Selasa, 18 Januari 2011
KESAH FIRST LADY
FIRST LADY WAKIL PRESIDEN KE PBB
AKHBAR ARAB BUKAN DARI ZUNAR
SI FIRST LADY LARI LINTANG PUKANG
“ Corruption in the inner circle is growing. Even average Tunisians are now keenly aware of it, and the chorus of complaints is rising. Tunisians intensely dislike, even hate, first lady Leila Trabelsi and her family. In private, regime opponents mock her; even those close to the government express dismay at her reported behaviour. Meanwhile, anger is growing at Tunisia's high unemployment and regional inequities. As a consequence, the risks to the regime's long-term stability are increasing."DARI WIKILEAKS
terjemahan:
Rasuah dikalangan kroni amat meluas. Warga biasa pun sedar akan hal ini dan terus merungut. Rakyat 1Tunisia amat jelak malah membenci wanita pertama Leila Trabelsi dan keluarganya. Secara diam diam pihak pembangkang telah mengutuk wanita pertama ini, malah ada juga pegawai dalam pelbagai kementerian yang menyampah dengan kelakuan Leila. Dalam masa yang sama kemarahan terus meningkat kerana pengangguran. Justeru dalam masa panjang kestabilan rejim ini bertambah risiko – DARI WIKILEAKS
Telah diriwayatkan adalah sebuah negara diatas angin yang kaya lagilah subur. Negara ini terletak dipesisiran Laut Tengah. Anggur dan epalnya ranum dan manis. Gandum dan tamarnya hidup subur dan mewah di pukul bayu Laut Tengah. Pantainya indah dengan cuaca yang permai menjadikan negara ini satu tarikan untuk para saudagar , pedagang dan pelawat. Maka berpusu-pusulah mereka datang membawa dagang dan dinar.
Adalah diberitahu akan sejarahnya negara atas angin ini pada satu ketika dahulu adalah tanah jajahan Peranchis. Maka penduduk yang sepuluh juta ini pandailah bertutur bahasa Peranchis, bijaklah mereka bersekolah di Peranchis, pandailah mereka meminum air anggur dan bijaklah mereka memakan keju dan roti.
Maka mengikut surah dari perawi yang saheh satu malapetaka telah datang menimpa negara diatas angin ini 23 tahun dahulu. Seorang yang tidak diketahui asal usulnya bernama Zine al Abidine Ben Ali , telah menyamar mengaku dirinya lebih Arab dari Arab. Maka diangkatlah si Zineal Abidine ini untuk menjadi Presiden. Untuk menyedapkan cerita si Zineal ini telah datang bersama isterinya yang bernama Leila Trabelsi.
Mengikut Wikilekas yang empunya cerita Si Leila Trabelsi ini amat lah gila untuk menjadi First Lady. Si Leila Trabelsi ini amatlah gian kepada glamour dan amatlah berahi untuk melihat mukanya di kaca tv. Saban minggu Leila Si First Lady ini akan turun ke Paris untuk mendandan rambut dan memotong kuku. Mengikut surah wikileaks yang menangkap surat rahsia Pak Duta Amerika Robert Godec ke Rumah Puteh yang telah memocorkan kesah bagaimana Leila Si First Lady ini sering menghantar kapal terbang khas ke Monaco untuk membeli ais krim yang digemarinya.
Untuk orang luar yang datang melihat negara ini akan terpegun dan tersenyum. Hotelnya indah lagilah murah. Lalu negara ini dikenali sebagai tempat berehat dan bermain untuk mereka yang ada dinar dan euro. Siang berbaring di pantai. Malam berbaring dipeha. Picit loceng akan datanglah hamba sahaya menghibur duka dan lara. Dara diminta - dara pun datang. Minta janda - janda pun datang. Minta jantan – jantan pun datang. Maka tersohorlah negara ini ke seluruh Eropah sebagai tempat peranginan yang maha indah lagilah murah.
Tuan tuan pembaca yang budiman adalah riwayat Wikileaks ini saya sambung lagi. Kesah ini tidak khatam sampai had ini sahaja. Ingin disurahkan tentang kesah orang kampong yang sengsaranya tidak terhitung. Bermula kita dengan kesah nelayan yang membawa berita sedih lagi kurang sopan. Tanah-tanah kampong mereka dirampas untuk dibuat hotel yang gemerlapan. Akhirnya mereka tidak ke laut dan hilang pendapatan.
