Sabtu, 18 Disember 2010

PENGIKUT SHIA ANTI ZIONIS-APCO





SATU ISREAL AGENDA APCO




FAHAMAN PLURALISMA PERLU DISEKAT - melayau

Fahaman pluralisme agama yang bercanggah dengan al-Quran, sunah dan ijmak perlu disekat kerana boleh menjejas dan membahayakan akidah umat Islam.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Aziz Jamaludin Mohd. Tahir berkata, pluralisme di Malaysia hanya dibenarkan dalam konteks hidup bermasyarakat untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum dan bukannya dalam soal agama.

"Sehubungan itu, Yadim akan sentiasa melaksanakan aktiviti yang boleh memberi dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya pluralisme agama.

"Aktiviti itu dizahirkan menerusi beberapa program kemasyarakatan yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat dan disalurkan menerusi media rasmi iaitu majalah Dakwah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Aziz menambah, pelajar Malaysia yang baru pulang dari luar negara juga perlu dipantau kerana dikhuatiri membawa fahaman Syiah dan fahaman lain yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Bagaimanapun, usaha mengekang penyebaran fahaman pluralisme dan Syiah memerlukan komitmen semua pihak kerana ia berupaya berkembang dalam pelbagai bentuk dan kaedah," katanya.

Menurut Aziz, Yadim sebagai sebuah yayasan dakwah akan bertindak aktif termasuk menterjemah dan menerbitkan buku-buku asing yang terpilih ke bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan syiar dakwah Islam di negara ini.

KERAJAAN PANTAU AJARAN SYIAH - melayau

Kerajaan akan terus memantau dan menyekat aktiviti ajaran Syiah daripada terus disebarkan, kata Jamil Khir Baharom.

Menurutnya, konsep ajaran Syiah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana fahaman yang mereka anuti sangat berbahaya kepada masyarakat.

Menurutnya, jika fahaman itu terus dibiarkan berkembang tanpa disekat dikhuatiri akan menyebabkan masyarakat kita berpecah belah dan wujud pertelingkahan sesama orang Islam.

"Konsep yang diamalkan oleh pengikut Syiah dan Ahli Sunah Wal Jamaah sebenarnya adalah sama, tetapi pegangan pengikut Syiah yang terlampau ekstrem menyebabkan ajaran itu tidak sesuai diamalkan di sini.

"Pengikut Syiah yang hanya menganggap fahaman mereka sahaja betul dan menidakkan amalan mazhab lain punca utama yang akan menyebabkan kekacauan berlaku dalam umat Islam," katanya.

nota:
semua nak bodohkan melayu
gerombolan nak monopoli kebenaran
agama ini berbagai bagai
semuanya menuju dan mengarah kan kebaikkan
tidak ada sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran

islam juga ada berbagai bagai
ada sunni
ada shia
ada ismaili
ada al-jaffeery
ada al-druze

tak kan 60 juta rakyat iran sesat
tak kan 40 juta rakyat pakistan sesat
shia ada di mana mana

soalan kenapa ajaran shia bahaya?
adakah kerana pengikut shia berjuang anti-zionis?
adakah kerana pengikut shia berjuang anti isreali?
adakah kerana pengikt shia menentang apco?

bahaya macam mana?
tak sesuai macam mana?
tak sesuai untuk siapa?
bahaya kepada siapa?

nota:
dikatakan bahawa pengikut shia sahaja yang mengaku betul
dan menidak kan yang lain…… kah kah kah… itulah
pasal dianjurkan pluralisma
inilah dia yang dinamakan pluralisma kah kah kah



14 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

Bila diorang bercakap - dorang cakap DAKWAH.Tapi bila orang lain bercakap - dorang cakap DAKYAH.

huruf W tukar Y.Benda sama je.
kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

fakta negara malaysia

Tanpa Nama berkata...

A'kum. Sy adalah sorg yg tinggal di Adelaide skg. Minggu lps Ada rombongan Unimapp n raja muda dtg sini perabiskan duit2 uni (baca rakyat) utk enjoy. Mcm aper ajer diorg nih. Ni lah dia taraf pemikiran budak2 uni2 kt M'sia. dtg oversea ajer terlompat2 mcm .... http://swingingbowlsatay.blogspot.com/?zx=709445d377efcefe. Sila download video2 nih utk dijadikn bhn sejarah sblum ia didelete mlm ni. Tukartiub tlg promotekan benda nih. -circleinthesand-

Tanpa Nama berkata...

maknanya yang bukan sesat menurut menteri itu cuma orang islam di msia, spore, indon dan sikit2 kat iraq. Yang lain2 yg banyak2 org islam di arab saudi, iran, india, pakistan, emeriah arab bersatu dll sesat dan ekstrim lah gamaknya.

