Khamis, 6 Januari 2011

SERANGAN GEROMBOLAN




TAK ADA PAUTAN AGAMA




PROJEK SELANGOR

Krisis besar telah sampai ke Selangor. Sekali pandang ianya datang secara tetiba seperti banjir melanda kerana empangan pecah. Apakah betul bencana ini sampai dengan tetiba? Apakah betul ianya sampai kerana Setiusaha Kerajaan Selangor yang lama ingin bersara dan yang baru perlu dilantik? Tidak. Di belakang semua ini ada perancangan licik. Ada wayang Pak Dalang.

Umum mengetahui - sesiapa yang belum tahu sesudah membaca tulisan ini akan tahu bahawa negeri Selangor adalah yang terkaya di Malaysia. Malah antara yang terkaya di Asia tenggara setaraf dengan German, United Kingdom atau Korea Selatan. Belanjawan tahunan untuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya sahaja lebih banyak dari belanjawan tahunan kerajaan Negeri Kedah. Ini fakta saheh.

Selama lebih dari 50 tahun warga Selangor merasa mereka telah ditipu. Pada 8 March 2008 dahulu warga Selangor tidak mahu lagi dibodohkan justeru mereka telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat dan menghumbankan kerajaan Barisan Nasional yang di kepalai oleh United Malays National Organisation. Dari fakta sejarah - ini adalah kali kedua warga Selangor mengambil sikap sedemikian. Kali pertama pada tahun 1969 dahulu.

Sikap pintar dan kesedaran warga Selangor ini telah menjadikan United Malays National Organisation hilang punca. Sesudah 8 March yang lalu gerombolan yang selama ini merampok dan mengganas di Selangor telah kehilangan peti emas. Penyamun yang memiliki pin number akoun bank tetiba angka pin ini berubah. Ini samalah seperti Raja Bersiong yang menjaga Bank Darah tetiba dihalau ke hutan.

Untuk memahami apa yang berlaku di Selangor hari ini kita wajib melihat kembali apa yang berlaku pada 8 March 2008 dahulu. Kini – sedikit demi sedikit – umum telah mula mengetahui bagaimana pada malam 8 March 2008 yang lalu Khir Toyo telah membuat beberapa panggilan talipon untuk bersubahat dengan beberapa anasir dalam Pas untuk mengagalkan terdirinya pentabiran kerajaan baru di Selangor. Ini bukan desas bin desus. Ini fakta sejarah.

Kenapa ini berlaku? Ini berlaku kerana ada bengolan-bengolan yang telah hilang kuasa ini tidak mahu menerima hakikat yang mereka telah hilang kuasa. Dalam masa yang sama ada pula bengolan-bengolan yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Bersar yang baru. Kepentingan kuasa ini telah mengikat dua anasir yang bermusuhan ini untuk bekerja sama. Kini babak sejarah malam 8 March 2008 itu telah tesebar untuk menjadi cerita-cerita rakyat yang boleh ditokoh tambah dengan aji-no-moto.

Apa yang jelas – awal-awal lagi – pada malam 8 March 2010 itu lagi United Malays National Organisation sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa di Selangor. Bukan kerana gerombolan ini ingin meneruskan khidmat suci mereka – tidak. Hilang Selangor dari kawalan bermakna United Malays National Organisation akan hilanglah punca pencarian. Selama ini Selangor adalah tempat para geromboan mencari makan – Selangor lombong emas mereka.

Ingatkan kembali kesah lagenda Abang Zak - dari seorang penjaga pintu laluan keretapi - seorang yang tidak ada pelajaran dan ilmu pengetahun telah menjadi kaya raya kerana dipilih oleh United Malays National Organisation untuk menjadi Adun dan ahli Majlis Perbandaran Klang. Ini satu contoh kecil. Bagaimana pula dengan projek mega perlabuhan Klang yang dananya lesap berbilion-bilon ringgit? Malah amat banyak lombong emas terletak di Selangor tetapi kini di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru apa yang jelas disini ialah United Malays National Organisation akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali Selangor. Gerombolan ini sanggup bersekongkol dengan siapa sahaja. Gerombolan ini akan besubahat dengan siapa sahaja asalkan Selangor kembali di bawah naungan mereka.

