Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 28 Ogos 2011

MALAPETA 31 OGOS




MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA
- meloya

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.



“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.


WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA




KOMENTAR TUKAR TIUB


Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu



Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.



Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin.

71 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

isham, kau kena letak tulisan ni kat malaysia today. banyak pembaca sana kena diberi perpsektif sejarah tanah air yang sebegini...tambah lagi gerombolan pasti akan terus dibenci!

fazzal raup berkata...

terbaekkk..bole jd rujukan generasi akan dtg. nati jumpa kat kuala pah jelebu

Tanpa Nama berkata...

Sokonggggg!!!!!

dark berkata...

betul2 membuka minda.......

kalau la betul2 dapat mengkaji balik sejarah2 lame...

tapi sayang, buku sejarah hny mmg sejarah ciptaan...

wallahualam....

Tanpa Nama berkata...

telah termaktub dlm perlembagaan..sesiapa yg menentang melayu umno adalah pengkhianat bangsa..pendapat aku keadaan sama berlaku di Iraq & Afghanistan skrg 'pejuang' mujahidin/taliban/iraq dituduh sbgai 'musuh'sedangkan mereka berjuang/menentang penjajahan Amerika sehingga terpaksa membunuh saudara seagama yg menjadi barua penjajah...sapa lebih nasionalis sebenarnya???

Jebon berkata...

Salam

Selama ini orang awam sentiasa disogokkan dengan banyak fakta yg berbeza, TV, buku teks sekolah etc... buku KBSM pun jelaskan berbeza... namun tulisan TT ini byk memberi fakta sejarah yg tidak diketahui sebelom ini,.. syabas banyakkan menulis supaya banyak fakta sejarah yang "tersembunyi" dapat diketahui oleh umum utk di analisa...

Tanpa Nama berkata...

satu kupasan sejarah yang ori yang tidak diauta oleh british empire yang tida kepentingan, nah satu sejarah telah terburai unt diketahui oleh anak anak bangsa, kesihan pada pejuang pejuang yang dinafikan perjuanagn mereka.

1Crony berkata...

UMNO hanya mampu menipu budak skema sahaja. Oleh kerana itulah mereka (UMNO) amat kurang berminat dengan mata pelajaran Sejarah. Dengan mengutamakan mata pelajaran Sejarah, maka semakin banyak tembelang dan kemunafikan UMNO akan terbongkar dan terlondeh..... Tak percaya tanyalah Menteri Rogol amah yang suka berpantun tu...

macamacamla berkata...

"Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini."

ala, sama macam citer leftenan adnan lakonan P.Ramlee.. kan ade yang jadi barua jepun.. sapa ntah pelakonnya, da lupa nama.. tapi kalau da dasar UMNO tu, dier peduli apa sume tu.. orang sibuk raya, dier sibuk berdegar2 kat media pasal merdeka..

Awan Fantasia berkata...

Kalau sejarah yang diajar di sekolah tue ada yg kata sejarah merdeka versi UMNO, aku memang setuju sangat2..

Entri Terhangat!! :
Oh Perempuan Dan Onani!!
Oh Payudara Dan Pramugari!!

Nostalgia abkk berkata...

Dulu,Kini dan Selama2nya menipu itu lah UMNO.
Dari Datuk,cucu,cicit,piut dan piat ada lah berasal dari keturunan menipu.
Di negara lain pejuang kemerdekaan dibunuh dan dipenjara kan tetapi di Malaya yang mengaku pejuang kemerdekaan hidup senang lenang.
Pppiiirrraaahhh....Mahuduitka pi jumpo Najib(Santa Claus UMNO)

Tanpa Nama berkata...

bro tt, satu kupasan yang membuka minda. banyak sebenarnye fakta yang tidak diketahui masa tragedi bukit kepong ni.


cuma satu je aku nak tegur. kau jagan le guna AKAR UMBI tu. aku muak nak dgr n baca sebab tu perkataan gerombolan. apa yang AKAR? apa yang UMBI? makcik felda tak paham. harap cari perkataan lain.

Tanpa Nama berkata...

jadi, krismudin tu cucu barua britishlah.
masyallah.
ok tt.
bila pr menang nanti.
perbetulkan fakta sejarah.
ini, bila u/tahun merdeka.
balik2 tunku.
balik2 razak.
balik2 hussein.
masuk penjara pun tak pernah.
mana ibrahim yaakob?
mana ahmad bustaman?
mana ishak haji muhammad.
mana2... mana2...
orang2 ini keluar masuk penjara.
mat indera kena gantung sampai mati.
mereka berjuang rupa2nya memperkaya segelintir orang yang tak patut jadi kaya.
mat sabu, jangan undur.
pertahankan hujah.
kalau boleh cabar belaci2 bn/umno tu berdebat.
jemput johan jaffar jadi pengerusi.
kalau tak, tt sendiri.
tapi, dah tau jawapan dah.
mereka misti tak berani, punya.
tak ada teloq.

