Khamis, 10 Mac 2011
MAK CIK DAN PAK CIK FELDA KENA TIPU
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
nota:
tak melawan mati kena tipu
lebih baik bangun melawan
kalau melawan pasti tak
ada sesiapa berani menipu
kah kah kah
KEMANA HILANGNYA WANG SIMPANAN FELDA – musika25.blogspot.com
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai kewangan felda merosot daripada rm 4.08 billion pada tahun 2004 kepada rm 1.35 billion pada tahun 2009.
Kemerosotan rm 2.73 billion dalam masa 5 tahun amatlah mengejutkan dan meragukan.
Alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan adalah seperti berikut semasa menjawab di dalam Sidang Parlimen baru-baru ini:
1) Rm 2 billion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil,
2) Rm 603 juta untuk pinjaman rumah,
3) Rm 253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah dan
4) Rm 662 juta untuk bangunan baru Felda.
MENGELIRUKAN ATAU MENIPU ?
1) Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan dan dipotong oleh pengurusan felda. Berapakah jumlah sebenar kutipan daripada caruman tersebuj ? Adakah ianya disimpan atau dilaburkan? Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian yang belum dikembalikan kepada peneroka tersebut ?
2) Setiap pinjaman perumahan yang dibuat oleh peneroka adalah hutang yang dibayar balik setiap bulan dengan jumlah tertentu. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5 % atas pinjaman. Berapakah jumlah kutipan keseluruhan daripada bayaran balik pinjaman perumahan oleh peneroka berkenaan ?
3) Apakah relevannya felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil. Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat. Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda Plantatioin?
4) Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi Dr. Tan Kee Kwong (1999 - 2004) bahawa felda telah membayar pendahuluan 40% atau rm 230 juta daripada harga sebenar rm 662 juta kepada pemaju projek iaitu Naza TTDI (TTDI Development Sdn. Bhd.) untuk membina bangunan baru felda di Platinum Park KLCC ? Sehingga kini berapa peratuskah kerja-kerja pembinaan telah dilakukan?
5) Akhbar Berita Harian dalam sisipan khas bertarikh 26 Febuari 2008 mencatatkan kos pembinaan bangunan baru felda yang bertaraf 5 bintang terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Singapura ialah rm 640.77 juta. Kenapakah harganya kini meningkat kepada rm 662 juta?
6) Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong bahawa wujudnya suatu perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan ibupejabat felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak dengan kos anggaran rm 220 juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan bangunan lama telah pun dibuka dan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju merasmikan majlis pecah tanah pembinaannya. Apakah kewajarannya perancangan asal dibatalkan dan dibina bangunan baru di tapak lain dengan kos begitu mahal?
7) Adakah benar dakwaan harga bangunan baru setinggi 5o tingkat itu yang mencecah rm 662 juta terlalu tinggi dan bagaimana penilaiannya dibuat?
TUNTUTAN
Felda adalah institusi pembangunan tanah milik bumiputera yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong selaku Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang Menterinya ketika itu Kasitah Gadam adalah sangat serius. Pengakuan oleh Ahmad Maslan sangat memeranjatkan. Kemerosotan rezab tunai felda lebih 60% dalam tempuh 5 tahun di bawah pengendalian Najib Razak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Selaku institusi mega yang membangunkan tanah terbesar dunia dengan mempunyai 43 anak syarikat dan 23,000 kakitangan kumpulan, kestabilan felda telah menjadi tanda tanya. Wang peneroka felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik Barisan Nasional kerana felda adalah hayat terakhir mereka. Logiknya beberapa tahun akan datang, samada felda terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap.
Isu ini membabitkan kepentingan 112,635 orang peneroka dan 800,000 generasi baru felda. Penyelewengan dan salahguna kuasa atau apa sahaja boleh dikaitkan dengan dakwaan di atas.
p/s-kalau macam ni orang-orang felda tak sedar lagi tak tau la..biar mati sebagai pembangkang..jangan mati ikut temberang..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
Assalamualaikum saudara Isham,
Mahathir Nyayuk telah menerbitkan bukunya yang mula memaparkan penyakit nyayuk terpilih. Oleh kerana saudara isham berada pada zaman 22 tahun rejim mahathir, apa kata saudara ulaskan sedikit mengenai Dr penipu nih.