Bayangkan hari ini banyak program gerombolan terbengkalai kerana duit putus. Limpahan fulus yang biasanya datang dari kerajaan Selangor telah kering. Lubang lubang kontrek telah tertutup. Duit komisen sama ada jual projek atau melobi untuk mendapatkan projek kini tidak ada lagi. Kering dan kontang.

Ingat? Bagaimana heboh riuh gempita dipertengahan tahun lalu kerana pelancaran kempen : Tawan Selangor . Diberitakan Mat Ezam, Noh Omar dan Khir Toyo akan gila babi berkempen ke hulu ke hilir dengan ‘road show ‘ mereka. Lepas tiga empat ceramah – tayar pancet – semua potong stim. Tak ada sesiapa berminat untuk datang mendengar kempen Mat Ezam atau Khir Toyo. Untuk menambah sedih dan pilu - ahli-ahli gerombolan kalau tak ada fulus tak akan mengalihkan punggung mereka ke mana-mana. Khalas.

Asas dan latar belakang semua ini ialah kenyataan Ketua Perhubungan Selangor Najib Razak yang telah berkata : Selangor wajib diambil kembali. Ini adalah satu arahan untuk melakukan apa sahaja demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan jatuh. Justeru kita melihat bagaimana Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan pelbagai bentuk operasi untuk memerangkap Adun-adun atau Ahli-ahli Majlis Pakatan Rakyat.

Pelbagai taktik telah dijalankan. Taktik perangkap dengan duit telah dijalankan. Seorang Adun PKR telah tewas dan berpaling tadah. Perangkap lendir yang berjaya digunakan di Perak telah juga digunakan di Selangor. Tetapi gagal. Akhirnya perangkap – siasat sampai mati – yang telah dijalankan terhadap Teoh Beng Hock. Semua ini adalah taktik dan strateji untuk menumbangkan kerajaan Selangor.

Selaras dengan operasi SPRM ini juga – kacau bilau kecil terus diadakan. Mengheret kepala lembu, membuat laporan polis kiri dan kanan, baling kepala babi dalam masjid, menyebar fitnah disana sini menjadi sebahagian dari perang saraf puak gerombolan. Sayangnya walau pun songkok yang gerombolan pakai tinggi mengawan dan lilitan serban mereka tebal membuncit tetapi tidak banyak warga Selangor yang tertarik dengan puak gerombolan ini.

Akhirnya Zionis APCO penasehat yang digaji oleh Najib Razak telah mencadangkan satu taktik baru perlu dijalankan di Selangor. Kalau di Israel rejim Zionis telah memilih Abbas dari Al-Fatah untuk menjadi pemimpin walhal yang menang dipilih oleh warga Palestin ialah parti Hamas. Taktik - pecah dan perintah a la Israel inilah yang sedang dijalankan oleh Najib Razak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat secara resmi telah menemu duga calon-calon baru untuk dijadikan Setiausaha Kerajaan. Nama calon yang dipilih telah dihantar ke pihak berwajib untuk disahkan. Tetiba Sultan Selangor dikatakan telah membuat pilihan. Ini betul betul sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Israel Nathanyahu dahulu. Rejim Zionis tetiba memilih Abbas dan mengenepikan Hamas yang dipilih rakyat. Apa yang berbeza - di Israel tidak ada Sultan hanya kita di Selangor yang ada Sultan. Kita pula di Selangor tidak ada Nathanyahu tetapi kita ada Najibyahoo.

Disini umum wajib disedarkan bahawa Sultan dan Raja di Malaysia ini bukan Sultan dan Raja dizaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Itu enam ratus tahun dahulu. Hari ini mereka hanyalah Raja Perlembagaan bukan BerSultan di mata dan berRaja di hati. Zaman apa sahaja Sultan dan Raja buat adalah betul telah lama berlangsung.

