Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 18 Januari 2011

SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI



AL-FATIHAH






Lahir 29 March 1984
Sidi Bouzid, Tunisia
Mangkat January 4, 2011 (umur 26)






SALUT MOHAMED BOUAZIZI

bila aku baca berita tentang kau yang berani
maka aku tunduk segan
bila aku baca berita kau mangkat
gugurlah si ayer mata

tamatlah riwayat kau yang yang pendek
26 kali kau beramadan
26 kali kau bermusim bunga
26 kali musim dingin sampai
tapi hidup kau penuh sengsara
kau membesar dibawah telunjuk leila si first lady

kau belajar
kau berjaya
kau ke universiti
kau berijazah
tapi kau hanya menunggu kerja
seperti beribu ribu anak muda
dengan penuh harapan yang setia

lalu kau membuat kereta sorong
menjaja buah dan sayur
inilah satu kehidupan yang bukan asing lagi
di negara dibawah pemerintahan leila si first lady

betapalah susahnya hidup
ibu adik dan kakak
semua menunggu rezeki dari jualan kamu

maka ditakdirkan datanglah mala petaka
lalu kereta sorong kau dimusnah
lalu sayur kau di rampas
lalu buah buah kau terbarai
kau menjaja tanpa lesen
lesen yang wajib dibayar untuk leila si first lady

wahai anak muda yang berani
bila kau membakar diri
kau telah membakar seluruh bumi arab
dari moroko hingga ke bahrain
dari damsheik hingga ke dubai
kemarahan rakyat meluap luap

rakyat jordan telah turun ke jalan raya
rakyat aljeria telah turun ke jalan raya
rakyat muritania telah turun ke jalan raya
bangun mengacungkan tangan
menuntut keadilan
mendobrak kezaliman

bila kau membakar diri
tanda bantahan terhadap leila si first lady
telah disambut oleh tiga anak muda di aljeria
telah disambut oleh tuan empunya cafe di al-khahairah
telah disambut oleh seorang anak muda di muritania

wahai mohamed bouazizi
bila pintu langit dibuka
kau lihat kembali ke tunisia
kau lihat kembali ke kereta sorong mu
kau lihat kembali ke kota kecil kamu
kau lihat kembali satu tunisia telah bangun
kau lihat kembali satu bumi arab telah bergolak
kau lihat kambali keberanian telah datang
untuk menentang kebatilan
untuk menegak keadilan

wahai anak muda
bila pintu langit itu tertutup
berehatlah kamu bersama segala roh yang suci
bersama segala pejuang yang berani
senyumlah untuk dirimu
leila si first lady telah diburu lari

al-fatihah untuk semua yang gugur
salut untuk mereka yang berani
salut dari aku untuk kamu


25 ulasan:

ATOK KAU GILA berkata...

Alfatihah Basboosa.

Nur Misnan berkata...

aku juger bangga dgn dia
mempunyai ijazah tapi tidak segan
untuk menjaja buah dan sayuran
dgn kereta sorongnya...
jika di Msia aku rasa blh kira
dgn jari anak2 muda sekrang nak buat
keja mcm tuh...

Alfatiha untuk beliau
cuma kematian membakar diri
bukan jalan penyelesaian...

cicit ngah layor berkata...

Kalau hidupnyer ditengok lebih hiner dr bangkai babi,lebih baik terkorban untuk mendapatkan keadilan.Peduli aper dengan cakap oghang.Takziah dan tahniah.

kelisa_samudera berkata...

kalau mati membakar diri bukan ke sama dengan membunuh diri? kalau membunuh diri hukumnya haram. matlamat tak menghalalkan cara.

Tanpa Nama berkata...

terbaik..saudara layak menjadi menteri penerangan dan kebudayaan

Tanpa Nama berkata...

Masanye telah tiba untuk kita berbuat sesuatu...hmmm...lupakan si sunti ke si suntot ke..perabih boraigh...itu semua untuk mengalihkan perhatian kita semua kepada si suami yang berada di Oman..Ehhh...kenapa suami tu lebih2 plak...betul2 macam kat Tunisia tu...

Peneroka..

Dejan berkata...

Salut untuk keberanian kau tapi sayang kau tak kan bersama roh2 yang suci sebab kau tetap akan ke neraka jahanam kalau betol kau bakar diri sendiri.

Takde alasan untuk kau bakar diri sendiri walau sengsara mcm mana pun hidup..

Tanpa Nama berkata...

“I will be traveling my mom, forgive me, Reproach is not helpful, i am lost in my way it is not in my hand, for give me if disobeyed words of my mom, blame our times and do not blame me, i am going and not coming back, look i did not cry and tears did not fall from my eyes, Reproach is not helpful in time of Treachery in the land of people, i am sick and not in my mind all what happened, i am traveling and i am asking who leads the travel to forget.”

- Mohamed Bouazizi's Final Message in Facebook. Source: Wikipedia

Tanpa Nama berkata...

first lady of tunisia dah jalan....first lady of malaysia bila lagi??????

Tanpa Nama berkata...

sb-sb dan barua-barua gerombolan patut ambil iktibar dari revolusi di Tunisia. Presiden dan Pirst Lady chow dengan harta kekayaan, yang tinggal sb-sb dan barua-barua yang akan di jadikan lauk oleh rakyat.

