Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 11 Februari 2011

GEROMBOLAN DAN MEDIA GEROMBOLAN



KENYATAAN MEDIA RASMI


PKR Cabang Tambun menafikan bahawa ada ahli yang telah berhenti dan menyertai Gerakan.Tiada sebarang surat perberhentian diterima oleh PKR daripada mana mana pihak.

Rakyat Malaysia tidak boleh diperbodohkan lagi dengan taktik-taktik lapuk sebegini dan kami menasihati parti Gerakan dan BN untuk memberhentikanya.Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam yang telah meninggalkan PKR hampir setahun tetapi masih lagi digunakan sebagai bahan media oleh Bernama.

Setiap bulan ada ahli ahli baru yang memasuki Pakatan Rakyat.80% daripada mereka ini pernah menjadi ahli parti komponen BN, akan tetapi PR tidak merasa perlu untuk mengebohkan perkara ini.Apa yang penting ialah peningkatan ahli baru serta penubuhan ranting baru yang sedang berjalan dengan baik.

Omar Hakim Bin Omar Farouk
K/Penerangan Tambun & S/U Pilihanraya Negeri Perak


nota:
inilah berita dari laporan media gerombolan
nampak jelas media gerombolan sedang menipu
orang ramai.

berita macam ini akan banyak lagi keluar
terutama bila ada pilihan raya kecil

30 AHLI PAS SERTAI UMNO, 200 MASUK GERAKAN - mkini

Sebanyak 200 bekas ahli PKR Bahagian Ipoh Barat dan Tambun hari ini menyertai Gerakan.

Borang permohonan keahlian itu diserahkan bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam kepada Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn, pada satu majlis ringkas di Wisma Gerakan di Ipoh.

Chang berkata kemasukan mereka ke dalam parti itu bukan atas inisiatif Gerakan atau mana-mana pemimpinnya sebaliknya dilakukan bekas ahli PKR itu dengan rela hati tanpa paksaan atau desakan.

Sehubungan itu beliau mengingatkan Pakatan Rakyat sypaya jangan menyalahkan BN apabila ahlinya keluar parti dan menyokong mereka tetapi sebaliknya perlu mengkaji kelemahan sendiri kenapa semakin ramai ahli PKR meninggalkan parti itu.

Subramaniam yang menyertai PKR sejak 2005 dan menjadi Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat selama tiga tahun sebelum keluar parti pada Mac tahun lepas berkata, mereka membuat keputusan menyertai Gerakan kerana kecewa dengan PKR.PASAn y

Di Pasir Puteh, Kelantan, seramai 30 anggota PAS termasuk bekas Timbalan Ketua PAS Cawangan Bunut Rendang Raja Abdullah Raja Mahmod dan bekas Ketua Muslimat PAS Semerak Noriah Salleh menyertai Umno hari ini.

Raja Abdullah, 57, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman pada majlis di Kampung Gong Datuk di Pasir Puteh.

"Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju, sekali boleh dan sekali tak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu

4 ulasan:

atas pagau berkata...

kalau berita ni keluar kat utusang melayau, burit harian dan tv tigasuku, susah sikit kita nak percaya. Kampau lebih.

kalau berita pasal no ekor, kita memang percaya 100 peratus.

buyong berkata...

Ramai betul ahli PKR,hampir 80% rakayat Malaysia.Apa yang patut UMNO lakukan ialah menyemak semula keahlian UMNO.Jika terdapat nama orang yang sama dalam senarai keahlian PKR,UMNO perlu melupus dan menyingkirkan nama tersebut daripada keahlian UMNO sebab ini bermakna mereka adalah ahli PKR sebab PKR pertubuhan parti yang baru sedangkan UMNO sudah wujud terlebih dahulu,cumanya mereka ini tidak membuat permohonan secara rasmi keluar dari UMNO.
Tapi... kalau UMNO buat macam ini pastinya keahlian UMNO hanya wakil rakyat dan ahli jawatankuasa bahagian dan AJK cawangan sahaja.Mabuk Najib yang ingin memerintah lebih lama dan pening mabuk Mahyudin sebab tak boleh jadi perdana menteri.Duit dah banyak nak keluarkan bagi ganjaran kepada guru-guru.Inipun sebab dalam manifesto 100 hari memerintah PKR,baru-baru ini Anwar Ibrahim menyatakan akan memberikan insentif elaun rm 500 kepada guru-guru.Kalau tidak kenyataan ini,jangan haraplah guru-guru.Pandang sebelah matapun jauh sekali.Alasan guru-guru tidak mendatangkan nilai ekonomi semerta dan untuk menaikkan gaji mereka,guru-guru terlalu ramai.Sampai pencenlah dengan DG41 bagi yang berijazah dan GD 26 bagi yang tak berijazah.Jawatan lain diluar sana dalam tempoh lapan dah 54 walaupun di tempat dan jawatan yang sama tapi gred naik.Guru-guru perlu ada paradigm shift dalam berpolitik.Politik itu adalah kehidupan dan hidup kita sering terhimpit atas perbuatan kita yang hanya jadi pak ikut dan pak bodek.Dapat bersalam dan berbual dengan menteri peljaran dah riuh sekampung.Perangai bergin perlu dirombak dan diubah.Ayuh para guru buat perubahan dan surprise.agar profesion guru dimartabat dan dipandang tinggi jangan biarkan terhakis semakin hari.Hoobiin... jang hoobiinn....

Tanpa Nama berkata...

30 ketul taik keluar dari bontot..hahahah....biarlah keluar taik tak elok simpan nanti sakit perut...racun habis satu badan....hahah...

Tanpa Nama berkata...

aku orang tambun..... xde cerita serupa ni keluar. ini angan2 mat jenin aka mat mongol