Selasa, 5 April 2011

JAWAPAN UNTUK TIGA BOROI





JAWAPAN TERHADAP TAYANGAN VIDEO ‘DATO’ T’ OLEH ‘CYBERTROOPERS’ UMNO


Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang
kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan
saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak
UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan
melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas
menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar
memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar
secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua
tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan
pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini
ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya
kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri
Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani
mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada
editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga
yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman
CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri
ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi
usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan
ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr.
Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang
merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat
menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan
budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan
kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib
menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau
terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus
bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat


25 ulasan:

M'siandotcom berkata...

kahkahkaha permainan umno hampir tamat beb

Melayu Kena Sokmo berkata...

Kalau yang taksub dengan Mat Monggol dan Mamak Kutty Kerala tu, tiang lampu TNB yang ditampal dengan poster muka Anwar pun mereka tetap kata itu memang betul Anwar. Puak-puak Melayu Kapiak bodoh dan banggang ini kalau harga gula RM5 sekilo dan Petrol RON 95 naik sampai RM10 seliter pun masih menyokong pemimpin UMCO celaka tu, malah mereka ini pula tolong beri alasan (justifikasi) berhubung kenaikan komuditi tersebut. Kadangkala ingin sahaja berdoa supaya Ombak Tsunami datang dan hanya meragut (memilih) Melayu Kapiak bodoh sahaja untuk dihumban ke tengah lautan sebagai makanan jerung. Dengan adanya sejumlah besar Melayu Kapiak bodoh inilah menjadi penyebab majoriti rakyat negara ini menderita dan megalami tekanan hidup kerana asyik ditipu dan ditindas pemimpin korupsi yang berjaya memancing undi golongan Melayu Kapiak bodoh ini. Semoga golongan Melayu Kapiak bodoh ini mampus dahulu sebelum PRU13.

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR, 5 April — “Datuk T” boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — yang dikaitkan dengan rakaman video seks tidak benar, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku.
Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain.
“Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.
“Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Tanpa Nama berkata...

tt..video terbaru...lakonan hitler ...kelakar..sebarkan!

http://www.youtube.com/watch?v=6eQrHpuB8pE&feature=player_embedded

Tanpa Nama berkata...

Kalu isu Liwat i dan II dah tak dipercayai dan sedikit masa lagi isu video seks ini juga tidak akan dipercayai oleh sebahagian besar rakyat kecuali mak cik Felda, Prof Kang Kung di IPTA, pengikut UMNO totok seperti Madey, Najis, Nalapan,Zulkifli Nordin, Zahrain,Zaid, Utusan Meloya. Tak tahu apa lagi taktik kreatif busuk UMNO nak jatuhkan pemimpin perubahan/reformasi rakyat. Kita seronok melihat video ini tapi pemimpin UMNO menggigil, cemas, kelam-kabut, kalut, benggong dan tak tidur aman dibuatnya dengan keputusan pemilu di Sarawak dan mungkin jua PUke13nanti.

Tanpa Nama berkata...

bro! perut dia buncit bro..

Tanpa Nama berkata...

Mana komen isham? Apsal bila anwar punya hal awak senyap? Slalu banyak sindir dan hina.. Tiba2 sunyi. Jgn la bias bro.. Gua pun reformis jugak; tapi nabi gua bkn Anwar Ibrahim

siti harapan berkata...

walaupun tak tengok video tu, saya sangat pasti itu bukan DSAI. ibu tua kita pun tak caya! Moga DSAI terus tabah hadapi dugaan. Moga Sarawak bakal berubah! insyaAllah!

Tanpa Nama berkata...

Sebijik anwar

Tanpa Nama berkata...

The rakyat doesn't give a damn if the person is Anwar or not. Sleeping with a prostitute does not cost the nation any money, but BN's corrupt practice will bankrupt the nation.

Malaysians, wake up and don't be deceived. Get your priorities right. Which is more serious? Taking billions out of the country while the nation remains in poverty, or someone having a private fling with a prostitute?