Umum juga perlu diingatkan bahawa United Malays National Organisation pada tahun 1993 telah meminda perlembagaan. Pindaan perlembagaan tahun 1993 ini membawa banyak perubahan dalam segi pemikiran orang Melayu terhadap sistem Raja Perlembagaan. Hari ini – lapan belas tahun kemudian – rakyat Malaysia terutama orang Melayu sama seperti warga Selangor tidak mahu lagi di tipu oleh sesiapa pun – baik oleh politikus atau pun oleh Sultan.

Rancangan jahat Najib Razak untuk menimbulkan perbalahan antara kerajaan Selangor dan Sultan ini akan berterusan. Kes Khusrin ini sedang dijadikan peluru untuk menimbulkan kacau bilau. Ini adalah penerusan strateji untuk merampas kembali Selangor dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Warga Selangor wajib berhati-hati dan berwaspada. Harus dingatkan anasir –anasir yang pernah ditalipon oleh Khir Toyo pada malam 8 March 2008 dahulu pasti sedang mencari-cari peluang untuk menjual Viagra di Lorong Haji Taib. Musuh-musuh dalam selimut sedang berkeliaran mencari peluang untuk mendapat pangkat dan kuasa. Gerombolan amat senang dikenali tetapi musuh dalam selimut ini tak tahu bila ianya akan menikam kita.

Dimana akhirnya krisis ini? Semuanya terpulang kepada warga Selangor sendiri. Jika mereka ingin membawa perubahan maka mereka akan terus menyokong Pakatan Rakyat. Jika mereka ingin terus ditipu dan diperbodohkan – tidak ada siapa yang dapat menolong. Hingga hari ini masih belum ditemui lagi satu suntikan yang mujarab untuk mencerdikan mereka yang suka dibodohkan dalam sekelip masa.(TT)


26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha...

Persoalanya ..berapa ramai yang tinggal di Selangor ini lahir di Selangor??? Adakah mereka ini Bersultankan Raja Selangor atau Masih Bersultankan Negeri Masing-masing???..dan mereka inlah juga yang mengundi di Selangor..nahhh..anda Jawab..anda Faham...ha ha ha.

Tanpa Nama berkata...

memang benar apa yang dikatakan oleh sdr isham. orang melayu ni telah lama disuap untuk hidup hingga mereka dah tak tahu menggunakan tangan sendiri untuk makan, eh betul ke begitu? harap rakyat selangor tak begitu!

matstimketum

Tanpa Nama berkata...

SETARAF DGN UK DAN GERMAN?? MANA DPT FAKTA TU BRO?

PART LAIN AKU SETUJU...

Tanpa Nama berkata...

NAJIBYAHOO KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

Tanpa Nama berkata...

Aku harap rakyat selangor yang telah mengundi PR dalam PRU yang lepas terus berikan sokongan dan yang masih atas pagar dan dalam pagar BN tu, cuba2 lah tukar persepsi.

Kita tengok bagaimana BN-UMNO dan balaci2nya terang2 tunjukkan yg mereka ni tak gentlement langsung, xleh terima kekalahan.

Berubah sekarang ke arah kehidupan yg lebih baik di bumi malaysia yg bertuah ni.

Tanpa Nama berkata...

Tuan TT,

mari kita sumpah telur Kusrin jadi telur masin!

KAH KAH KAH!

Tanpa Nama berkata...

Saya sbg rakyat selangor amat kecewa dgn situasi ini. Kita telah piha kerajaan dgn cara yg sah. Mengapa Sultan tidak dpt terima kehendak dan pilihan rakyat? Umum tahu akan usaha BN utk menawan Selangor dgn cara yg jahat lagi kotor. Sepatutnya Sultan mesti bersama dengan kerajaan Selangor yg dipilih rakyat. Semoga Allah SWT melindungi kita semua. Satu sahaja pilihan yg ada utk merubah ini semua... Jatuhkan kerajaan pusat dalam pilihanraya akan datang!