Mari kita masuk jauh ke pendalaman ke pinggir Sahara yang kering dan bedebu untuk mencari kesah orang kampong yang jarang kita dengar. Sesekali dalam kota kita terdengar kesah orang kampong yang kurang tepong dan kurang gula. Orang bandar dan orang kota tidak semuanya hidup sama. Ada yang duduk di mahligai dihadapan Laut Tengah yang indah permai. Dilayani oleh khadam dan sahaya. Ada yang duduk di kasbah berasak-asak dan berhimpit himpit.
Untuk menyedapkan kesah ini biar saya surahkan tentang anak-anak muda yang inginkan hidup berubah. Mereka rajin belajar di sekolah. Mereka tidak mahu lahir dan mati dalam kasbah. Mereka mencari ilmu untuk menjadi warga yang berpelajaran. Sayangnya kerja amatlah susah untuk ditemui. Ramai yang berpindah mecari makan di Eropah. Ramai lagi yang menunggu bertahun tahun jika rezeki datang melayang.
Seluruh desa dan kota semuanya tahu untuk mendapat kerja bukan satu pekara senang. Hendak mendapat kerja wajib mengenal orang. Wajib merasuah tuan dan puan. Hendak mendapat kerja wajib ada Pak Dalang. Ijazah dan diploma tidak semestinya membuka peluang.
Kesah ini disambung lagi : selama dua puluh tiga tahun rakyat berhadapan dengan Si Leila First Lady . Banyak kesah hodoh yang didengar amat jarang kesah terpuji. Si Leila mula di samakan dengan Imelda Marcos. Mengumpul kasut, coli dan baju. Bershoping ke Paris , ke Dubai sepanjang waktu. Mengikut surah yang hamba dengar apa sahaja kontrek dan projek perlu Presiden bersetuju. Tetapi Leila Si First Lady wajib diberitahu dahulu agar persen dapat masuk ke dalam tabung untuk dapat kanak-kanak sekolah dibantu.
Jika ada pembaca yang budiman bertanya bagaimana selama 23 tahun ini Zineal dan Leila ini mengembang sayap tanpa dimarah tanpa dibantah. Wahai pembaca budiman jawabnya amatlah senang. Radio, tv dan akhbar kalau tidak milik Zineal ianya milik anak Zineal. Kalau tidak milik anak Zineal – media ini milik kawan dan sahabat Leila Si First Lady. Tidak mungkin ada akhbar yang berani tegak berdiri kerana sang Presiden dikelilingi oleh polis dan tentera. Ini dibantu oleh ribuan mukhabarat yang megintip setiap kampong dan pekan untuk memastikan Leila Si First Lady dilihat anggun dan rupawan. Siapa berani bersuara akan dimasukkan ke penjara.
Untuk memanjangkan kesah negara atas angin ini maka pada 17 haribulan Disember tahun lalu terjadilah satu kesah yang amat pilu. Di Sidi Bouzid badar kecil 160 kilometer dari ibu kota menjadi tempat sejarah bermula. Mengikut tuan empunya cerita ada seoarng anak muda bijak pandai dan telah berijazah pula. Tetapi bertahun- tahun menunggu harapan mencari kerja. Mohamed Bouazizi adalah harapan keluarga untuk membantu kehidupan dalam kota. Lalu Bouazizi menjaja sayur dan buah buahan untuk menampong kehidupan adik emak dan keluarga.
Dihari yang bersejarah ini kereta tolak Bouazizi telah dirampas oleh penguasa kerana dikatakan berniaga tanpa lesen dan kebenaran. Di petang harinya si anak muda ini telah cuba mengadu hal meminta kembali kereta sorongnya. Semuanya gagal lalu dia bertekad membeli petrol dan membakar dirinya sendiri.
Maka pecahlah ke seantero negeri kesah seorang anak muda membakar diri untuk membantah kerakusan Leila Si First Lady. Berita si anak muda dihantar ke hospital telah menyemarakkan kemarahan rakyat yang terpendan selama 23 tahun. Orang ramai mula keluar ke jalan raya membakar gambar Zienal dan Leila. Tidak dapat ditipu tidak dapat dipulas. Rakyat telah bangun kerana telah lama ditindas.
Dari seluruh pelusuk negara – dari kampong dan desa – dari pekan dan bandar – orang ramai telah keluar berdemo. Tanpa sepanduk tanpa kain rentang tanda keberanian menegak keadilan. Mereka bangun mahukan kebebasan yang selama ini mereka ditekan. Orang ramai telah bersatu hati mereka semuanya meludah dan membenci Leila Si First Lady tembam, bergincu , berbotox dan bersangkul tinggi.