- cucu mat sentol.

Beruk Ketawa...kahkahkah berkata...

Tapi yang lebih celaka lagi bila ada seorang tu NASIOMAMAK mengaku NASIONALIS...kah kah kah

Cuba teka siapa..?

Malikat maut sedang tunggu masa jer nak cekik Nasiomamak ni sebab menyusahkan Malaysia...kah kah kah..kah

P011 Pendang berkata...

selamat hariraya idulfitri kepada TT, staf TT, peminat TT, pembaca TT dan juga sesiapa yg pernah singgah kat blog TT.

Non-Governmental Individual berkata...

ya, warna nusantara ialah merah putih...

seperti warna latar belakang bendera indonesia.

latar belakang bendera singapura pun guna warna yg sama,cuma ada dikotori gambar bulan dan bintang.

warna bendera gerombolan juga sama, merah dan putih, cuma ada dikotori gambar keris..!

corak bendera malaysia ditiru dari Star Spangled Banner,

lagu negara ku diciplak dari Mamula Moon

idea Rukun Negara ditiru dari Pancasila ilham soekarno..!

MALAYSIA NEGARA CIPLAK!!

indah.com berkata...

Tukar Tiub adalah yg terbaik.UMNO memang selama-lamanya menipu, bukan saja sejarah tapi segenap segi...daripada sejarah kemerdekaan hingga ke pengundi hantu. Tulisan ini bagus kalau dibukukan

Non-Governmental Individual berkata...

kenapa ramai yg suka mendiskreditkan komunis?

berapa ramai pengikut komunis kat dunia ni? jutaan,,,,!

takkan semuanya bodoh/sesat/ dan ikut membuta tuli...

nota:

rakyat kita terlalu malas membaca untuk mengetahui bahawa negara Cuba memiliki healthcare system yg world class!

rakyat kita terlalu malas membaca untuk mngetahui bahawa John Lennon juga sokong komunisme!,,, kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

umno tidak berani menulis sejarah awal perjuangan kemerdekaan ... dari sebelum penubuhan umno itu sendiri ... bagaimana sukarnya orang melayu berjuang menentang british ... berapa ramai yang ditangkap, diseksa dan di bunuh oleh british .. mengapa pejuang ini menetang sesiapa sahaja yang menjadi talibarut british ... semua ini tak akan di bukukan oleh umno ... kerana mereka (UMNO) di ujudkan sebagai sekatan kepada pejuang kemerdekaan tulin, menentang british. Untuk mempastikan kepentingan british terjamin, maka british berkerjasama dengan pegawai melayu, termasuk tun razak (dia adalah pegawai besar dizaman british - check sejarah sebenar). lalu umno direstui dan di janjikan kemerdekaan. Datuk on sendiri menjadi 'talibarut british', dengan mengingatkan british akan 'bahaya dari gunung'.... maksudnya dari ulama Abu bakar baqir, hizbul muslimim, berpusat di gunung semanggul .... dan banyak lagi sejarah yang sebenar yang digelapkan oleh umno ....

Tanpa Nama berkata...

Aku dilahirkan 2 tahun selepas tragedi Bukit Kepong. Apapun, dlm proses aku membesar hingga mula bersekolah, aku masih ingat pejabat2 kerajaan masih diterajui oleh pegawai2 'mat saleh'...seluar puteh pendek paras lutut dan berstokin puteh panjang paras lutut dan kasut kulit.

Isham, izinkan aku bawa artikel ini ke blog aku.

Tinta Hitam berkata...

Syabas pd Mat Sabu.Ahli ahli PAS tidka silap memilih beliau.Kit aperlukan org org spt iuni utk memecahkan stereotype pemikiran melayu yg lebih suka berpegang kepada status quo ciptaan penjajah dan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

PR perentah kita tukar sejarah..
Bogelkan UMNO barua haramjadah Penipu sejarah..macai orang puteh...
Kaki belit sebab masa tu orang melayu bodoh kena tipu di bodohkan pedatang2 Arab, siam ,Keling(mamak)..
tu sebab sampai sekarang Pemimpin2 UMNO maseh lagi keturunan pendatang2 Haram ni.orang2 Melayu maseh bangang lagi...WOI DAH KENA TIPU SETENGAH ABAD DAH..CUKUPLAH..
Bangang punya MELAYU UMNO..

Non-Governmental Individual berkata...

gerombolan dah tak boleh menipu ,

sekarang zaman internet.

sekrang zaman encyclopedia britannica.skrang zaman wikipedia.zaman CIA factbook.zaman wikileak.Youtube.,tukar tiub


library of congress, oxford journal, british library.. sEmuanya di hujung jari...!

