Jumaat, 26 Ogos 2011

UTUSAN DAN BERITA HARIAN TERBAIK UNTUK KITA




INI AKHBAR PARTI KEADILAN RAKYAT





MEDIA PERDANA PERLU BEBAS DARI CENGKAMAN POLITIK
– harakah daily

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa kerajaan membebaskan media perdana khususnya media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah.

Apatah lag Koh Tsu Koon sebelum ini mendakwa bahawa media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, parti pemerintah tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran generasi lama dengan berita berat sebelah dan menyerang pihak pembangkang semata-mata.

Media perdana milik rakyat kini seolah-olah dimiliki parti politik tertentu sehingga laporan mereka tidak lagi bersifat merakyat.

Pergantungan generasi lama terhadap media cetak sebagai sumber berita sangat tinggi kerana akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung.

Namun keadaan itu telah diambil kesempatan parti pemerintah meracuni pemikiran rakyat dengan pelbagai agenda sempit kepartian BN seolah-olah media tersebut milik penuh mereka sedangkan ia akhbar perdana negara.

"Selama ini segala bahan berita yang dimuatkan hanya menunjukkan kebaikan BN sedangkan imej Pakatan Rakyat diburukkan dengan pelbagai berita yang songsang," katanya.

KOMENTAR TUKAR TIUB

tt tidak percaya kepada kebebasan akhbar
ini adalah konsep untuk menipu orang ramai
kerana di belakang akhbar ialah kaum pemodal
justeru adalah hak orang melabur untuk menyampaikan pandangan mereka
mustahil mereka melabor untuk kebaikan umum
kaum pemodal melabor untuk dapat untung
disemua akhbar dalam dunia ini ialah kaum pemodal
kecuali akhbar the guardian london
kecuali akhbar le monde paris
dua akhbar ini bukan milik pemodal

apa yang patut kita perjuangkan ialah:
kebebasan untuk menerbit akhbar

sekarang kita memerlukan lesen
untuk mencetkl akhbar
ini wajib ditentang
sesiapa sahaja seharusnya boleh menerbiitkan akhbar
sesiapa sahaja boleh mencetak
sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat

jika mereka ada modal
jika mereka ada keupayaan
jika mereka ada jaringan
sila terbitkan akhbar dan bersaing
yang terbaik akan berjaya
yang kaki bodek akan mampus

akhbar arus perdana di malaysia hari ini adalah yang terbaik
apa yang ditulis di utusan
apa yang ditulis di berita harian adalah terbaik
akhbar ini harus digalakan untuk terus
terbit seperti yang mereka lakukan hari ini

kita tidak mahu mereka menjadi seperti akhbar le monde di paris
atau the guardian d london
atau the observer di london
atau wahington post di amerika

dinegara negara ini blog dan
laman web amat susah berkembang
di negara barat orang percaya akhbar mereka
ini menyusahkan blogger
ini menyusahkan pembuat laman

kerana utusan macam utusan hari ini
kerana berita harian macam berita harian hari ini
maka di malaysia pembaca blog
maka malaysia pembaca laman web
adalah yang terbesar dalam dunia
ini adalah hasil dari media arus perdana

blog dan laman web adalah media bebas
yang wujud kerana memerlukan lesen untuk mencetak

bayangkan kalau warga percaya pada utusan
bayangkan kalau warga percaya kepada berita harian
berapa ramai akan pergi ke harakah daily

berapa ramai akan pergi ke keadilan daily?
berapa ramai akan pergi ke malaysiakini?
berapa ramai akan pergi ker malaysian insider?
berapa ramai akan pergi ke malaysia today?
berapa ramai akan pergi ke malaysian digest?

tukar tiub pasti tidak ada pembaca
kah kah kah


INI MILIK PAS



nota:
sila tanya pemuda ini apakah utusan
akan memberi laporan yang baik tentang pas

kemudian tanya pemuda ini apakah harakah
akan memberi lapoarn yang baik tentang barisan

semua media memiliki dasar
semua media mengajukan pandangan
jadi adalah hak kita untuk menerbit
bukan untuk di lesen
pandangan dan pendapat tidak perlu di lesen
kerana ianya wujud dalam fikrah

NOTA:
utusan dan harakah dan roket dan suara kedailan
adalah akhbar parti
makan mustahil akhbar ini akan bercakap baik
tentang musuh

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada baiknya b.harian dan melayau terbit berita mcm tu,

"boomerang effect" akan buat rakyat sokong pembangkang...

DX berkata...

andainya terjadi tukartiub dah tak laku. tutup kedai.

i gonna mis u.

Tanpa Nama berkata...

Dear TT,

I really like the way U write especially your notes.

U R REALLY A COOL DUDE!!!!!!!

yde.amr berkata...

Newspaper is for masses. Masses never cultive, never good taste. Newspaper should be to shock them and and force them to think. But never to please them. Newspaper is for aristocrats to show them what they don't understand.

gengjahat berkata...

http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/ahmad-maslan-cabar-langgar-auku-mesti.html

MM berkata...

sebab itu blog jadi tumpuan...keratan akhbar di kawal party...dan sy tidak pernah percaya mana2 party politik...TT sangat telus...wakakaka....

Tanpa Nama berkata...

Ameno boleh bagi bebas penerbitan suratkhabar. Tetapi kalau semua surat isinya mesti sama macam Utusan amacam.....lu mesti keluar dari kepompong lu sorang saja cerdik.

Tanpa Nama berkata...

Bro TT,

For the first time in a very long time, you have spoken some sense.
Aku pun tak paham org yang duk kutuk Utusan/NST/RTM/TV3. Ini kan media UMNO, mestilah dia defend UMNO.

shahmetal berkata...

fuh.. artikel kali ni aku setuju 100%.. amat mustahil utk mempunyai media yg betul2 bebas dari mana2 pihak

Tanpa Nama berkata...

riduan mohd nor kena 'sedas' dengan TT. riduan memang banyak tulis buku ceramah dalam surau tapi dengan TT dia kalah..kekekekeke

TT..kami sokong anda!!!!!!!!!!