Kucing Parsi berkata...

ala.. isham
bukan stakat tunisia
malaysia melambak graduan IPTA menganggur. nak cakap tak pandai speaking susah jugak
yang IPTS jangan cakap la
kalau tak melampau aku cakap ada 250k graduan mengganggur di malaysia.
yang diploma ke atas

rattlehead berkata...

bro tt bukan suruh ikut dia bakar diri....keberanian dia tu patut dicontohi...itu pun tak paham...patutla BN tak tumbang2...

Tajjawad berkata...

Perjuangan dan kebebasan memerlukan pengobanan. Mohamed Bouazizi mengorbankan diri untuk semua golongan mustadhafin yang mengerti apa itu perjuangan dan pengorbanan.
S A L A W A T !

Tanpa Nama berkata...

dan kau juga bukan Tuhan untuk menghumban sipembakar diri masuk ke neraka. Biarkan Tuhan Allah yang menentukan syurga atau neraka ummatnya.

Al-Fatihah untuk yang mati membakar diri.

toeachisown berkata...

heh, Im nauseated by these bunch of moral polices, self immolation equal to suicide? so dia tak kan masuk syurga? ooh please, spare us your judgement..mana korang tau dia nak bunuh diri? dia ada bagitau tak yang niat dia nak bakar sendiri sebab dia dah fedup nak hidup thus bunuh diri? If dont, then shut the fuck up. As far as im concern self immolation has and will always be a symbol of protest.

Yes, nothing more nothing less .. mogok lapar= simbol protes , boikot barang=simbol protes ..and yeah, SELF IMMOLATION = PROTES.

dont believe me , check out links below ..
http://www.stephaniesinclair.com/selfimmolation/

http://www.francesfarmersrevenge.com/stuff/archive/oldnews2/selfimmolation.htm


Mana yang lagi mulia, melihat/merasai kekejaman tapi membutakan mata,memekakan telinga atau mengambil tindakan walaupun tindakan itu mencabar norma huh?

Salute kepada Mohamed Bouazizi , Rest In Peace ..pengorbanan anda tidak sia sia ..dan insha allah bakal menjadi catalyst kepada keruntuhan autokrasi di negara2 lain

Tanpa Nama berkata...

xpaham aku ... sanjung orang bunuh diri ?

Tanpa Nama berkata...

hahaha..penat bercakap dengan orang kecanduan agama islam ni..

apa ko yang kecanduan agama ingat orang ramai maukan islam ka sebagai jalan penyelesaian walaupun nabi dan Allah kata, agama inilah terbaik? cakap jer islam, sendiri pun tak terbela lagi...

cakap ikut hati sikik, terus jadi kapir.. kamon la, sampai bila nak jadi begini??? be realistik dan flexible sikik.. aku pun jadi heran.. macam ustat dalam TV9... baca quran, pahala besar.. baca quran pun, kadang2 quran laknat balik diri si pembaca...

sudahlah ramai yang pemalas baca quran, kemudian bagi yang tak ramai membaca pulak, membaca pun dilaknat pulak dah...

nak berdakwah islam suci murni bersyih pun, tengok la line dulu chibai.. jangan bagi orang benci kepada agama... jangan tunjuk2 yang anda islam dan terlebih ishlam dari orang lain.. pergi lanchow la kalo nak terus camtu..

jangan sampai anak muda kata, baik aku isap pelir lagi bagus dari sembahyang! tepuk dada tanya iman...

Tanpa Nama berkata...

(T.T)

Tanpa Nama berkata...

Tunisia?
Pokonkya disini

Bunga me layu
Daun me layu
ranting me layu
Batang me layu
akar me layu

pokoknya melayu!

wakakakakakaka...kaaa..kaa

gabot berkata...

al fatihah unutk beliau

tapi naper citer tunisia ni tak cover sangat kat paper mesia?

klevra berkata...

aku rase lakan beb..die bukanlah nak bunuh diri..die nak tunjuk tande protes dengan membakar dirinya..biar suaranye didengari,biar dunia dapat tahu betapa celaka regime laki bini tu...rakyat didahulu susahkan..dianiayakan..padahal negeri sikit punye kaye..same la cam kite..negara kaye..heboh nak jadik negara maju..maju kebende rakyat didahulu susahkan..pengeluar sawit terbesar dunia,tapi minyak sawit putus bekalan dalam malaysia?wtf la pemimpin2 bangang malaysia ni...ape pun Alfatihah utk basboosa...ini insan hebat!!!

ALahaI sI LunCAi berkata...

AMBOI !! AJAK ORANG PERANG. KO LARI DARI MEDAN PERANG TAK INGAT. PULUHAN TAHUN SEMBUNYIKAN DIRI, KAWAN KAWAN MERENGKOK KO MELEPAK.

SEKARANG KO CAKAP PASAL PERJUANGAN, LAYAK KE ?

Tanpa Nama berkata...

//Alfatiha untuk beliau
cuma kematian membakar diri
bukan jalan penyelesaian...//
BS! Revulisioner mempunyai keberanian utk mengorbankan diri..this is an extreme form of submission to the divine..faham!!

Tanpa Nama berkata...

//dan kau juga bukan Tuhan untuk menghumban sipembakar diri masuk ke neraka. Biarkan Tuhan Allah yang menentukan syurga atau neraka ummatnya//

Absolutely correct!

Man berkata...

Yang bodo tetp bodo, yg buta tetap buta. membakar diri tak sama dgn membunuh diri. cuba la faham sikit. jgn jadi tuhan atas dunia ni.