Polis dan tentera keluar untuk menembak mati sesiapa yang berani berdemontrasi. Kematian tidak mematahkan semangat. Sepuluh gugur tewas sepuluh ribu rakyat keluar berdemo. Setiap hari dan setiap petang di seluruh negara rakyat telah sedia bangun untuk berperang melawan Leila Si First Lady.
Akhirnya berita pun sampai si anak muda si pemula kesah ini telah mangkat didalam hospital. Badan terbakar tidak dapat diselamatkan. Maka berakhirlah 26 tahun riwayat anak muda ini. Berita kemangkatan ini menyemarakkan lagi kebencian rakyat kepada Leila Si First Lady. Ribuan demonstran turun ke jalan raya menuntut hak membela setiap yang tewas.
Kota dan kampong makin terbakar. Rakyat berduyun turun ke ibu kota mahu menuju ke Istana Presiden mencari Zienal dan Leila Si First Lady. Belum sempat sampai ke istana berita pecah berderai si Zienal dan Leila Si First Lady telah melarikan diri. Mula-mula mereka ingin ke Paris untuk hidup lumayan diluar negeri tetapi tidak dibenarkan oleh Sarkozy. Maka mereka mengundur ke Saudi. Disinilah akhirnya kesah Leila Si First Lady yang akhiir tungang langang melarikian diri.
Epilok:
For the first time – in a state where there is estimated to be one police officer for every 40 adults, two thirds of them in plain clothes, and people are afraid of even discussing politics in private for the informers on every corner – people took to the streets today chanting: "Ben Ali out!" and carrying banners saying "Ben Ali murderer!" They railed against his family and that of his loathed wife, Leila Trabelsi, seen as a cross between Imelda Marcos and Catherine de Medici. "Trabelsi thieves!" read one banner, against the woman whose family is reviled for taking tasty slices of state business and contracts, and plundering Tunisia's wealth. Tonight there were reports that some of her family's coastal villas and businesses had been attacked and ransacked.
NOTA:
Inilah dia rejim laki bini yang ganas yang selama 23 tahun ini memerintah Tunisia seperti harta milik pribadi mereka. Kini Zine el Abidine Ben Ali dan Leila Trabelsi telah melarikan diri dikejar oleh rakyat. Berita terakhir mengatakan dua anak perempuan mereka telah sampai ke Peranchis. Peranchis adalah negara pertama yang menjadi pilihan mereka tetapi suami isteri ini tidak dibenarkan masuk ke Peranchis. Kesah ini bukan kesah rekaan. Semua fakta diambil dari sumber-sumber yang saheh termasuk Wikileaks.
NOTA:
angka dari kerajaan lama mengatakn hanya 23 orang telah gugur
angka dari rakyat memngatakan lebih 200 telah tewas
malah banyak lagi mayat mayat yang belum di kenal pasti di hospital
mayat mayat masih lagi ditemui
gerombolan penyokong presiden yang lama
masih membuat kacau
ketua mukhabarat – kepala sb telah dapat ditangkap
keadan masih belum tenteram (TT)
* tulisan ini sedang tersiar dalam FIKRAH KEADILAN*
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
30 ulasan:
Akhirnya kuasa rakyat akan mengatasi kuasa pemerintah kuku besi sekalipun. Aku harap di malaysia taklah sampai ke tahap tu.
kita ada lagi pilihanraya utk undi keluar parti yg korup dan pilih parti yang mahu berkhidmat utk rakyat.
mungkin kah ini akan berlaku di m'sia??
first lady of m'sia pun tembam, bergincu , berbotox, bersangkul tinggi dan merembat harta rakyat.
BILA LAGI??????
seakan2 FL tempat kita je...
Kalau baca kat Sarawakreport.org, macam dah jadi tunisia ke-2 dah....
akhirnya dunia ini menjadi milik orang muda..
kat sini pun ada sahabat karib lela nama bik mama.. taklama lagi bik mama juga akan menerima nasib sama macam si lela... amiiiin.... maka meretalah larinya bik mama dan isterinya ke jepun, kanada, sweden tidak diterima, akhirnya ada juga negara yg ingin menerima mereka iaitu timur leste.
TT, lu ingat Malaysia berani ka, buat itu macam Tunisia.... kasi satu kain pelikat semua diam........hahahahahhhhhhhhhaaahahah
Perjuangan yang belum selesai di Tanah Melayu.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Seluas-luas bumi, hanya negara yang korap (atau yang sewaktu dengannya) saja sanggup menerima orang korap seperti ini.