TQ
Andy.
Nak buat macammana Bro TT. Cakaplah ape pun Makcik & Pakcik Felda dah sebati kena tipu.
Ha ha ha.
Mak Cik Felda cuma nampak duit 500 aje ..kalau ada pun sedikit beras, kain pelikat, gula dan gandum...yang lain tu di luar kemampuan mereka untuk berfikir...yang ANAK sebuk bising pasa Aset Tunai..makcik felda tau tak apa itu aset tunai...tadak kisah punya...
Mereka tu kalau dah kena jual baru sedar...kalau tak menongkat langit runtuk pun depa tak sedaq lagi ...ha ha ha..Anak-anak Felda pun ada yang mentality macam Makcik Felda, janji perut kembung sudah ..yang lain lantak pi laaa..ada aku peduli..ha ha ha
demer oghang2 felda tak nampak duit nyer kat tangan...kiter kabor nagka jer mane ler demer nak tau...
pakcik TT, penyakit kenang budi ler...
aku anak felda jugak....kahkahkah!
aku cuba kenen2 emak-bapak aku tentang benda2 ni...aku kena maki....kahkahkah
diaorang cakap aku tak sedar diri dan tak terkenang budi....kahkahkah
diaorang cakap umno adalah hak milik tunggal negara malaysia ni....kahkahkah
aku tetap bersabar....mungkin generasi ke2 & ke3 akan berubah kot....kahkahkah
kalau aku jadi orang FELDA, malu aku. dapat sogokan sikit, mata dah tak nampak harta karun yang mengalir kepada Kumpulan Naza, para kroni UMNO,dan kumpulan ynag sedajjal dengannya. begitu murahnya penduduk FELDA dibeli.
sri hartamas
Tak payah laa nak sedarkan orang felda nii bro!!buang masa aja,,,mereka nii semua dah jadi lembu ternakkan.kalau pas nak menang pilihanraya tunggulah sampai mereka ni semua mati dan di-gantikan oleh anak cucu mereka.
usaha ANAK ni memang aku salut, mungkin secara kasar kita tak nampak kesan dia sebab tengok pilihanraya kecil yang lepas2 kat felda, BN aje yang menang..tapi usaha ANAK ni akan nampak dalam 5 - 6 tahun lagi, maksudnya time generasi 2 dan ke 3 yang menguasai felda sepenuhnya..sekarang ANAK tengah tebas lalang buat laluan untuk anak- anak felda. Itu sebab aku amat yakin 1 hari nanti BN akan tersungkur juga, tuhan pun dah janji, tiada yang kekal kat dunia ni! Tapi, bukan masa terdekat laa, PRU ke 13, aku jamin BN still pegang lagi..akan datang, akan datang pasti BN tersungkur punya, cuma masa tu kita ada lagi atau tak untuk melihat BN yang tersungkur menyembah bumi. Aku harap aku dapat melihat perubahan yang bakal berlaku kat Malaysia 1 hari nanti, UMNO...ko tunggu, ko tunggu tarikh luput kau.
DIDI KOTA BELUD BERKATA-PUKIMAK AMAT MASLAN....APASAL ORANG SABAH KAU LIBATKAN DALAM LAPORAN BUTUH KO TU.....JADI MENTERI UNTUK BERBAKTI KAWAN...BUKAN JADI MONYET.
DIDI KOTA BELUD BERKATA-KAT FELDA SEKARANG NI SEBOK BUAT PAGAR SIAPA PALING GAH DAN CANTIK.TAKUT LEMBU MASUK....KAALAU TAK CAYA CUBA RIKI MANA-2 FELDA.BERERTI KALAU PINJAM BUAT RUMAH PUN,PAGAR JE MAMPU BUAT.RUMAH TETAP ASAL.
Catat Ulasan