Sabtu, 16 April 2011

CERITA AKHIR DARI MIRI



INI HARI AKHIR AKU DI MIRI


petang kelmarin aku kemana mana

ada tamu datang dari berunai
hujan turun dan kami ingin ke
ceramah akhir dalam kota miri

hujan hujan hujan
aku membuat lawak ini hujan
yang dijampi oleh bomoh taib mahmud
kemudian aku diberitahu oleh
seorang aktivis iban pkr bahawa
calon pkr yang menentang taib telah jatuh sakit
tak dapat keluar rumah

hujan tak henti henti

kami pergi makan kedai indon
aku suka goreng paku
dan ikan tenggiri


lepas makan kami ngelencong ke ceramag akhir dap

aku lihat ada antara 5 - 7 ribu warga miri sedang
berkumpul - hip hip horaaay
politik semenanjung telah sampai

yang datang adakah mak cik dan pak cik , apek dan amoi
dan anak anak - mereka membawa kerusi dan datang
anak beranak - hebat !

ini samalah seperti ceramah mat sabu di kuala kedah

kemudian politikus naik pentas - mb selangor , tian , amir batu caves
dan zuraidah - tian kenalkan ziraidah calon pkr untuk lampir
kemudian khaklid bercakap - kemudian yb teng bercakap

untuk aku ini tak penting - yang penting dalam hujan renyai renyai ini
mak cik dan amoi sanggup berdiri berpayung mendengar ceramah
politik ceramah telah sampai - tidak mungkin terlupus dari ingatan
warga sarawak!

disebelah aku ialah wong 57 tahun dari kota miri - dengan bangganya
dia bercerita yang dia kelmarin baru puklang dari China - dari Kunming
dia pulang hanya untuk mengundi - bila aku dengar ini maka
mapusslah gerombolan !

dia mentup perniagaan arag batunya di kunming sekejap kerana ingin
pulang mengundi - semangat ini aku dengar di mana mana

wong terus menjadi peterjemah kami - terutama apabila aku terdengar
gelak gempita - aku tidak ingin ketinggal dari mendengar lawak dari yab teng


LEWAT LEWAT TENGAH MALAM

kami pulang ke hotel - dibilik aku cuba online
dengan broadband cellcom - hampeh

dapat pangilan talipon dari tain chua
jam telah satu pagi - aku turun ke restoran
untuk berjumpa tian -

di restoran aku lihat aktivis china dari selangor
sedang makan - ini last supper mereka - kerana
semua telah selesai dan merek akan pulang

tian membri aku tahu bahawa KEMUNGKINAN
boleh tubuh kerajaan baru !

ini berita hebat!

aku juga diberitahu bahawa ada seorang
malaon nak loncat
aku katakan pada tian malaon ini pasti
tahu dia akan mampos - biarkan dan jangan ambil pot

TAIB TAIB TAIB

taib mahmud akan di belangkong oleh isteeri rosmah
tak ada pilihan - mat mongol ingin mengadakan
pilihanraya umum - taib mahmud kata dia akan meneruskan
kuasanya huingga dua tahu - jika ini berlaku maka
bermakna jika taib masih di sarawak sudah pasti banyak
kerusi dimenangi oleh pakatan

untuk pakatan adalah terbaik jika taib terus berkuasa !

mat mongol tidak ada pilihan :
belangkong taib mahmud
atau bawa umno masuk sarawak

dalam hal ini kita wajib hormat pada taib
dia tidak akan membenarkan umno masuk
sarawak - dia tidak akan mahu menjadi barua
gerombiolan !

PANGGILAN LEWAT PAGI

Hampi jam 2.00 pagi aku dapat pangilan
talipon dari jonah dia ada berita penting

dia dalam perjalanan pulang dari rumah panjang

lalu kamu bertemu di resoran 24 jam restoran indon
aku hanya minum air suam - jonah makan malam

menurut jonah dia telah melawat 5 rumah panjang di sekitar miri
dia mahu melihat apakah ajen ajen gerombolan ada di rumah panjang

jonah yakin bahawa gerombolan telah : meninggalkan rumah panjang
tidak ada rinngit adn riyal ditabur pada malam akhir

PAGI PAGI PAGI

cuaca molek
lalu aku berjenaka lagi
bomoh mat taib gagal lagi


MUNGKIN KALI AKHIR

ini mungkin kali akhir aku dibenarkan'masuk ke sarawak'
tetapi aku puas hati
aku cukup senang hati
aku telah menaburkan
benih benih nasionalisma dayak

satu hari ini akan lahir steve biko dayak
satu hari nanti akan lahir lagi bruno bruno
dari eropah yang akan menjadi penan


STEVE BIKO DAYAK

akan muncul seorang anak muda sarawak
yang akan bangga dengan tatoo tatoo nya
yang akan bangga dengan hutan rimbanya
yang akan gembira tentang anamisma nya

akan lahir kembali kegemilangan dayak dan iban
yang dahulu panglima dan pejuang
pemotong kepala dan pembunuh licik

nantikanlah steve biko dayak
yang anam nya mungkin openg
yang namanya mungkin jideng
yang tidak ada lebai dan haji
yang tidak ada datuk dan tan seri
pada namanya