Dulu Idi Amin pun lari kesitu jugak.
Naik Haji kot.
Yelah, ada fatwa yang bila orang tu naik haji jadi bersih macam kavita (bayi).
Atau kalau mati, tanam kat sana confirm surgaaaa.....
Senangnya nak masuk surga.....
mak janda tgh nak ikut acuan trebelsi la ni.... mulax2 gila duit, dah dpt berkoyan gila kuasa la plak...
budaya ke jalan raya, budaya yang terpaksa rakyat buat kerana rakyat ditindas.
dua ekoq ni sama mcm dua ekoq yang dok ada di sini, sama naik dok kalut kumpui harta benda, nak bagi lagi gemok jebon, lagi kembong pipi muka tu, supaya sanggul boleh lindung...
mcm mana la dia boleh jadi wakil negara ke UN? KAHKAHKAH gelak sampai terkencc pun boleh, asalnya mak andam GILA cantik, VAIN yang amat. tgk2 wakil UN!
Tunisia's Central Bank boss fired
The head of Tunisia’s Central bank was fired by the new coalition government on Monday.
The move was a response to the alleged disappearance of a large amount of gold.
The second wife of the ousted president Ben Ali is thought to have taken 1.5 tons of gold bars worth 45 million euro with her before fleeing the country. It is believed that the bank’s management knew about the withdrawal, but provided no resistance.
Le Monde quotes French intelligence sources claiming the family of ousted Tunisian President Zine El Abidin Ben Ali has left the country with 1.5 tonnes of gold worth more than €45 million. Before he fled last week, Ben Ali reportedly ordered the Tunisian central bank's director to hand over the gold to his wife, Leila Trabelsi. Many of Ben Ali's family members are said to have left Tunisia, fearing for their personal safety. One of Trabelsi's nephews was reportedly stabbed to death last week.
Blogger pro UMNGOK xnak komen ker..
mana ALahaI sI LunCAi..
Nak jugak tgk apa ulasan..hahahhahaha
ke bik mama di katakan lebih bagus dr Tuan Guru..wakakakaka
bangang...
alahai si luncai...mana kau?
dah jerjun dgn labu labu nya?
apa pun peristiwa di Tunisia akan menjadi satu pengajaran untuk kita semua...minta minta ianya tak berlaku di negara ini............
ok kawan2.. kalau Luncai bangang tu komen semua orang sila ignore jer.. dia tu troll..
salut pada perjuangan anak muda.. ini namanya pilih jalan raya..
Tunggu dan lihat selepas PRU bila UMNO dan BN menang suami PM akan lebih aktif mewakili isteri nya.
Di waktu ni baru warm-up dan dah menang pilihanraya sebuah jet peribadi baru Akan ditanggung oleh rakyat untuk kegunaan suami PM.
Waktu tu mungkin Malaysia akan mengistiharkan PM wanita yang pertama.
alahai si luncai ke atau alahai si lanchioww
salut,
semoga beliau mati syahid, beringatlah perasaan cinta, bencui , sayang tidak ada pembutanya ianya datang dgn sendiri,
sama lah rasa benci pada bn dimalaysia tak ada sapa yg tanam dlm hati saya ni..ianya mai dgn sendiri...
PAK ATAN..PAK ATAN,
DAH TUA TUA MENCARUT LAGI. PATUTLAH ANAK CUCU IKUT BANGLA..
Dulu zaman Pak Lah, Khairy kat ting.4, Mamak Kutty bukan main meroyan. Sekarang ne dalam kes bik mama, sonyap gila.. sejak bila jadi bisu?
kalo orang2 malaysia berani buat macam tunisia, thailand sana.. aku bertekad akan bunuh diri jika ini berlaku..
sebagai tanda kemenangan menjatuhkan kerajaan barisan nasional dan salut kepada mereka yang berani..
sbb apa, sbb rakyat malaysia penakut.. aku berani jamin punyer la..
