Ahad, 22 Ogos 2010

KEBENARAN TIDAK DO MONOPOLI




HIDUP INI BUKAN SAEKOR GAJAH





DOA KHUTUBAH KEDUA : PEMUDA UMNO BAGAN BUAT LAPORN POLIS – melayau


Pemuda UMNO Bahagian Bagan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth ekoran doa yang dibacakan khatib, Zakaria Ahmad pada solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Buaya di sini semalam.

Dalam doa khutbah keduanya, Zakaria membacakan doa yang berbunyi "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri".

Zakaria juga didakwa tidak mendoakan kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.
Laporan itu dibuat Ketua UMNO bahagian itu, Sheikh Hussein Mydin yang turut dihadiri beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian negeri Pulau Pinang. - Utusan



ASRI : JANGAN POLITIKAN ISI KHUTUBAH TAK SALAH DOA PEMIMPIN SEJAHTERA
- minsider

Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat.

“Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan,” kata beliau.

Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat “negarawan” tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun,” kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

“Saya tidak tahu apakah doa yang dibacakan, kita kena melihat pada kandungan doa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam sambil menjelaskan, doa jatuh dalam empat kategori.

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

“Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam,” katanya.

nota:
lihat dan saksikanlah
satu pekara yang sama
terpencar pencar pandangan dan pendapat
tidak ada monopoli dalam kebenaran

nota:
hidup ini macam kesah enam orang buta
yang cuba memggambar rupa bentuk saekor gajah
cerita rakyat ini adalah metapora kehidupan dan kebenaran

tetapi hidup ini lebih besar dari saekor gajah kah kah kah

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn dr Asri.

doa kebaikan itu luas maknanya.
Doa supaya dia adil.
lebih baik doakan supaya pemimpin bukan Islam yang adil kekal memerintah dari doakan pemimpin islam zalim kekal memerintah.

Kita doa kebaikan kat dia..bukan maknanya kita setuju dgn kekufuran dia..bahkan kita harapkan dia juga terima hidayah untuk percaya pada Allah dan Rasul.
Juga untuk terima n beramal dgn ISLAM..agama yang benar sisi Allah

bila nak cerdik ni berkata...

Kalau Dr Maza masuk PAS mau tak tidor malam bini rosmah....

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO 'gila babi' dengan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat, soalnya Tuhan/Allah/Sang Khalid/Sang Ghalib/God tak ambil pot PUN! Tak ada bala atau tanda marah pun, yang gila babi orang UMNO

Tanpa Nama berkata...

adakah membesar-besarkan perkara sebegini akan jadikan kita juara dunia islam? cetek sungguh pikiran pemimpin melayu

Tanpa Nama berkata...

mizan tu sapa? abdul Rahman tu sapa?? kalau doakan dorang mampos tak leh ke??? apa istimewanya jin 2ekor tu???? makan pon rakyat tanggung, hampeh satu sen tak ada manfaat kepada rakyat yang susah melepek cari makan pagi petang.........!!!!!!

Ilham Alam berkata...

Dalam isu ini kesimpulannya mudah..bila orang yang tak cukup ilmu agama cuba nak bercakap isu agama.Konon nak perjuangkan agama dan bangsa..bila berjuang dengan emosi di depan, ilmu agamanya kurang, cacamarba jadinya..

Lang berkata...

tapi ada juga orang berdoa minta matikan orang dia benci... atau lingkupkan orang yang dia musuhi... atau doakan kegagalan atas usaha pesaingnya...

adakah doa2 begini lebih baik?

Orked Desa berkata...

Man who fight with wife all day get no piece at night....

jab sp berkata...

wahai gerombolan:
adakah telah ditambah Rukun Islam
adakah telah ditambah Rukun Iman
adakah telah ditambah Rukun Khutbah
Inilah akibatnya yang tak tau agama bercakap pasal agama dan yang tau pasal agama,tokok tambah yang tak ada dalam agama.

Tanpa Nama berkata...

Katakan Lim Guan Eng terbuka hatinya menerima hidayah Allah lalu memeluk Islam aku yakin kalangan orang-orang UMNO ni demam atau gila terus. Tidak kurang juga di kalangan mereka yang akan kata itu bermotif politik semata-mata.

Unknown berkata...

umno hampeh.......

Unknown berkata...

umno hampesss.....

Tanpa Nama berkata...

UMNO HAMPEH...

tetamu senja berkata...

UMNO HAMPESSSSSS

Tanpa Nama berkata...

kataorang:
Bila kita mengelilingi pasu bunga, setiap dari kita akan melihat bunga tadi dari pandangan yg berbeza, kita tak boleh memaksa org menerima bentuk bunga seperti mana yg kita nampak saja. Bentuk bunga yg dilihat oleh mereka adalah benar kerana
posisi yg berbeza tadi.

tapi UMNO tetap bunga taikayam, busuk hingga usus.

-vikmoro kombet-