Ontah lah Labu.....
Tak berani aku nak komeng lebih2
menteri msia kata islam msia betul
menteri mekah kata islam mekah betul
menteri pakistan kata islam pakistan betol
abis mana satu yang tak betol??

pelajar msia belajar mekah, balik kena pantau menteri msia
pelajar mekah belajar msia, balik pun kena pantau menteri mekah
hal agama ni bukan bule buat main2
salah2 tafsir kita pulak jadi sesat
salah2 tafsir kita pulak jadi kapir

cuma yang aku belajar kat ostaz
banyak puak2 dalam islam nih
sama macam zaman nabi dulu2
kepelbagaian itu memudahkan dan bukan menyusahkan
cuma kat msia, kepelbagaian itu dianggap menteri sebagai menyusahkan

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu aku lopa

agaknya sunah yg kita ikut kat msia ni membenarkan kita:
*beli kapal selam melalui hadiah 500 juta
*lingkupkan PKFZ
*umie hapildah jadi saksi
*bagi pinjamam budak unibersiti dengan riba
*tuduh org pegi majlis kat kuil budha dicop pluralisme
*islam utk melayu dan eee aje
*cakap zaman nabi berjanggut sebab tadak pisau cukur
*cakap tapsiran quran perlu diubah

sendri pikir laaa
menteri kalau nak ikut sunnah waljamaah, ikutlah penuh2. jangan ikut sekerat2. Takut jadi islam berkarat.

*hudud laksanakanlah. sebab wajib
*undang islam pakailah. sebab wajib.Undang2 manusia kalu wajibpun tak sampai kat mana. Sana sini ada lompang bocornya.
*judi jangan nak gatal bagi cadangan nak dimodenkan.
*APCO yg terang2 milik zionist jangan cuba2 nak berbaik dan berinduk2. Baik2 APCO baik lagi berok2 kat dalam zoo tuh!

bunbinban berkata...

pegangan keturunan syeik dan sharifah mcmmana?. golongan ini secara halus menganggap yg bukan keturunan Rasulullah S.A.W adalah kelas kedua sbb bila anak mereka kawin mestilah dari asal usul keturunan mereka kalau tidak boleh jalan silap2 anak sendiri di buang!. meluat aku.

^^ berkata...

Ya aba abdillah hussain!!your supporter in malaysia have been opressed.may god hasten the coming of the last imam from ur lineage.amin.

Tanpa Nama berkata...

Ini akan kembali kezaman Mahathir yg mengharamkan Shiah.. sebab Amerika suruh. Mahathir pernah menyatakan bahawa Shiah itu haram tapi di bentak oleh TG Nik Aziz yg mengatakan jangan pandai2 menyatakan Shiah itu haram. Yg jelas haram dlm Alquran adalah judi, arak, pelacur kenapa tak diharamkan, kata Nik Aziz. Bila Dollah ambil alih, Shiah ini seolah2 diberi kelonggaran sbb Dolah tahu lebih baik dari Mahathir soal ugama dan Mazhab ini. Klga Dolah Bedawi adalah klga ulamak, sedikit sebanyak dia tahu dimana kebanaran nya. Shiah bukan sahaja di benci oleh Israil tetapi olih Mazhab Wahabi. Salah seorang ulamak Wahabi telah memfatwaka bahawa kemenagan Hisbullah di Lebanun yang dipimpin oleh ulamak Shiah tak perlu di sanjung malah darah orang2 Shiah adalah halal dibunuh. Tak kan dah lupa kut. Najib adalah pemimpin hati batu, tak ada ilmu ugama dan penyanjun APCO, tak pelik lah jika Shiah ini dijadikan kambing hitam. Ya Allah..hancurkan lah mereka2 yang membenci Rasul Mu Muhammad dan keluarga Muhammah. Laqnatkan mereka agar rakyat terbanyak dapat diselamatkan dari kezakiman ini. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Shiah adalah ajaran sesat yang tertua di dunia. Yahudi tak kacau shiah, abangnya Amerika pun tak kacau. Diorang acah-acah saja nak serang konon tapi tak jugak serang. apakah sebabnya? hanya org yg dapat berfikir sahaja yang tahu jawabannya. Puak shiah lebih maju ke depan berbanding Sunni. Shiah ada pakar atom, pakar nuklear, pakar mcm-mcm lagi. Sunni pun ada tapi tak setanding dgn dorang.

