebebasan yang sebenar sebagai negara berdaulat dengan pemerintahan sendiri dan diikuti dengan kemerdekaan.

Sipaun juga memberi amaran Sabah, seperti juga Sarawak tidak mempunyai orang yang layak serta berpengalaman untuk berunding dengan Malaya dan Singapura.

Malah, beliau juga mencadangkan Sabah ke meja rundingan seorang diri tanpa perwakilan kerajaan British jika pungutan suara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan rakyat mahukan persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Beliau kemudiannya difahamkan bahawa pungutan suara itu menunjukkan bahawa hanya satu pertiga rakyat di Sabah dan juga Sarawak memilih menyertai Malaysia.

Jumlah yang sama menentangnya dan selebih mereka memilih untuk mencapai kemerdekaan sendiri terlebih dahulu.

“Apa yang menghairankan saya sehingga hari ini ialah mengapa Stephens menukar fikirannya dan memilih malaysia selepas berjumpa dengan Lee Kuan Yew,” soal Sipaun.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setelah berjumpa lee kuan yew...maka tertubuhlah Malaysia pada 16 September 1963 di hari jadi Lee Kuan Yew yang ke40, lahir pada 16 september 1923.

dan malaysia dibawah gerombolan APNO menjadi alat asing dan penjajah kepada rakyatnya sendiri.

Luqmanaziz berkata...

...kalau saya hidup di zaman tu pun saya akan sertai Simon. Jika sesiapa yg pernah dtg ke kawasan pedalaman dan kampung-kampung di Sabah, pastinya tahu yg kawasan-kawasan tersebut tak ubah macam filem-filem tamil. Yang kaya hanya wakil rakyat dengan rumah banglo yg dikelilingi tembok batu. Sekitar banglo tu plak rumah org kampung beratap daun...

Sertai malaya (malaysia) sebagai negeri ke-2 terkaya, tapi lepas beberapa tahun menjadi negeri termiskin dari 14 negeri dengan kadar miskin tegar 16% (malaysia average 4%).

Tanpa Nama berkata...

apa kes lee kuan yew sama donald stephen tu?

Tanpa Nama berkata...

Betul la tu... patut Org Sabah tak perlu sertai Malaysia ni... 47 tahun hasil mahsul Sabah disebat oleh kroni UMNgOk dan Barang Naik... tapi nak nyesal pun dah tak guna... 'Petroleum dah jadi Minyak Tar'... ade baik Org Sabah join Pakatan Rakyat... tumbangkan UMNgOk dan Barang Naik dlm PRU ke-13 nanti...

SABAH TANAH AIRKU berkata...

“Apa yang menghairankan saya sehingga hari ini ialah mengapa Stephens menukar fikirannya dan memilih malaysia selepas berjumpa dengan Lee Kuan Yew,” soal Sipaun.

SEBABNYA:
Donald Stephen telah berkongsi pendapat dengan Lee Kuan Yew sekiranya gagasan pembentukan Malaysia ini GAGAL maka Sabah akan keluar seperti yang dilakukan Singapura 4 tahun kemudian...bila rundingan mengenai hak royalti minyak tidak berjaya...seluruh kabainet Donald Stephen perlu dilenyapkan...maka trajedi 666 pun tercatit sebagai sejarah hitam yang terpaksa Rakyat Sabah telan sehingga kini dengan 1001 tanda tanya.

PENYELESAIANNYA:
Rakyat Sabah BERSATU pada PRU13 nanti....undi Rakyat Sabah sekarang sedang menentang undi Pengundi Hantu yang telah diberikan projek IC (Rakyat VS PTI).

Hanya mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 menjadi HARAPAN rakyat Sabah untuk mengubah sejarah hitam sabah selama 47 tahun kewujudan Malaysia ini...

poktehzul@yahoo.com berkata...

47 tahun sabah di jajah oleh gerombolan..

shaitanirrajim berkata...

kesian aku tengok nasib sabah... yang aku bengan, dalam tv, gerombolan cuma tunjuk gambak si bongok2 yang pro-gerombolan jer dapat menebeng dalam tv.

aku harap, 90% rakyat sabah sudah ready nak tumbangkan gerombolan. kesian sabah, rupa2nya hasil mahsul ditelan gerombolan. sama macam sarawak jugak, hasil negeri dibalun taib sorang bersama anak beranak dia.

apakah bodoh rakyat sarawak 2.5 juta tidak mampu menewaskan taib mahmud anak beranak? sungguh bodoh level kambing jika tidak mampu berbuat demikian! sudah tahu diri tu bodoh, tapi masih nak membodohkan diri menyokong gerombolan... apa punya bodoh daa... duhai sarawak... kasi lingkup gerombolan.. anda di zaman internet, yakinlah yang anda tidak mungkin bodoh dan sanggup dibodohkan oleh gerombolan lagi!!! yakinlah, hanya berapa kerat saja yang sokong gerombolan... lain2 dah tak sokong gerombolan lagi!!!

sabah lagi punyer bongok? rakyat ada 3.2 juta... berapa kerat sangat yang menyokong gerombolan? kalo ada sekarang, mungkin 2 juta ka? ayuh sabah, bangun dari lena kebodohan... tumbangkan gerombolan.