Tanpa Nama berkata...

cis...ruipanya aku telah tertipu sejak dari sekolah randah lagi...
memang BAGERO uMNO NI....

rAKYAT BERMANDI DARAH MENENTANG BRITISH...RUPANYA BARUA2 TU DGN MUKA TAK MALU MENGANGKAT DIRI NAK JADI PEMIMPIN.

syabas Hisham mendedahkan perkara sebenar

nurul iman berkata...

terima kasih utk kenyataan ini.

nurul iman berkata...

buku teks sejarah memang ciptaan manusia pun.. memang tak percaya dgn isi kndungan sebenar buku teks sejarah pun. byk yg tak betul. kena dirangka balik. pasal zaman paleolitk sampai k zaman logam tu pun dah dibuktikan KARUT.

Tanpa Nama berkata...

tt tak sebut pun nama Dr. Burhanuddin Helmy yg slah seorang yng terlibat dlm penubuhan KMM. mmg org so sialis sungguh.ni pun jenis sembunyi fakta

Tanpa Nama berkata...

salam,

hanya di tt sahaja kita akan berjumpa tulisan sebegini-berani, jujur dan bermaruah.

syabas tt, teruskan usaha pencerahan anda.

hidup tt...

p.s.- tt, kau bila nak kahwin daa... ada anak esok, boleh sambung jejak langkah kau...

Tanpa Nama berkata...

Dear TT,

A very daring exposure from U.

This is why I love U so much!!!!

I really hope we will meet one day.

Take care.

Cahatomic berkata...

err tapi bang isham. saya macam teringat masa tunku mati tu, saya siap-siap nak pergi sekolah ayah saya kata tak payah, hari ni cuti, tunku mati.

Shakir Taha berkata...

Tulisan sejarah yang terdapat dalam buku teks di sekolah ditulis mengikut kacamata orang UMNO,contohnya lihat teks sejarah tingkatan 2 oleh Dr.Ramlah dan kknya.Mempropaganda peranan orang UMNO sahaja.

toux| berkata...

Salam bro,aku betul-betul suka dengan penulisan ko kali ni just in case ko ade kelapangan buat entri khas pasal Perlembagaan Rakyat 1947 dengan Perlembagaan Federation ulas dari sudut isi perlembagaan tu.Risau aku ramai budak muda tak tahu pape langsung pasal benda ni.Nak lagi best ko post masa 31 Ogos ni :)Orang Melayu perlu fikir balik kenapa mata-mata dan Rumah Pasong digunakan.Mereka perlu faham sejarah negara sudah dipesongkan!

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

sayangnya walaupon menjadi tali barut british 25 org yg mati tu masih percaya kepada tuhan. adekah mumammad indra percaya? kerana setahu sya ideologi komunis tak percaya kepada tuhan. maaf la sbb sya tak mendalami sejarah ni seperti penulis dan anda semua. ttp kalau ikut pemikiran rasional sya begitulah pendapat sya. kerana mase tu UMNO pon tak wujud. dan pada mse tu mcm2 ideologi wujud untuk membentuk negara selepas kejatuhan kerajaan khalifah yg besar pada mase tu.

kalau beginilah pendapat mat sabu, kiranya org2 islam eropah yg berjuang menentang komunism sbb mereka tak dpt praktikkan islam di negara mereka adlh salah. sukurang-kurangnya ideologi demokrasi tahi british yg dibawa negara kita ni tidak menghalang perkembangan dan dakwah ISLAM dan selebihnya adlh acuan kita sendiri sebenarnya selepas kita sudah merdeka.

bagaimana sejarahnya sekali pon, sejarah yg boleh membentuk diri kita sebnrnya adlh sejarah ISLAM itu sendiri. kita sbgi generasi hari ini patut memikirkan ape sejarah yg boleh kita cipta dlm ISLAM utk dijadikan tauladan kepda generasi akan dtg.

sekian, assalamualaikum...

YK berkata...

Saya lebih prefer, kalau boleh, saudara letakkan bahan2 rujukan yang mengatakan fakta2 tersebut bukan sekadar point yang berasaskan sentimen (saya tau saudara memang benci plus menyampah tahap gaban ngan UMNO...).

Saya bukan nak membangkang saudara, tapi saya nak mencari kebenaran. Banyak je buku2 sejarah yang ada, so buku jenis macam mana yang termatub kebenaran tersebut? Di mana? Tulisan siapa? etc.

Tanpa Nama berkata...

Aden menunggu sejarawan terulung UMNO, Ramlah Adam untuk menangkas hakikat ini secara ilmiah. Habis anak bangsa lepas 1957 dan guru, pensyarah sejarah mangkuk hayung dah kena tipu, hakikat sebenar di pusing dan dipenyapkan sekian lama cerita ini. Memamng pun mana ada pemimpin UMNO yng berjuang dan masuk keluar jel dan diburu di penjajah Inggeris khasnya Tungku, dia pegawai di Langkawi suka memacing dihelikopterkan dek British untuk sibuk mengusaha ke hulu ke hilir untuk memformalkan pengistiharan MERDEKA.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai perbandingan sdr boleh lihat peristiwa seperti ini masih dan sedang berlaku di Thailand. Pasukan pembebasan Islam (BRN) terpaksa membunuh ramai orang yang bekerja dengan Kerajaan Siam untuk menuntut pembebasan Selatan Thai.