Tanpa Nama berkata...

mana ada suruhan beragama-beragama nih? korang pakai label agama ni sebab ikut2 aje ker?
musa tak tahu pun lepas dia wafat, akan ada agama judaisme (agama yahudi), isa tak tahu pun lepas dia tak ada, bakal ada agama kristian, begitu jugak muhammad, tak tahu pun, akan ada agama yang bernama 'agama islam' selepas dia wafat... rajin2 lah membaca dan buat kajian sikit2, jangan jadi macam tok moyang kita dulu2... sultan masuk islam, semua ikut masuk islam... main a'aah.. aje..!! dah ribuan tahun kena kelentong ngan pak arab pun masih duduk tahap lembu jugak..!! dah tu sibuk cakap org ni tak betul, org tu tak betul.. sendiri mau ingat laa.., Al-Qur'an punya dalaam ada faham kaa? semua rasul2 sebelum muhammad, noh ka, ibrahim ka, ismail ka, ishak ka, yaakob ka, zakaria ka, yahya ka, musa ka, isa ka, semua bawak seruan yang sama...lagi mau cakap agama-agama kaaa? kalau dah bodoh jangan tunjuk kat org, pi main sorang2 - pesanan tt...

kah..kah..kah..!!!


kmt65.

Tanpa Nama berkata...

Syiah ni nampak seolah2 mcm org islam. Padahal ajaran syiah bercanggah dgn ajaran islam. Pengasasnya Abdullah b Saba, org yahudi. Tujuan mereka nak menghancurkan islam atas nama islam.

http://www.youtube.com/watch?v=BApLF2fwKY0&playnext=1&list=PLEA51EDA7B7C8764D&index=1

Tanpa Nama berkata...

Amerika tak berani serang Iran sebab Iran dah jelas bagi amaran, kalau Amerika serang Iran, Iran akan serang Israel habis-habisan. Bayangkan kalau Iran hantar 1,000,000 (sejuta) tentera, marching ke Israel!!! Tak terkencing ke zionis? Reserve tentera sukarelawan Basiji Iran aje ada lebih sejuta orang, tu blum lagi yg hard-core armed forces. Bukan itu saja, bahkan Iran akan tutup pintu masuk keluar kat selat Oman-Iran, jadi segala kapal2 minyak dari Teluk Parsi (read:Iran) takleh keluar bawak minyak. Harga minyak dunia akan skyrocket!! Nanti satu dunia akan marah dan salahkan Ameria. Bukannya sebab kacau atau tak kacau atau abang/adik, ngeng!! kah kah kah kah!!!! khhrrrkkk!!!ptuih!!!!

Tanpa Nama berkata...

...oh, lagi satu... Secara umum, Shiah lebih maju dari Sunni, sebab komuniti Shiah ni lebih cenderung kepada ILMU (mencari, menyelidik, menyebarkan)... Bukankah itu Islamic? Sunni lebih mundur (terutama dari segi pemikiran), walaupun KAYA RAYA dianugerahkan minyak. Kenapa? Sindiri mau fikir laaa.... Sunni secara umum lebih suka 'terima pakai apa-apa sahaja kata2 org2 yg dikatakan Alim' tanpa sendiri mau fikir... Belajar 3-4 tahun kat Azhar, lepas tu kata2 org tu smuaaaa didengar dan diikut tanpa dibahaskan. Kalau dibahaskan, maka akan diugut. Ini la cara Sunni!! khhhhrrrkkk!!!!ptuih!!! kah kah kah kah!!!

Tanpa Nama berkata...

"Pengasasnya Abdullah b Saba, org yahudi" ????
kah kah kah kah!!! Menyusahkan mak ko branakkan ko je!!! Woit... Lain kali, kalau tak tahu, bertanya laaaa kat org yang boleh ditanya... Tak pasal2 ko mendakyahkan ajaran yg salah mengenai Shiah (Takpa, takpa... Sama-sama. Sbb aku dah tegur kesalahan fakta ko ni).