Freak_Network

Tanpa Nama berkata...

The rakyat doesn't give a damn if the person is Anwar or not. Sleeping with a prostitute does not cost the nation any money, but BN's corrupt practice will bankrupt the nation.

Malaysians, wake up and don't be deceived. Get your priorities right. Which is more serious? Taking billions out of the country while the nation remains in poverty, or someone having a private fling with a prostitute?

FreakNetwork

Tanpa Nama berkata...

semalam da tgk vedio tu... skali tgk cam betul.. berkali2 tgk...ha..ha.. x nk subahat.... x penah tgk body anwar.... dlm gmbr tu... lelaki tu da agak kendur....

ari ni nk tnjk ngan kawan... da removed...

apa2 status ngan vedio tu....
aku mmg jijik dgn org umno yg mmg jijik tu...wekk...

tupingera berkata...

memang tepat: anwar sememang menggunakan imej sebagai seorang Muslim waraq untuk menutup kejahatan nya. Dalam perkataan mudah, anwar ialah seorang MUNAFIQ.

Tanpa Nama berkata...

sila tengok video ini..seorg tukar jadi 10 watak http://www.youtube.com/watch?v=EEqxgJ4WCgc

bodoh punya dacing berkata...

hoi barua umno 5 apr 0901am

aku pun bukannya bermazhabkan mufti harussani

kau jangan nak loyar buruk lah

bangsat punya melayu

haram jadah

sungguhpun aku anak malaysia tak semestinya hidung aku harus dicucuk oleh pecacai2 keparat kerajaan

angguk angguk geleng geleng

Tanpa Nama berkata...

Ooiii....Najib Mongol...
Buat Maksiat Kat P.Dickson dengan Artis dah kena Cekup dengan Jabatan Ugama tak serik lagi Ke..?
sampai Orang Besar Jabatan Ugama N.Sembilan Berhenti takut bersubahat...masih nak buat hal lagi ke...?
Aku rasa arwah Tun Razak tak ajar anak-anaknya buat kerja macam ini...?
Aku rasa bini Ko tu Betina Rosmah tu yang dah Tarik Kotey Ko kapit ngan penyepit Baju...
Kah..Kah..Kah..
Ko tak tahu malu ngan anak-anak Ko...?
Ko menconteng Arang kat muka Ibu Ko...
Cilaka punya Mat Mongol..Haram Jadah betul lah dia ni...?

Tanpa Nama berkata...

Video dah remove di utube, tapi aku sempat download ke dalam PC.

orang lama berkata...

Video tokey baja risda terbitan sikitol produktion ini ditaja oleh rejim bujang senang gestapo, lokasi hotel 3Trio di thailand

Selalunya kerja2 ngintip nie kerja bahagian perisikan. Org biasa yg tak pro pun boleh buat ikut instruction pada items kalau nak pasang spy cam tu, tengok pada disortion filem dah tau nie jenis video cam night vision lens wide yg berlambak kat pasaran, aku suspek video camera tu krew baja sengaja letak belakang cermin (two way mirror) atau pun dlm bulb lampu dinding .

Pada timing 7-8 saat muncul satu garis hitam seperti mode render split di paras lengan pelakon porno upahan jelas terpapar bentuk badan saiz dan kepala ketara profail yg berbeza dgn dsai, dibaiki touchup biar nampak real dgn filter dlm adobe photoshop seperti buang red eye ...cara jalan terboroi kedepan beb haha ...jauh teramat jauhhhh sekali nak disamakan dgn style jalan dsai.

Saat ke 23-25 melaun boroy tu tunjuk isyarat picit jari tanda remote cam so maknanya krew2 filem jembatan bengkok nie memang dah pakat nak buat video kononnya dsai yg dlm bilik tu tapi terlebih budohh sampai mengkantoi-kantoi rejim sendiri uploadd kat yutube plak..haha

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/dua-lelaki-mirip-anwar-ibrahim-di-dalam.html#ixzz1IclrybkJ


saat ke 28-32 toyol jebon tu tekan remote menghala ke arah hidden cam sambil diperhatikan oleh pelacur siam dari dlm bilik air dan pelacur tu pun turut memeriksa cermin dan lampu dlm bilk air.