Yang mati dibunuh oleh BRN ni ramai juga Melayu dan Islam dan lebai lagi. Tetapi oleh kerana mereka sokong Siam terpaksalah dibunuh.

Seperti bro Isham kata, hanya ada dua garis. Sokong Siam atau menentang Siam. Soal Islam dan Melayu itu serah pada Tuhan. Jangan nak amik alih kerja Tuhan nak buat fatwa.

Tanpa Nama berkata...

Tahukah anda apa itu PMWB? Tidak seorang pun warga negara Malaysia yang tahu selain daripada aku selaku pereka agaknya.

Huraian bagi PMWB ialah Pertubuhan Melayu Watan Bersatu.

Aku perekanya? Sebenarnya tidak. Aku hanya menterjemah United Malay National Organisation (lebih kurang) aje, yang dikenali sebagai UMNO itu.

Kenapa UMNO dan bukan PMWB kalau benar Melayunya itu?

Macam awal-awal lagi dah jelas tak kena, lalu wabak tak kena itu merebak hingga ke hari ini?

Aku dah naik malas nak cakap. Lu pikir-pikir lah sendiri kenapa.

haris berkata...

terang dan jelass......teruskan membongkar fakta..salute utk yg berani

MomTom berkata...

saya perlukan lebih banyak bukti

Tanpa Nama berkata...

nasib milayoo kena tipu, suka kena tipu dan bangga sebab kena tipu. hari ini ada penipuan paling besar: meladenai sistem ekonomi dimana melayoo terus jadi barua kepada bapak-bapak barua sbg kuli batak. sistem ini jangan ada milayoo yg cuba berevolusi utk memandai-mandai jadi bijak dan wira menentang mereka atau akan mereka ditekan , digantung, dihina sbg pengkhianat kpd bangsa. jika boleh biar milayoo ini terus jadi bodoh. malangnya milayoo sanggup jadi species yg hina tanpa evolusi, tanpa persaingan melainkan dipilih diantara mereka saja. dalam hal agama pun begitu, lagi jumud lagi baik, melalak la sbg org sakit jiwa di mesjid janji duduk diam-diam. apa marx kata: a supersructure erected to disguise and promote economic interests. di sini mufti dan ulama dijadikan barua utk menakut-nakutkan agar terus akur dan biol. freud kata manifestasi biol ini tidak akan mengangkat martabat manusia jadi mulia. sebolehnya jgn dibiarkan bangsa ini banyak menanya, menggorek kebenaran. itu sebab kita dapati bangsa ini mempunyai agama yg mereka sendiri tidak berapa reti apa bendanya yg mereka percaya. maka sosok yg maha mulia diikonkan utk menegah mereka utk milayoo jadi cerdik, positif dan berani----macam lu la tt! ya, siapa berani kata mata-mata barua inggeris. siapa berani kata maharaja lele, tok janggut, mat indera itu wira bangsa? tapi tt berani sebut rajagopal je kah kah kah. geng, jika mau benar-benar merdeka jadilah mat sabu walau kalah dalam perjuangan. setakat berani baring bawah tayar rajagopal ape mendenya!!!! setengah abad kena tipu, siapa boleh percaya? patutlah temasik boleh digadai macam kuih badak berendam kah kah..lu orang nasib baik sebab tak kebulur je. itupun hasil kuah barua dan cukong! balik-balik kominis, balik-balik dap, balik-balik sodomi, sah biol! macam anjing kurap jalanan melalak kat hantu, kena sergah, kena baling sisa tulang. lepas posa ni jika biol gak, pi lanchoww laa!

Yap berkata...

This article should be translated into English for better coverage for overseas readers.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah
kah kah kah

terbokti sudah..
termashor sudah..
hari ini dalam sejarah..

Pak Isham akhirnya..
Keluar dari kepompong nya..
Maka nampak lah sayap-sayap nya..

kah kah kah
kah kah kah

Ahhkkk Tuiii...!!!

Bersekongkol-kol kamu Komunis Dengan Melayu jenis Pak Isham..

I like it.. bak kata facebook

Sebab senang dah orang muda-muda nak detect malaon melayu sebegini,

ini lah jenis melayu yang di gelar.. BANGSAT..!!!

Ini adalah fakta dan sejarah.

Kah kah kah kah
kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Patutlah aku gagal sejarah dulu, rupa-rupanya fakta yang aku bagi semua benar lerrr

Tanpa Nama berkata...

Bro TT,
keep on giving information.
we need to understand what really happens

Sudin berkata...