Hisham Rais,
Bagi kita (kau & saya) yang pernah belajar atau bermastautin di Good Old England, memang kita suka kan splitting image
Saya manyak gembira kalau saat2 Najib Tun Razak KALAH TERUK......Inilah temanya
http://www.youtube.com/watch?v=vr-Ia45UJ6Q&feature=related
NAJIB....GO NOW....YOU DON'T WANNA YOU TO STAY
Hisham,
For your wonderful in late UK 70s.....Though I don't like Thatcher has won the election & in fact, the International Dean told me in private that it's Thatcher made latecomers like me to pay full tuition fee....Do watch 7.55 minutes onwards.....WINTER OF DISCONTENT
http://www.youtube.com/watch?v=PRWTQdyOluo
I AM NO THATCHERITE! THAT'S HOW JIM ACTUALLY DONE......MAYAT2 BERTIMBUM2 TANPA DITANAM......
NAK SAMA MCM KISAH DI MALAYSIA JER...
TAPI AKU MASIH TERTANYA2 KENAPA NAJIB KETURUNAN BUGIS YG DI KATAKAN BERANI DAN GAGAH PERKASA ITU BOLEH TAKUT KAT BINI DIA, PEREMPUAN MINANGKABAU...(BETOLKAN AKU JIKA SALAH)
KAN IKUT SEJARAHNYA, BUGIS TU BERANI ORG2 NYA...ATAU AKU YG TERSALAH BACA BUKU SEJARAH...
TAPI ADA JUGAK KISAH, PAHLAWAN2 YG GAGAH PERKASA REBAH DI KAKI PEREMPUAN...BAHAYA BETOL PENANGAN POMPUAN YER...
HARAP2 NAJIB BUGIS YG GAGAH ITU JUGA SENASIB DGN PANGLIMA2 PERANG DUNIA YG REBAH SEBELOM SEMPAT BERUBAH HEHE
OPS SORG LAGI, HISHAMUDDIN ONN KETURUNAN TURKI YG GAGAH TU APA CERITA YER...
AKU KALU DENGAR DIA BERUCAP ATAU JAWAB SOALAN...RASA CAM NAK GELAK AJER HAHA
Keadaan diTunisia ni nampaknya serupa macam diMalaysia.Watak sama,keadaan sama cuma pelakun sahaja yang berbeda.Agaknya rejim Najib-Rosmah ni akan merupakan penghujung jalan bagi UMNO/BN?APCO.DiIndonesia dulu,gulungan mahasiswa dan gulungan muda-mudi yang menjatuhkan rejim Suharto.Kita nak sangat tengok gulungan muda diMalaysia ni melakukan sesuatu untuk ajar rejim Najib-Rosmah ni.
penganti Zainel Abidin ialah timbalan beliau, jadi tak der apa apa perubahan besor.
Apa citer, bro?
adakah semua ini akan memberi kesan terhadap trend kebanyakan pengundi di M'sia??... Tak mungkin... kenapa??... sebeb M'sia masih aman...
Rasuah berleluasa?... Tak apa...
Harga barangan keperluan semakin naik?... Tak apa...
Kos kehidupan semakin menghimpit?... Tak apa...
Kenapa "tak Apa"...
Sebab M'sia masih aman...
hahahahahahaha
ALahaI sI LunCAi...
hoi bangang org suruh komen isu tu...hahahah
itu jer ke yg lu boleh komen...hahahah
komen la ckit pasal kes khir toyo ker,bik mama ker...
org kat sini kalo pakatan salah komen jugak..ckp semua pemimpim umno bagus...hahahahha
tunisia tak abih citer lagi brader..
itu menteri2 abidin ni, masih jadi perdana menteri sementara.. sama macam gerombolan jugak la.. pengorbanan nyawa rakyat ditagih lagi untuk terus menggulingkan kerajaan babisial ni..
aku ingat, kerajaan babi negara pun tetap ada plan cenggini jugak.. jika najib digulingkan, rais yatim akan jadi pm sementara.. jika rais yatim digulingkan, kuasa polis dan tentera akan melantik hishamuddin hussein onn jadi pm sementara.. jika hisham pun kene guling, sabri cheeky pula amik alih.. jika sabri cheeky pun kene guling, sabru yaakob pulak amik alih..
jika sabri yaakob pun kene guling, paklah akan mai jadi superman dan amik alih.. itu belom madey lagi yang amik alih.. kalo madey amik alih..hahaha sambung sendiri la citer 22 tahun dulu la.. perintis politik umno bn bukannya sorang.. hatta lembu bangan pun boleh jadi pm.. tak terperi bangannya bn umno ni.. lintah darat pun boleh mati keras kalo berkawan dengan dia orang..
@eekaa
nak mampos pengganti zainol abidin ni tak ganti dia, kalo tak tompangkan pemerintahan zainol abidin ni, silap2 dengan dia2 sekali kena halau keluar tunisia.
Catat Ulasan