Jumaat, 20 Ogos 2010

TT TERKINI TERPANTAS




KENYATAAN MEDIA
20 OGOS 2010



Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata. Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.

Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil. Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA


10 ulasan:

tukar menu berkata...

gerombolan nih tak sahur ke haper .. dah tak cukup makan ke sampai takde nama agong pon layan .. mcm derang hormat sgt raja tu .. yg aku tau derang hormat raja lekuk .. raja kelawar .....

Tanpa Nama berkata...

SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !
SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !
SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !
SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !
SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !
SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !
SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !
SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !
SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !
SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !
SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA !

Some people have so much respect for their superiors they have none left for themselves.

Peter McArthur

Tanpa Nama berkata...

Siasat dulu
Masjid Mana
Khatib sapa nama

Parti kerajaan
dalam keadaaan terdesak sekarang
sebab pengundi cina dah tak sokong BN
cuma tinggal pengundi melayu yang
masih memerlukan wang ihsan untuk
terus menyokong BN

Tanpa Nama berkata...

kenapa pengarang utusan meloya tak cakap lim guan eng nak jadi agung,
baru brutal punya..
setakat tukau nama apa barang bro..
sikit pun tak meromang bulu puki..
yahudi..yahudi.. yahudi..dajal..dajal
ini melayu memang PUKIMAK...

PRU 13....kasi mampus UMNOGOK

tengala berkata...

Kita tungguuuu..selepas ini banyak lagi aksi2 keagamaan dan rasis akan muncul....isu ini supaya orang Melayu membenci Cina dan pengetu rasis untuk orang Cina membenci melayu pula....
Bijak2....bila berlaku mageran AMNO akan terus memerintah dan PR akan diharamkan kerana mengganggu ketenteraman...full stop.

tetamu senja berkata...

ana rasa depa nak ttup berita kerajaan pp bagi bonos rm400 kpd kakitangan kerajaan neegeri.. so berita ni hanyalah untuk mengalih tumpuan rakyat aje..so jangan tertipu dengan tektik kotor mereka..kalu nyawa dihujung usia apa pun sangguh buat...terima kasih atas fitnah yang dilemparkan

Tanpa Nama berkata...

Zahid Hamidi jawa sg tiang ni SPeRM tak minat ke? Banyak soklan tak terjawab nanti klau betol betol....he he he

Tanpa Nama berkata...

DSAI sekeh sikit pala midi,bodoh nk mmpus,dia dulu kan anjing suruhan hang..la ni lawan tokey ye

Tanpa Nama berkata...

DIDI KOTA BELUD BERKATA; I SHOOT THE SHERIF,BUT I NEVER SHOOT NO DEPUTY.......JANGAN KAN ANWAR DAN PAKATAN, BOO MARLEY SENDIRI PUN KENA FITNAH OLEH UMNO.....KIK KIK KIK..........

Lang berkata...

agong tak buat PC ke?... tak murke ke nama beliau dikait-kait mcm kait kelapa?