Ahad, 3 April 2011

HANCUR LAAA CHERATING




MANGSA KERACUNAN URANIUM

















MANGSA KERACUNAN RADIASI



















MANGSA RADIOAKTIF













SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI BESAR PAHANG

Kepada YAB Menteri Besar Pahang

Daripada Hjh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan


Saya mengalu-alukan kenyataan YAB MB Pahang berkenaan pembinaan logi
pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan YAB terhadap status
keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa YAB MB prihatin
terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya.

Namun saya berpendapat bahawa penerangan yg diterima oleh YAB MB
darirpada LPTA merupakan taklimat yg tidak cukup menyeluruh kerana
industri pemprosesan 'rare earth' ini merupakan industri yg melibatkan
pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari
pelbagai kementerian.

YAB MB seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan
pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas
serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam,
kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata
pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti
kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.

Antara persoalan yg harus telah ditanya oleh YAB MB kepada pihak pakar
ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera China telah
bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan 'rare earth' di bina di
negara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini.

YAB MB juga harus bertanya kepada jiran kita, MB Trengganu berkenaan
pendirian Kerajaan Negri Trengganu berkaitan permohonan Lynas
Corporation untuk membina logi yang sama di Teluk Kalung dalam tahun
2007.

YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification
solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan Thorium -
bagaimanakah ianya akan diuruskan dan peraturan apakah yg akan di
gunapakai oleh Lynas. Adakah Solid Radiactive Waste Management yg
akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati
piawaian negara China atau piawaian British atau piawaian Australia?
Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?

YAB MB juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi
radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri
perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada di
persekitaran Gebeng.

YAB MB juga harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimanakah
nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka
memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih
tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah
logi pemprosesan 'rare earth'?

Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di
dunia selain yang ada di negara China (yang kita semua tahu tidak
mengambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.),
persoalan di atas adalah amat penting.

Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar
serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau
nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan
pelancong?

Saya jangka YAB MB hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan
yg menyenangkan dari kesemua persoalan diatas.

Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin
untuk bertindak telus serta bertanggungjawab.


Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
1 April 2011

13 ulasan:

Mahaza berkata...

Oleh kerana surat ini bertarikh 1 Apr maka isi kandungannya tidak boleh dipercayai krn ianya pembohongan dan sekadar April Fool - itulah yg akan berlaku jika tiada sebarang reaksi dari MB.

Unknown berkata...

Job vacancies:
Its good season again. Job vacancies for you out there! We will train you bro. Flexible working hours. Attractive pay. Wanna try? Please contact me today. http://onlineuni.wordpress.com/. Face book: Aman Ullah.

Master Yoda berkata...

YB fikir masyuk je...Dah jadi buduh dah YB tue

Tanpa Nama berkata...

we!! en. denan...

bila en. denan nk blah...

orang lama berkata...

adnan lucah manusia EGO+BEBAL

adnan lucah dah jadi agen chemical lynas dan akan terus melucahhh!

rejim penyamun tidak boleh di ajak berbicara dgn kertas hanya bersinsing lengan seperti laksamana jalan terakhir..sebelum semuanya terlambat, sebelum semua generasi kita terkubur... mari kita ramai2 bertindak!

GANYANGG LYNAS!

BAKAR LYNAS!

BAKAR SISTEM HIPOKRT!

BAKAR REJIM BIO-NUCKLEAR!!!

Tanpa Nama berkata...

kesian orang gebeng.....
nak buat macam mana
pindah aje laa
cari tempat jauh sikit dr gebeng
itupun klu sayang nyawa
klu tak, duduk aje la kat situ

ikan patin?
mintak maaflah aku dah lama tak makan
loya tekakkkkk

Tanpa Nama berkata...

Dah tak ada projek lain masyuk...
projek itu pun jadilah....
janji masyuk...

Melayu Kena Sokmo berkata...

Elok juga kilang tu dibina di Gebeng, kerana di sana ramai pekerja swasta yang hanya pentingkan cari makan tanpa memperdulikan nasib dan keselamatan diri dan masyarakat setempat. Tak menjadi hal lah! Soal keselamatan, biarkan orang lain yang memperjuangkan.... lebih baik kita kerja pagi, petang, siang dan malam di samping memajukan business dan "direct selling" kita aje. Soal keselamatan, kita serahkan kepada NGO atau kakitangan awam, biar mereka yang memperjuangkan... kita hanya lihat dan menyalak dari jauh sahaja di samping mengumpul harta dan kekayaan. Selamatlah kita sendiri dunia dan akhirat (bahang dan kesan nuklear seperti kentut lembu aje!)

Tanpa Nama berkata...

org pahang dah jadi pendek2 dan katik2 macam ayam serama besok, baru nak sedar agaknya.......

ikut suka koranglah

bunbinban berkata...

harus juga di fikirkan, setelah LYNAS tidak lagi beroperasi( untung dah banyak) apa yg terjadi di tapak operasi kilang tersebut. Adakah ianya akan di tinggal begitu shj kerana tidak asa siapa lagi yg berminat atau takut utk tinggal atau membina kilang yg baru di situ?. Sedangkan ramai lagi rakyat negeri Pahang yg tidak bertanah namun Pahang tidak mampu utk menyediakan tanah utk rakyatnya kerana sebidang tanah yg mungkin boleh memberi penempatan utk sekurangnya-kurang 100 keluiarga sudah tidak boleh di diami atas faktor keselamatan sedangkan Pahang adalah negeri yg terbesar di semenanjung?. hahaha...Club Meds pun nampak gaya akan pindah dari Cherating.

Tanpa Nama berkata...

kenapa YB MB luluskan projek ni?
Hmm... Biasalah PRU nak dekat...mana tau next penggal xde rezeki jadi YB MB, at least ada gak jasa paling besar YB MB bagi kat rakyat selama memerintah dinegeri trsebut...
Sesuai dengan prinsip 1M'sia, "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"...rakyat mati dulu, janji duit masyuk...

Tanpa Nama berkata...

Awok ni Denan, mengape ke babil sesangat awok ni? kawan nengok, idak nye serik-serik nampoknye awok ni. Ape ke mende jadi dengan projek MRSM awok kat Bentong, sebeloh Highway Karak tu. Kawan tengok dah macam sekolah hantu; ini pulok nok buat projek 'rare earth', hmm.. susoh ya amat nok menyebutnye sampai tegeliat lidah kawan ni. Kepada rakyat Pahang yang kawan sayang.. sudoh lah mengudi orang babil lagi selenga macam Tok Denan ni.. buang masa deme aje..

Tanpa Nama berkata...

HIROSE TAKASHI HAS WRITTEN A WHOLE SHELF FULL OF BOOKS, MOSTLY ON THE NUCLEAR POWER industry and the military-industrial complex. Probably his best known book is Nuclear Power Plants for Tokyo in which he took the logic of the nuke promoters to its logical conclusion: if you are so sure that they’re safe, why not build them in the center of the city, instead of hundreds of miles away where you lose half the electricity in the wires?

http://quantumpranx.wordpress.com/2011/04/03/what-theyre-covering-up-at-fukushima/