Percubaan mengulang,ulang,ulang,ulang...........akhirnya terkantoi.

Jins Shamsudin ?....kah,kah,kah
Kalau diteliti watak Jins Setan ni dalam cerita Sarjan Hassan lakonan P.Ramlee....begitulah kehidupan Jins dari kecik sampailah sekarang udah nak mampus.
Cari makan,jadi barua,menipu....
Dipanggil oleh ketua polis negara ketika itu untuk membuat cerita bukit kepong...skrip,lakon layar,pegarah,dll dialah yang buat.
Duit entah berapa juta ditanggung oleh sebuah bank tempatan dan satu lagi organisasi buat modal cerita bukit kepong.Dengan bangga diri berkata modal ketika itu amat besar,tak pernah filem tempatan menelan belanja begitu besar....maka terhasillah cerita bukit kepong versi barua British..

Kenapa filem Datuk Maharajalela yang diwar-warkan akan dibikin hilang lenyap begitu ?
Entah berapa duit dah digasak oleh Jins Setan ni.....!!!

Mana mungkin barua Umno(B)/British ni berani membuat filem yang mana orang melayu bunuh orang putih....balik-balik komunis...komunis,jepun,komunis jepun....
Sejarah orang melayu bunuh orang putih tak akan timbul selagi barua-barua ni ada...al-maklum orang putih tuan mereka.

Isham...!!!..saranan tanpa nama 28 Ogos 2011 3:09 PM gua sokong 100%

Selamat berhari lebaran Isham...

Tanpa Nama berkata...

http://vimeo.com/344899 - Perjuangan kemerdekaan malaysia dari aliran kiri

Tanpa Nama berkata...

TL;DR

Tanpa Nama berkata...

Aduhhh....boleh pki ke theory ni..cam x caye jek..kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

“History is written by the victors.” - Winston Churchill.

No one will really know the truth for there is a fine line between truth and lie. Even the history of Melaka is inaccurate.

What's worse, the Malaysian govt is now supporting the fake Libyan rebel interim govt.

So in other words, back then UMNO is Barua British and now they are Barua Amerika Syarikat!!

*Sorry my comment is in English, my Malay is terrible. But just to point out, isnt malay also considered ciplak where there are many borrowed words from Sanskrit? But you're right, people should read and think and not be a slave to this sick system we have in this world. A lot of people is going to suffer when Capalism collapses very soon.

arda.bigfoot berkata...

betul apa kemerdekaan tanpa ada pertumpahan darah.agak2 a kan,Tanah Melayu merdeka lepas pe?J.w.w Birch kene bunuh? lepas Suruhanjaya British kene belasah?kene la faham maksud tiada pertumpahan darah bila mana wakil raja2 melayu dan parti perikatan pg ke London utk tndatgn perjanjian kemerdekaan.tp perjuangan2 mereka2 yg terkorban ttp masuk dalam fakta sejarah.dato maharajalela,dato bahaman, dan sbgainya
jgn la sempitkan pemikiran anda2

kedua, UMNO adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.ditubuhkan 1946.waktu tu zaman British,sbb tu la in English nama organisasi tu.plus kalau nak tukar nama,kne ada cara2 dan method dia.ingt senang2 masuk berita ckp UMNO skrg diknli sbg PEKEMBAR??kne wat mesyuarat dan sbgainya. kalau Melayu sangat pg dgr Klasik Nasional sana.

Tanpa Nama berkata...

Macam Celaka Perosak2 Negara ni..Pergi mampus!

RBD berkata...

Ya, memang betul. Insiden Bukit Kepong berlaku sebelum kemerdekaan.

Ya, memang betul - yang diserang di bukit kepung itu adalah askar Melayu yang bekerja di bawah penguasa Inggeris.

Tetapi tidak betul bahawa gerila Komunis itu berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu. Siapa kata? Pasukan yang menyerang Bukit Kepong itu adalah campuran antara aktivis Melayu dan Cina dari Tanah Melayu. Tetapi gerakan itu sendiri berkiblatkan kepada idealisme komunis Tanah Besar China yang ketika itu sedang meluaskan jajahannya ke seluruh dunia, termasuk Asia Tenggara.

Kemenangan gerakan kiri ini (atas slogan 'mahu membebaskan Tanah Melayu' daripada penjajah Inggeris) belum tentu menjanjikan kemerdekaan mutlak. Kenapa?

Pertama, kerana ia didalangi oleh Idealisme Komunis China; yang ketika itu memang bertujuan mahu menguasi dunia (terutama Asia) dengan dogma yang mereka mahu sebarkan.

Mereka juga sama rakus seperti Inggeris, yang sedang kemaruk mahu mencari tanah baru 'jajahan' - dengan menggunakan kekuatan etnik Cina seberang laut (iaitu migran yang datang ke Tanah Melayu) yang memang telah sedia ada di merata Asia.

