Rabu, 6 Julai 2011

KENYATAAN RESMI BERSIH




HANYA PENAMBAHAN






BERHIMPUN DI STADIUM MERDEKA


1. Mengadap DYMMSPB Yang Di-Pertuan Agong

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0) menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di atas perkenan kami mengadap pada 5 Julai 2011. BERSIH 2.0 telah diwakili oleh Dato’ Ambiga Sreenevasan, Dato’ A. Samad Said dan Zaid Kamaruddin.

BERSIH 2.0 juga menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Tuanku di atas keprihatinan terhadap aspirasi rakyat untuk menikmati demokrasi dan hak asasi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rombongan BERSIH 2.0 telah mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Tuanku, di antara lain, kenyataan dan pendirian yang berikut:

a. BERSIH 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di stadium. BERSIH 2.0 berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar. Wakil BERSIH 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan satu memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

b. Kerajaan menunjukkan good faith dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah EO dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong-penyokong BERSIH 2.0.

c. Menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk pembaikan sistem dan proses pilihan raya.

2. Tuntutan BERSIH 2.0

BERSIH 2.0 adalah gabungan yang sah kerana disertai oleh pertubuhan-pertubuhan dan entiti yang berdaftar.

BERSIH 2.0 menuntut:

a. Ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan di dalam dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihanraya yang sedia ada. Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan (stakeholders).

b. Lapan (8) tuntutan-tuntutan jangka pendek BERSIH 2.0 dipenuhi sebelum PRU 13. Kelapan-lapan tuntutan rakyat itu adalah:

i. Bersihkan senarai undi
ii. Mereformasikan undi pos
iii. Gunakan dakwat kekal
iv. Masa kempen minima 21 hari
v. Akses media yang bebas dan adil
vi. Kukuhkan institusi awam
vii. Hentikan rasuah
viii. Hentikan politik kotor

c. Semua yang telah ditahan berkaitan sokongan kepada BERSIH 2.0 hendaklah dibebaskan. Ini bermakna BERSIH 2.0 menuntut:

i. Keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Dr Michael Jayakumar Devaraj yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) mesti dibebaskan serta-merta, atau dihadapkan ke mahkamah.

ii. Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0 ditarik balik atau digugurkan.

iii. Mereka yang masih ditahan dibebaskan tanpa syarat.

d. Semua gangguan (harassment), ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong-penyokong BERSIH 2.0 dihentikan. Ini bermakna:
i. Rakyat dibenarkan memakai baju kuning.
ii. Usaha-usaha menjayakan perhimpunan BERSIH 2.0 di stadium tidak dihalang.

e. Bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau mana-mana pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 di Stadium Merdeka pada pukul 2-4 petang, 9 haribulan Julai 2011 (Sabtu) ini. BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar.

3. Pertemuan dengan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak

BERSIH 2.0 sedang berusaha untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dengan segera untuk membincangkan semua tuntutan di atas dan apa jua hal berkaitan BERSIH 2.0.


Yang benar,
Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

6 ulasan:

Saiful berkata...

emenangan kepada bersih ni..stadium pun tak pa..asalnya nak antaq memo saja kat agong..la ni jumpa teruih..apa mau lagi ..dulu jln 2 pi istana..la ni jln pi stadium lagi best..dulu kita beli air tebu,,cendui..kat tepi jln..tapi kali kita beli cendui kat stadium bagi geng pr , samm, ngo yg niaga ..byk dana tu..krg juta2 punya dana tu boleh generatekan utk pru 13 ni..boleh buat konsert..boleh cetak buku jingga bagi sorang 20 kpg utk bagikan kat org kpg..boleh ceramah..boleh sembang..fb..twitter satu dunia punya reporter boleh mai..lagi gempak..pak samad..leh baca puisi..tt boleh jadi badut ..zunar leh juai buku..yahoo.. tahniah bersih..n izzah leh nyanyi men gitar ..tgna leh baca doakan..ayuh bangun ,..

Tanpa Nama berkata...

Yahoo, Bersih sudah menang man, kecuali pada hari 9 Julai ini yang mana pihak keselamatan dan 'tangan hantu' yang lain boleh berperanan mencipta dan mendaftar 'kecacauan, huru-hara dan senario bangan' untuk kepentingan modal Utusan Meloya, RTM/Awani memutarbelitkan niat murni Bersih. Muka tebal pihak lawan tidak mahu mengaku kalah lagi, mereka masih bernafsu nak kelentong rakyat bangan. Bagaimanapun Aljazeera tetap akan memberi ulasan seimbang! Syabas Bersih - Satu puisi kontot untuk Bersih - "Beri akau bunga Melati yang kembang dilubuk hati"

Tanpa Nama berkata...

TT, kita jemput Bono U2 buat persembahan. Baru jeles UMNO. kah kah.

penagih dadih berkata...

salut

Tanpa Nama berkata...

betol ka da jadi 'halal' pulak ni?

hari-hari ada roblock polis, yang peliknya, tadi polis tu siap galas M16 lagi, SMG pun ada. dah tahan, cakap kasar-kasar pulak..

Tak kan nak buru pelandok atas jalan raya kot?atau mahu menembak itik? ohh sungguh teruja rakyat di sekitarnya melihat kesungguhan polis itu mengawal roblock.

Mungkin saudara boleh sampaikan mesej ni pada polis--> "jangan sampai kami naik menyampah dengan polis, kami tau pegawai tu tinggal kat mana, kami kenal anak bini pegawai, dalam satu kawasan besar boleh bilang ja pegawai yang ada,jangan sampai rakyat sekitar berpakat bakar rumah pegawai, jangan sampai kami siat pegawai ni bila dia dah tua@pencen nanti" -kata rakyat yang tertekan

Tanpa Nama berkata...

go lah,bersih!!!lawan tetap lawan!!

1.Takyah Bukak Pintu,Buang Air Dekat Pintu Aje
2.Terrafugia,Kereta Terbang Pertama Dipasarkan Pada 2012
3.Bila Beruk Indonesia Pegang Kamera