Tanpa Nama berkata...

harap tulisan TT ni disebarkan ke seluruh pelusuk negeri selangor untuk mengingatkan tok nyang tok nyit,pok cik mok cik yg tak reti tengok internet kat selangor supaya berhati hati .....

Tanpa Nama berkata...

persoalan terakhir para:
jangan ujudkan prasangka terhadap kawan.
kita sudah terpaksa berperang dengan gerombolan,ini tt tambah api untuk mempersoalkan kewarasan kepimpinan PAS.
perbetulkan PKR dulu yang semakin gelong,kemudian baru tengok apa yang tak kena dengan PAS.

Tanpa Nama berkata...

ulasan yg mantap bro tt....org sgor ayuhlah ke jln say no 2 khusrin....depa 300, kta wat 300k.....

-Dolah Broker KERAjaan Perpaduang-

Tanpa Nama berkata...

Tuan TT,
saya amat tertarik dengan 2 perenggan Tuan TT ini...

"Kerajaan Pakatan Rakyat secara resmi telah menemu duga calon-calon baru untuk dijadikan Setiausaha Kerajaan. Nama calon yang dipilih telah dihantar ke pihak berwajib untuk disahkan. Tetiba Sultan Selangor dikatakan telah membuat pilihan. Ini betul betul sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Israel Nathanyahu dahulu. Rejim Zionis tetiba memilih Abbas dan mengenepikan Hamas yang dipilih rakyat. Apa yang berbeza - di Israel tidak ada Sultan hanya kita di Selangor yang ada Sultan. Kita pula di Selangor tidak ada Nathanyahu tetapi kita ada Najibyahoo.

dan lagi satu perenggan....
" Rancangan jahat Najib Razak untuk menimbulkan perbalahan antara kerajaan Selangor dan Sultan ini akan berterusan. Kes Khusrin ini sedang dijadikan peluru untuk menimbulkan kacau bilau. Ini adalah penerusan strateji untuk merampas kembali Selangor dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat."

Tuan TT,

dua perenggan di atas apabila di baca kelihatan seperti Tuan TT masih lagi dalam lamunan seolah2 Sultan tidak bersalah, dan hanya Najibyahoo dan geombolan yg cuba melaga2kan kerajaan pakatan dengan sultan....
sedangkan kita semua sedia maklum yang sultan memang tak suka kerajaan pakatan....

harap selepas ini Tuan TT tidak menggunakan ayat yang seolah2 sultan ini tidak bersalah, dan hanya jadi mangsa konflik BN vs PR sedangkan kita semua tahu dan sedar yang sultan memang berpihak kepada BN.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

kurang ajar betul..x per r dah arwah dah org tu..
dah r org melaka suker2 ati jer...
org selangor jati diketepikan...
mamak,jawa ntah saper2 jer jadi pemimpin org s'ngor...


-anak jati selangor-

Tanpa Nama berkata...

Suroh geng pukrak buat pru13 la tengok, siapa kuat?

Tanpa Nama berkata...

Berpijaklah di bumi yang nyata. zaman hang tuah dah berakhir. hidup mesti saling hormat menghormati.

Tanpa Nama berkata...

Najibyahoo ke Najibtuya?

Tanpa Nama berkata...