Bezanya, pada sekitar tahun 1950-an itu, penjajah Inggeris sudah mencapai tahap tepu dari segi penjajahan. Kerana mereka telah mula menjajah dunia sejak beratus-ratus tahun. Jadi, pada ketika 1950-an ini (selepas Perang Dunia Ke-2), sudah ada rundingan-rundingan informal antara Inggeris dan penduduk Tanah Melayu dari segi 'penyerahan semula kuasa politik' kepada warga Tanah Melayu.

Sedangkan pada ketika ini - negara Komunis China baru sahaja bermula episod 'penjajahan' dan penyebaran hegemoni komunisnya.

Persoalannya: jika benarlah pada ketika itu 'gerakan kiri' ini (yang ditunjangi oleh oleh gerila Komunis Malaya, yang majoritinya etnik Cina, serta disokong oleh gagasan besar Komunis China) berjaya menewaskan penjajah Inggeris (dan rakyat tempatan yang sama-sama berjuang di bawah mereka untuk menghalang proses 'komunisasi Asia') - maka, adakah kita akan mencapai kemerdekaan mutlak? Atau, adakah ia kes 'keluar mulut buaya' masuk pula ke mulut naga yang lebih buas dan ganas?

Kedua, katakanlah gerakan gerila tempatan (yang diagungkan oleh Mohammad Sabu sebagai kumpulan yang benar-benar nasionalis ini) yang menyerang Bukit Kepong ini KONONNYA tiada ikatan dengan gagasan Komunis besar China - maka, bolehkan kita mencapai satu kemerdekaan yang benar-benar adil dan seimbang?

Saya kata tidak, kerana gerakan kiri ini DIKUASAI oleh etnik Cina (yang pada zaman 1950-an itu) masih sangat condong kepada negara asal mereka dari segi sentimen dan taat-setia. Justeru, apakah agaknya akan terjadi kepada Tanah Melayu (khususnya pribumi) sekiranya kumpulan gerila komunis ini yang berjaya memerdekakan Tanah Melayu? Fikirkan bentuk oder pemerintahan kerajaan dan bentuk-bentuk tatanegara yang bakal dibangunkan.

Memang ada banyak 'penggelapan' elemen dalam sejarah Malaysia. Tetapi mengatakan bahawa orang tempatan yang berjuang dengan label komunis (di bawah taklukan Komunis tanahbesar China) adalah lebih nasionalis dan patut dijulang sebagai hero - berbanding dengan pejuang tempatan yang terkorban di Bukit Kepong (sekalipun mereka berada di bawah arahan Inggeris): ini adalah kenyataan yang sangat dangkal.

Sekurang-kurangnya penjajah Inggeris pada ketika itu tetap menghormati institusi Kesultanan Tanah Melayu sebagai salah satu kuasa yang mesti dihormati. Tetapi negara komunis China (yang mendalangi gerila komunis Malaya) - apakah niat sebenar mereka untuk mahu menguasai Tanah Melayu masih tidak diketahui.

rosebiwu~ berkata...

bro isham..satu hari nt gua harap semua tulisan ilmiah lu ni dpt dijilidkan..skg kepala dorg tertutup but maybe one day kepala dorg terbukak jugak nk membaca tulisan lu ni..
salute utk yg berani!

janggut berkata...

isham try lu cite pasal FORCE 136 lak...aku rasa lebih kurang cmni gak kot...

Tanpa Nama berkata...

TT sila highligt kisah sejarah tugu negara ni...masih ramai yg langsung tidak tahu apa ceritasebenarnya di sebalik sejarah ini...

http://www.facebook.com/notes/pendedahan-konspirasi-penipuan-dunia/tugu-negara-berhala-peninggalan-inggeris/205236306178383

Tanpa Nama berkata...

aduh..semua kemarok percaya 100%..semua yang di tulis di internet sume percaya.aduh.bukan kata xdak otak.cume kite x guna akal.taw x kita sedang dipijak.oleh bangsa2 len.melayu,islam bangkit lah.jgn bia sejarah berulang lagi.negara kaya raya,tp pmilik nya"miskin pape kedana...xcukop ke negara dijajah bangsa len.xcukop anak2 melayu dipijak dihina.Bangsa len dibangga2 kan.bangsa sendiri dihina di caci.maaf kalau agak kasar.maaf kalu x guna bahasa melayu buku.Saya hanya memberi pendapt

Tanpa Nama berkata...

TT,minta dibukukan kisah sebenar...baru2 ni anak buah aku dapat A dlm subjek sejarah, walhal cerita sejarah yang A tu semuanya tipu belaka...

Sebarkan fakta sejarah yang sebenarnya...