Lepas jebon boncit tu keluor bilik air saat ke 1.15-1.18 lain lar pulakk muka nampak cengkung, badan sasa,janggut terbang hilang...... terang benderang cam suluh lampu spotligth nie pelakun upahan si kitol,geng trio baja dan rejim &S14L**&^*&&$$$888b!llon%^&hfida_+#@$paku,to1rogllbudk%$B1*rare&^%setan nuklear... hehe mencarut aku dlm blog TT

enjit2 semuttt..sapa sakit upload utube

enjit2 semuttt..sapa boroi pasti kantoiiii..

enjit2 semuttt..team si kitol dah makin nyanyukkkkk

enjittt2 semuttt mari kita ramai2 belasah rejim penyamunnn!

BAKAR LYNAS! BAKAR LOJI NUKLEAR! BAKAR REJIM BAJA!BAAKAAARRRR REJIM BALACI SI KITOL!!!

Tanpa Nama berkata...

Makin ramai mangkok ayon umno-apco join hang TT. Ada mata - buta, ada telinga - pekak, ada hati - hitam legam gelap. Tak nampak kebenaran. Itulah akibat monyokong rejim bunuh ulama di Kg Memali, Baling; bunuh orang guna C4; rampas duit royalti minyak kelantan dan terengganu; soal siasat saksi sampai mati jatuh bangunan, rampas sabsidi dan sebagainya. Kalau kita pilih rejim yang jahanamkan rakyat...DOSA PUN HANG PIKUL SAMA.

Apa-apajelah berkata...

sila fahami kenyataan saya ini.

1. kalau anda tak membenarkan, anwar buat, anda bersangka baik, dapat pahala. atau kalau anwar tak buat, telahan anda benar dan tidak dapat apa-apa pun.

2. kalau anda membenarkan, anwar buat, anda tidak dapat apa-apa, telahan anda benar. masalahnya, kalau anwar tak buat, dengan korang-korang kene sekali dosa...

Tanpa Nama berkata...

org kalo mau wat perangkap,mesti akan guna kamera berkualiti supaya mangsa tiada alasan lg utk terlepas..tp yg dorang guna hanya laa kamera murahan hitam putih..tujuannya hanya satu..supaya public x npk dgn jelas pelakon dlm video tu...kalo npk jelas kantoi laa plan dorang...wakakakaka

Tanpa Nama berkata...

bro.TT macamana nak buat video pakai teknik kolaj....boleh tolong ajar ke?

Stupid University berkata...

Hari-hari akhir seorang diktator akan menjelang tidak lama lagi! Kah! kah! kah! Bila dah meninggal sila hantar balik Kerala, India! Kah! Kah! Kah! Buat mengotor aje kalau ditanam di Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

uncle TT,

kalo menyokong org yg buat fitnah ni...dalam kubur double triple kena balun....dah lah dosa sendiri tak tertanggung.....adohhhhhh. YA ALLAH ampunkan dosa hamba mu yg serba kekurangan ini.

uncle TT....

lebih baik sokong bukan muslim yg baik daripada menyokong muslim yg bersubahat dalam memfitnah sesama muslim....ALLAH MAHA MENGETAHUI....SUBHANALLAH....

MINTA MAAF KALO MENYINGGUNG SESIAPA....ini hanyalah pendapat peribadi saya....setelah menganalisis video dari youtube...

ct sawadikap

Tanpa Nama berkata...

tak kiralah dirakam kat mana hoiiiiiiiii!
orang nak tau dia tu anu gerah atau bukan.
buktikanlah betul2
bukan cakap dlm blog je....
apa nak takut kalau dipihak benar?
jangan nak wayang2 pada rakyat, kalau bukan dia apa nak taku sangat sampai guling2 kata bukan dia? takut pd s/jaya diraja ke?