Ahad, 8 Mei 2011

LOYA LAGI MELOYAKAN




ANAK MUDA BACA TERBALIK





PAS : UTUSAN MAKIN MELAMPAU
- mkini

PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno,Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, laporHarkahdaily.

“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.


KRISTIAN –ISLAM- LAPORAN UTUSAN CETUS PERPECAHAN AGAMA,DAKWA KETUA MAJLIS PERUNDINGAN AGAMA - minsider

Utusan Malaysia dan kumpulan-kumpulan Islam mencetuskan perpecahan antara agama sedangkan pihak berkenaan seharusnya membawa laporan mengenai isu Kristian Malaysia kepada jawatankuasa antara agama Kabinet.

Pengerusi Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Dr Thomas Philips berkata terdapat satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji perkara-perkara yang “sensitif”.

“Kita mempunyai jawatankuasa antara agama Kabinet. Mereka perlu bincangkan perkara ini di sana. Ada isu-isu yang tidak dapat dikawal. Mengapa perlu bangkitkan isu yang boleh mempengaruhi emosi rakyat?” katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada dakwaan yang disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno dan Utusan Malaysia sejak beberapa hari lalu.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah membuat laporan polis selepas akhbar milik Umno menyiarkan laporan di muka hadapan dengan tajuk “Kristian agama rasmi?”


KRISTIAN-ISLAM : GEREJA TIMBANG SAMAN UTUSAN SIAR LAPORAN PALSU - minsider

GEORGE TOWN, 8 Mei — Bishop Antony Selvanayagam mendakwa Utusan Malaysia berbohong kononnya Gereja Katolik Pulau Pinang berperanan dalam konspirasi, didakwa mahu menjadikan individu beragama Kristian sebagai perdana menteri sambil menegaskan, ia akan berunding dengan peguamnya mengenai bakal tindakan perundangan ke atas akhbar tersebut.
Katanya, beliau dan pertubuhan itu tiada tahu-menahu mengenai pertemuan yang Utusan Malaysia dakwa telah diadakan untuk menjadikan perdana menteri daripada kalangan komuniti Kristian dan mengubah status agama rasmi negara ini.

“Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebaga biskop, saya pastinya tahu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.

“Ini laporan palsu,” kata Selvanayagam.

Katanya, tiada mana-mana pihak kecuali The Malaysian Insider yangmenghubungi beliau untuk mendapatkan kesahihan maklumat sebelum menerbitkan laporan tersebut.
Justeru ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia, katanya:

NOTA:

jelas dan terang bahawa ketika ini
gerombolan sedang nazak
maka tidak ada jalan lain melainkan
memainkan apai perkauman

anak anak muda
dan seluruh warga
wajib berwaspada
wajib berjaga jaga

api perkauman
api kebencian terhadap yang asing
sentimen benci kerena mereka bukan kita
amat senang untuk dibakar

fikrah yang rasional
fikrah yang cool
fikrah yang seimbang
adalah senjata ampun untuk melawan
apai perkauman yang sedang disebar oleh akhbar gerombolan

gerombolan tidak dapat menerima hakikat
bahawa malaysia setelah march 8 telah berubah
malaysia tidak akan kembali lagi kepada
satu zaman di mana ketuanan melayu akan diterima
era dan zaman ketuanan melayu telah hampir tamat

yang menggantikan ialah ketuanan rakyat

hakikat ini masih belum dapat diterima oleh
gerombolan dan kuncu kuncu-nya

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita serahkan saja tugas ini kepada ahli UMNO Baru dan kuncu-kuncunya menyelesaikan masaalah pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana parti itu memang terkenal sejak dari dulu kini dan selamanya amat menjaga kesucian agama islam dalam negara.

Biarkan mereka selesaikan. Jangan camportangan nanti mereka tuduh kita bersubahat dan tangkap kita dengan akta ISA. (peringatan dari bukit aman)

Biarkan mereka buat apa yang ingin mereka buat. Jaga diri, jaga keluarga, jaga bisnes dan sebarkan maklumat melalui blog bahawa pemimpin UMNO Baru sudah kena penyakit sawan babi kerana segla usaha tidak menjadi....

Tun Mahathir sudah dapat maklumat dari risikan polis, rakyat bangsa melayu telah menolak kepimpinan UMNO Baru ciptaannya.

Oleh kerana itu dia mengatakan "Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012,"

Apatah lagi, UMNO Baru mempunyai masaalah dalaman yang belum selesai. UMNO Baru boleh tumbang kebumi bukan kerana Anwar Ibrahim hebat tetapi ahli UMNO Baru sendiri yang akan sabotaj dalam pilihanraya akan datang. (maklumat dari bukit aman)

Tun Mahathir cakap terbalik... mengingatkan ahli UMNO Baru yang beriya-iya nak jadi calon.

"Kita mesti menjelaskan kepada mereka akan keadaan unik ini supaya mereka boleh memilih calon yang baik. Tetapi kita masih mendapati puak pelampau yang masih tidak memahami demokrasi dan mengajukan permintaan yang bukan-bukan,"

Disamping itu Tun Mahathir cuba mengingatkan Mohd. Najib bahawa isu yang dimainkan oleh pencacai ketika ini tidak berkesan...

"Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini."

Dan Tun Mahathir cuba mengingatkan konspirator... terdapat sesetangah orang yang begitu fanatik dan membuta tuli menyokong pemimpin yang kurang baik.

Dia juga mengharapkan pemimpin dan pencacai kerja lebih kuat lagi agar...

"Orang ramai mestilah berupaya untuk melihat pemimpin yang kurang baik dan pemimpin yang baik. Itu sebabnya kenapa kita perlukan masa,"

Bahasa politik yang dimainkan oleh Tun Mahathir menunjukkan bahawa bukan Mohd. Najib saja yang takut berhadapan dengan pilihanraya tetapi orang tua ini juga tidak boleh ditidor malam dengan nyenyak.

Ini disebabkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat tidak mahu mengadakan pilihanraya serentak dengan kerajaan pusat.

Kerana itu beliau berkata adalah wajar bagi kerajaan untuk tidak menamatkan tempoh mandatnya sehingga ke saat akhir sebagaimana yang dilakukan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

kah...kah.. dia ajak kita main guli, kita ajak dia main gasing... bila dia nak main gasing, kita kata tak nak main kerana kita nak baca utusan malaysia.... kah...,kah.. tak gitu TT ?

PKR,DAP,PAS sila beri tumpuan kepada wilayah masing-masing dengan memberi khidmat sebaik mungkin agar rakyat lebih sayang kepada Pakatan Rakyat.

Berita baik... ahli UMNO ciptaan Onn Jaafar akan tumbangkan UMNO Baru ciptaan Tun Mahathir.... kah... kah.... kah... (maklumat dari bukit aman)