TT mmg pemecah berita

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah tulisan yang tidak dari presepsi yang tidak menyeluruh. perjuangan KMM dengan jepun juga menyebabkan tanah ini dijajah oleh jepun.jika perjuangan dengan chin peng berjaya tanah melayu ini juga akan dipengaruhi oleh cina yang berfahaman komunis.dimana semangat melayunya?semangat islam yang satu?renung2kanlah...islam berlandaskan al quran dan sunnah yang penting...islam yang sejati..bukan proksi kan british mau pun parti komunis...

Tanpa Nama berkata...

xsetuju..kalo komunis menang rasa2nya kita dapat pergi masjid untuk solat x dan dapat x pakai kopiah?????sah2 kna bunuh xpn penendang...rasanya agama xblh dianuti dalam dasar pemerintahan komunis...fikir balik kebanyakan negara dibawah komunis tiada agama..bkn nk kata sejarah sekarang btul 100% ke x..tapi la kan sapa y bijak pandai tu tau pe 2 komunis..nk pejuangkn agama konon..malas byk cakap...wsalam...

Tanpa Nama berkata...

xsetuju..kalo komunis menang rasa2nya kita dapat pergi masjid untuk solat x dan dapat x pakai kopiah?????sah2 kna bunuh xpn penendang...rasanya agama xblh dianuti dalam dasar pemerintahan komunis...fikir balik kebanyakan negara dibawah komunis tiada agama..bkn nk kata sejarah sekarang btul 100% ke x..tapi la kan sapa y bijak pandai tu tau pe 2 komunis..nk pejuangkn agama konon..malas byk cakap...wsalam...

Tanpa Nama berkata...

kalau menyalak dlm blog bolehlah

kalau berani, isham duduk berdebat live dengan siapa saja.

baru ada guts...bukalah fakta sejarah yang kau katakan yg sebenar2 nya.

it's ok kalau kau tak siarkan dua ulasan saya pasal pkm ni..apa nak takut kalau kau betul? nak sira pun takut ke?

Tanpa Nama berkata...

bangsatnya posting jawa2, boyan2, mat2 kelantan dlm ni...ini posting ilmiah? wakakkakak...mcm sial lan...tak buka minda langsung...
artikel dr sang pengecut ishamudin?hahah...wei..isham tikus...lu baca balikla sejarah...sejarah yg kau baca tu dr pihak yg kalah...cuba ko cri dr sumber pertengahan then bru ko tahu sapa yg betul...ko bias pd yg kalah dan anti pd yg menang nak buat hapa...unfair...

wei..terimala takdir Allah..korang takder iman?ker? tak percaya Qada dan qadar..segalanya dah tertulis...bolehkah ko undur balik? tak bleh kan? nak gebang2 lebih pun tarak gunala wei....walau aku tak sukka UMNo...aku juga tak suka pada pemimpin2 yg ada sekrg ni..tak kiralah dr pembangkang mahupun kerajaan...sebab semua takder otak...munafik dan fasik...

agak2la..kalao lah masa tu komunis perintah msia...gue rasa keturunan ko pun bleum tentu selamat..ntah2 melarat hina kat rel keretapi atau celah2 lorong minta sedekah....so, penggunaan KALAU atau AGAK2..takder..hahha

ada aku kesah kalo org lahar aku balik....hahaha


ajie -(yg bersyukur atas sesuatu perkara baik atau buruk)

Tanpa Nama Wanita berkata...

On a side note, Tuan TT,
Kepada tuan pelajar di Russia "Non-Governmental Individual, 28 OGOS 2011 5:52 PM":

"rakyat kita terlalu malas membaca untuk mengetahui bahawa negara Cuba memiliki healthcare system yg world class!"

Hanya world-class untuk 'paying tourist', mind you. Sila baca dengan LEBIH BANYAK lagi.

Fakta, dalam Wiki ada, di sini (http://www.therealcuba.com/Page10.htm) pun ada. Sekian.

Selamat Hari Raya, Tuan TT

Tanpa Nama berkata...

aku bukan orang UMNO,PAS(Pan-Malaysian Islamic Party),DAP, and etc.
aku nak tanya..sebera yakin ko dengan research yang ko buat? kalo betol pon..mana fakta sejarah yang salah kita betolkan..berkaitan dengan kemerdekaan malaya 31th august..sejarah tidak boleh diubah lagi, ape yang kita mampu ''learn from mistakes'' and move foward..macam ni..la, aku rasa org2 cam ko ni..la and the rest of the malaysian politicians..la yang memecah belahkan umat islam kat malaysia ni.. masing2 saling menuduh fitnah memfitnah..
kan lebih baik kalo korg cari jalan macam mana nak satu padukan umat islam kat malaysia ni.. ok kalo BN da tumbang dan maybe takkan naik lagi..adakah PAS mampu menegakkan islam?? PKR ??? DAP lagi haram jadah.. korupsi tetap akan ade..aku berani kerat jari kalo xda..betol x ?? cuba ko ''step back and think'', yg sebenarnya semua parti2 politik kat malaysia ni semua sama..and matlamatnya ialah memecahbelahkan... kalo ko betol2 nak semua org berani menegakkan islam dan menyelamatkan malaysia.. stand up man !!! speak up !!!! OPENLY !!!!!!!!!!!!!! setakat blog baik xyah..bro ..((( sebenarnya kita semua sedang dicaturkan musuh2 islam )))))) ''fikir'' sekian wasalam

AntiPemodalBesar berkata...