Kesian pula aku dengan Dr. Halimah Ali yang katanya, dia dah tak larat dengan Kerajaan PR yang digangguguat hingga meminta solat hajat dilakukan.
Kalau gitu, aku harap semua ADUN PR letak jawatan. Letak jawatan beramai-ramai. Biarkan UMNO-BN ambilalih macam Perak.
Dengan cara ini Kerajaan Selangor yang ditadbirkan dibawah TS Khalid Ibrahim dipandang lebih mulia dan bermaruah. Dan ini akan menimbulkan kesan dalam PRU13 nanti dimana PR akan menang lebih besar.
Ini kerana sejak PRU12, PR telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam memenuhi kehendak rakyat Selangor.
Biarkan Khir Toyo kembali berkuasa atau Noh Omar atau Ezam Mohd. Noor.
Kalau rakyat Selangor mahukan PR memerintah mereka akan pilih PR, dan ini bukan saja akan membuka mata rakyat Selangor tapi juga Johor, Pahang, N. Sembilan, Terengganu, Melaka dan Perlis.
Kalau UMNO-BN nakkan Pulau Pinang dan Kedah, Lim Guan Eng dan Azizah Razak serta orang-orangnya pun boleh turut letak jawatan.
Biar rakyat ajar mereka dalam PRU13 nanti.
Silap-silap Putrajaya dalam dagapan PR.
Satu lagi, dalam keadaan yang tak tenang ini elok kiranya PR jangan bertanding di Tenang. Beri UMNO-BN walk over.

Tanpa Nama berkata...

Tak kan tak tahu selama ini Raja gopal memang menyokong kuat UMNO? Kerana, UMNO adalah lombong emas dan balaci penyuap nasi kepada beliau. Bila PR pegang Selangor, susah Raja gopal nak bermewah-mewah macam selalu. Oleh itu jangan pedulikan Raja gopal, biar dia belajar hidup susah macam marhaen. Kita dilahirkan di dunia ini bukan untuk menjadi hamba manusia, kita hanya layak sebagai hamba Allah.

haluankiri berkata...

Salam .. Idea kata nak bg UMNO walk over jer.. bukan cara PEJUANG .. bagi aku ..biar kita semua mati pun .. UMNO mesti ditentang .. KEJAHATAN demi KEJAHATAN tlh banyak dilakukan .. siapa lagi nak menentang mereka ini .. AYUH semua RAKYAT .. bangun menentang KEZALIMAN ini ..

opisboi berkata...

pilihanKU ialah KAVEETA...oh..KAVEETA

Tanpa Nama berkata...

Adalah diharapkan rakyat Malaysia di Selangor berwaspada kerana taktik Zionis melalui APCO sedang diusahakan oleh AMNO di Selangor. Usaha ini bertujuan menjatuhkan Kerajaan Pakatan melalui Kushrin. Semoga Allah yang Mahakuasa akan melindungi Kerajaan PR dan Meneteri Besar daripada melepetaka.

Allahuakhbar Allahuakhbar.

Tanpa Nama berkata...

Assalam bro.
Zaman hang tuah kaki bodek sultan dah berakhir di-selangor.Yang penting ialah sultan perlukan rakyat dan rakyat juga perlukan sultan.

Tanpa Nama berkata...

akan terus wujud melayu yang kaki bodek sultan dan pemimpin... tak pernah dalam sejarah hidup dunia ini, kita akan mendapat sultan yang adil dan saksama.. rata2nya bodoh dan banganggggg memanjang...

Nama berkata...

gerombolan sebenarnya dah 'lapor'

Tanpa Nama berkata...

saudara2 sekalian,

tolong kawal komen anda yang menyentuh soal sultan

nampaknya instiusi sultan seperti
sudah diperlekehkan

Tanpa Nama berkata...

umno kata negara akan kucar kacir jika PR perintah...tgk la Selangor betapa kucar kacir...kalau perintah negara lg kucar laaa...

ni umno yg bgtau sbb umno dh azam akan kucarkan negara....dasar perompak negara!

Tanpa Nama berkata...

Asm,

Text yang dibaca oleh Sultan pada majilis kurnian bintang kebesaran Selangor (6 Jan 2011) siapa yang buat kalau bukan SU Raja Selangor.

Mereka mengesahkan yang mereka bukan penyokong BN / PR, kerana mereka itu adalah K'tangan K'jaan. Tetapi gerakgeri mereka memang UMNO.

Tabik spring pd MB S'gor kerena diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk melawan musuh dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.