PULANG PULANG

semua barang telah tersiap dibungkus
apa yang wajib aku beli telah aku beli
dalam masa dua jam lagi aku akan meninggalkan kota
ini menuju ke palangan terbang

nota:
tadi dipasar ada jual daging ular sawa
agak murah 12 rinngit sekilo
aku teringin hendak membeli
tetapi aku diberitahu ini barang larangan

ada juga kura kura di pasar
tetapi aku tak sanggup membawa
kura kura ini dalam pesawat udara
hanya 10 ringgt saekor

GAWAI GAWAI

satu hari nanti - aku ingin begawai di sarawak
macam ana agaknya orang dayak dan iban
berpesta - apakah semabuk warga basque
di pamplona pada 7 julai?

tidak di ketahu jika tidak di alamai

dalam stu hidup ini wajib dirasakan
fiesta san fermin di pamplona
dan bergawai di sarawak
kalau tidak tidak cukup hidup sebagai anak muda !

nota:
kenalan barui aku dari berunai
telah berkereta lebih awal ke berunai
tadi kami mundar mandir melihat
pembunagn undi di sarawak

bagaimana berunai
?

selamat tinggal miri
sambung cerita di kuala lumpur


16 ulasan:

iMALAYSIA post berkata...

sertai undian jangkaan kenangan PR dlm PRN Sarawak sambil menunggu keputusan muktamad

Tanpa Nama berkata...

pak isham...

semalam aku ke miri.pusing2 kot bole jumpe kau.selama kau kt miri,tertunggu jgk kalau2 terbabas hingga ke Niah ni. next time bro...aku belanja kau kerabu pucuk paku.

tangap-

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya BN menang lagi PRN Sarawak walaupun berlaku kemerosotan.

Kerja BN dah selesai. Taib Mahmud akan angkat sumpah sebagai KM.

Mungkin Taib Mahmud akan membeli calon-calon PR yang menang!!!

IloveDAP berkata...

Hip2 hooray DAP menang kat Pujut je? kah kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Bila teman baca tulisan ente ni, dan kemudian teman tengok keputusan PRN, semacam nak menangis ada jugak. tapi semacam nak ketawa ada gak. kelakar sangat, terutama tang tempat "nak tubuh kerajaan baru" tu.

hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Dah kalahla wahai gerombolan.. Tukarje tiub tu

Usahawan Ikan Terubok Masam berkata...

Cilakak .. gelombang Dayak tak cukup kuat. Dayak masih lagi on the fence. Kamek harap semua Dayak bulih polah tapi sik jadik. MELAYU/MELANAU MEMANG TAK BOLEH HARAP PASAL MEREKA MEMANG BODOH.

Toh apai nuan.

Tanpa Nama berkata...

(harus dibaca ala-ala Nasir Bilal Khan)

So bro, apa citer? HAH!

Ada pantun siut lagi .., HAH!

Ada teori konspirasi jubur lagi .., HAH!

atau sebenarnya ko pegi SRAWAK cuma nak mentakedarah makanan esotik rakyat (ada sponsor la tu) .., DAN .., DAN .., ko pegi sana nak entut karipap esotik pelbagai suku kaum yang sukar dapat kat kl?

Kan? Kan?

Ini Jonah citer.

Tanpa Nama berkata...

hisham..ape lagi ko nak putar alam??? dh kalah..mane pemimpin anugerah tuhan tue?? hilang pegi mane? by the way, sape bayar duit flight ko ke sarawak ye??

Matt berkata...

kah kah kah..

2/3 kah kah kah

3/71 kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Woit..mana berita terkini..ternow..dah kena kow-kow punya ke..terjelepuk..terkangkang..abihkan boreh yo..kena tipu dengan dayak ke..kah..kah..kah..dah jadi bodoh ke..kah..kah..kah..lepas ni kempen untuk dapigs pulak yo...orang melayu dah buat u-turn..kah..kah..kah..konspirasi ke..kah..kah..kah..PKR(parti kian ranap)kah..kah..kah..mimpin indah aku malam ni..isham kena stogon dengan nuar bewak..kah..kah..kah

najib hensem berkata...

Barisan Najib menang..tapi majoriti merosot..viva Pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

propa.. lebih...

Tanpa Nama berkata...

Lahabau betullah....masa kempen pilihanraya serawak....internet slow...dah habis pilihanraya....laju aje internet....siapa punya kerja ni...kalau macam ni...susahlah pakatan nak menang....sebab depa kontrol semua...kalau macam ni....hosni mubarak lebih baik....

jai berkata...

Kah kah kah...

Yang lu nak susahkan diri apasal bro???

Kalau nak layan daging ular sawa lu gi la restoran eksotik, senang citer.

Nyam-nyam... mmmmmmmmmmmmmmmmm

Kah kah kah...

abimh berkata...

Seperti biasa; ayat yang dijaja oleh pemimpin Gerombolan (dibaca UMNO). Yang tinggal pada orang Melayu hanyalah kuasa politik; kalau kami jatuh orang Cina akan memerintah dan orang Melayu akan tinggal di tepi bagan/hutan macam kat Pulau Pinang dan Singapura.
Lepas je pilihanraya semua Melayu kena tipu oleh mereka yang kununnya pejuang Melayu.....