Isham, nak bagi adil. aku pernah buka sejarah tingkatan 3 lepas tengok video 10 Tahun Sebelum Merdeka oleh Fahmi Reza.

Dalam buku sejarah memang ada tulis pasal KMM, PKMM, PKM, Dr Buharnudin al-Helmy,Ahmad Boestamam, PUTERA-AMCJA. cuma hanya sekilas pandang. dan ramai tak ingat pasal benda ni sebab

1) sistem peperiksaan kita berorientasikan ujian dan hafalan. Aku rasa ada kot satu soalan atau takdak langsung yang tanya pasal perjuangan parti kiri ni dalam kertas objektif PMR. So budak mmg xamik port la sbb xmasuk exam dan xperlu hafal. yang byk masuk pasal parti umno, mic dan mca dan perikatan menang besar pilihanraya 1955 yang membolehkan Tunku tubuh kerajaan eksperimen.

2) Subjek sejarah dipinggirkan sebab xperlu pon untuk kemajuan Wawasan 2020. Propaganda yang dicanang oleh Mamak Kuty. hanya Sains & Math ditekankan. Berapa banyak tmpat tusyen yang tawarkan subjek sejarah? rasa aku takdak kot.. Kalau dapt A pn orang xheran.

3) Subjek sejarah telah menjadi subjek paling boring dalam kelas. Tanya bdk sekolah berapa ramai yang minat sejarah, aku rasa xsampai 10% kot. sebab cikgu kalih pungkok mengadap papan putih dok tulis nota sejarah, bdk salin pulak smpai lenguh tangan. xdak sesi kenapa, mengapa, bila, di mana.kelas senyap ja. cikgu pn malas nk mengajar. sapa xsalin, tidor atau bercakap kena rotan. sapa xboring. Kita tgk kt US bdk sekolah rendah siap ada costume dan props untuk wat teater sejarah seperti Independence war, civil war dan sebagai nya sbg tugasan untuk menghayati sejarah negara bangsa.

So bila lama xbaca buku sejarah, ramai orang dh lupa sebab xpenting pun kan? Memori hanya ingat peristiwa sejarah yang diulang2 oleh UMNO dalam media bila smpi 31 ogos. Nasib baik la para perjuang ni sempat menulis memoir mereka sebelum mereka meninggalkan dunia nie. Al- Fatihah untuk mereka yang bermandi peluh, darah dan air mata untuk membebaskan negara dari British. Jasamu tetap akan kami kenang

So klu dah tau buta sejarah, belilah buku2 memoir pejuang kiri ni dan selami perjuangan rakyat, bukanya oligarki menentang British.

Nan @ Nan Tsab berkata...

terima kasih brader.. i like!! nak share fakta ni ..supaya generasi skang dan akan datang tak jadi bahalol mcm keldai Umno..

Tanpa Nama berkata...

saya teringat pesan dari almarhum presiden soekarno dia.pernah berkata spbkt;bangsa yang hina ialah bangsa yang tak mahu menghargai jasa juang pahlawannya...nyatalah disini gerombolan yng isham maksudkan tergolong dalam maksud pres;soekarno itu..malang.sugguh mereka itu (gerombolan)

Tanpa Nama berkata...

aduhai......
siapa la yg buta sekarang nie..
samsiah fakir rejemen kbpe?
apa yg samsiah fakir buat??

Tanpa Nama berkata...

Cube carik kat youtube,, 10 tahun sebelum merdeka (tak ingat sgt) mcm mane KMM putera-amcja diorang berjuang for merdeka,, instead UMNO berjuang for Malay,, dan usaha dorang buat perlembagaan rakyat,,and dah tgk tu cube carik kt youtube mason di malaysia,, boleh hidu who our former leader work for,,

Tok Suro berkata...

hujah lu Isham 70 peratus sama dgn gua punya hujah sebelumni dgn kengkawan tapi dgn fakta-fakta ini maka lengkaplah 100 peratus untuk gua cerita dengan kawan dan puak-puak ameno. Tks Isham..

pakteh man berkata...

anti-establishment.. liberal.. dan suka mengelirukan orang.. yang muda2 datang blog ni, baca dan terus terpengaruh dan percaya.. pemikiran sama cam TT gak suka menongkah arus .. Sokong laa komunis tu baik2 sebab merekalah yang akan "mempertahankan" agama, bangsa dan tanah air kita.
P.S.. cube tengok bape ramai orang Islam ditindas di Negara Komunis China x lama dulu.