Rabu, 22 Jun 2011

BERITA UNTUK ANAK MUDA


HAYATI SEBELUM KE JALAN RAYA




PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO BERSIH 2.0
- harakah daily

Sempena Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 bagi mempromosikan himpunan berkenaan. Sehubungan dengan itu DPPWP menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah :

Tempat Pertama - RM 500
Tempat Kedua - RM 200
Tempat Ketiga - RM 100

Kriteria Video Yang Dikehendaki :

1. Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit
2. Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat dan pilihanraya yang kotor
3. Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih
4. Memasukkan maklumat tarikh dan tempat Himpunan Bersih 2011
5. Memasukan maklumat 8 tuntutan Bersih, iaitu:

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor


Maklumat lain:

1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak video yang dikehendaki.
2. Video klip peserta akan turut dipaparkan dalam laman Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi Bersih disemua jaringan sosial.
3. Peserta digalakan mempromosikan video mereka bagi mendapatkan rating penonton yang tinggi.

Penghantaran dan Tarikh Tutup:


1. Video yang telah siap hendaklah di muatnaik (upload) ke laman web Youtube mengunakan akaun peserta.
2. Peserta yang telah memuatnaik (upload) video mereka hendaklah menghantar link video berkenaan di Youtube ke email berikut - hermansamsudeen@gmail.

Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 18 Julai 2011

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email kepada hermansamsudeen@gmail.com atau hubungi 019-216 8557 (Herman) / 012-698 4302 (Nurul Islam).

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hEK ELEH EVENT BESAR BESARAN CAMNI HADIAH APSAL CIKAI SANGAT.

Nak hadiah becuti dengan bik mama la baru best.

Tanpa Nama berkata...

Setakat 5 ratus je? Booringg..

Tanpa Nama berkata...

Apa ? lima ratus pun duit gak. Pas bukannya syarikat korporat atau macam BN byk duit. Duit Pas kebanyakannya hasil derma ORANG RAMAI yang dikutip dari ceramah ceramah Pas. Kalau kau tak suka pegi mintak duit kat BN.

Tanpa Nama berkata...

Nak wang besar tolong carikan sponsor utk DPPWP upkan hadiah. Berani??

Tanpa Nama berkata...

padan laaa...1 minit rm100, 5 minit rm500

Tanpa Nama berkata...

Bagila moto sebijik ke, laptop ke, kamera ke. Barulah untuk anak muda. kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

salam,

Bagi pihak yang tampil dengan fikiran ini. Syabas. Bernas. Memang akai class punya.

Hadiah tidak menjadi persoalan. Saya yakin, ramai yang akan menyertainya.

Noor M.
Bidor.

Tanpa Nama berkata...

maaf, sejak bila anak muda sudah diternak utk jadi brutal? apa tarbiah yg PAS dah buat selama ini utk memhami erti jihad? tanyalah arqam bagaimana mereka mampu gugat madey in such a short duration? till u all make them economically desperate then only can u see result but seeing their opulence would only casts the stage with necessary doubts.

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.04,

Pas ialah parti politik Islam. Bukan syarikat korporat dan tidak berorientasikan keuntungan. Arqam menyuruh seluruh ahlinya mewakafkan harta, hidup dan tenaga untuk kumpulannya. If Pas do the same I believe PAS president will be ISA-ed faster than almarhum Ashaari.