Khamis, 29 September 2011

KOMTENTAR TUKAR TIUB TENTANG HUDUD





SIAPA DALANG WAYANG PAK DALANG




PAKATAN HUDUD HANYA JIKA ADA KONSENSUS SEMUA PARTI
– minsider

Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud yang muncul kembali sebagai isu ‘panas’ minggu lalu tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.
“Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.


KOMENTAR TUKAR TIUB

mari kita belajar dari sejarah
sejarah juga adalah guru yang baik
anak anak muda wajib mengetahui babak sejarah ini
agar pemahaman politik kita semua mendewasa

dalam tahun 60’an dahulu
pakatan pembangkang yang paling kuat ialah FRONT SOSIALIS
ini ialah perserikatan dua parti kiri – parti buruh dan parti rakyat
musuh rakyat tanah melayu ketika itu dipanggil perikatan

FRONT SOSIALIS
menguasai semua kota dan bandar besar
ketika ini kerajaan tempatan bukan dilantik tetapi dipileh secara buang undi
gerombolan perikatan tidak pernah berjaya
seperti sekarang semua warga kota menolak perikatan

ipoh jatuh ke tangan ppp
seremban melaka jaybee dan pulau pinang
jatuh ke tangan FRONT SOSIALIS
akhirnya pilihanraya untuk kerajaan tempatan diharamkan
justeru kerana ini tukar tiub keluar dengan diktum:
KALAU PILIHANRAYA BOLEH MENGUBAH APA APA
TELAH LAMA PILIHANRAYA DI HARAMKAN

diktum tukar tiub ini lahir dari pengajaran sejarah

pada tahun 60’an ini FRONT SOSIALIS cukup kuat
kekuatan dan pengaruh FRONT SOSIALIAS ini wajib di patahkan
ramai pemimpin ditangkap dengan ISA
dalam masa yang sama gerombolan juga telah merancang dengan licik

bagaimana?

dalam parti rakyat ada orang macam nasaruddin mat isa atau hasan ali
dalam parti buruh ada orang macam zul nordin atau gobala
dalam ke dua dua parti ini ada ajen yang dibayar khusus untuk bikin kacau
tali tali barut ini menunggu masa untuk bergerak

peluang sampai dengan ISU BAHASA MELAYU
dalam parti rakyat ada yang mahu bahasa melayu dipanggil bahasa kebangsaan
dalam parti buruh ada yang mahu bahasa melayu dipanggil lingua fraca – bahasa bersama

ajen-enjen dan sb pun bubuh minyak
tak habis habis isu bahasa ini dibakar
akhirnya FRONT SOSIALIS pecah
parti buruh bungkus dapat telooo
parti rakyat bungkus dapat telooo
inilah sejarah

babak sejarah ini sedang berulang dihadapan mata kita
kita sedang melihat ulang tayang babak yang sama

dalam dap ada hantu sb
dalam pkr ada hantu sb
dalam pas ada hantu sb
hantu hantu ini sedang bergerak untuk mengadu domba

siapa hantu hantu ini?
macam mana nak kenal hantu ini?
kalau dalam pas hantu ini lebih islam dari nik aziz
kalau dalam dap ianya lebih china dari lee kuan yew
kalau dalam pkr ianya lebih reformis dari anwar ibrahim

isu HUDUD sedang dijadikan ajenda untuk memecah pakatan rakyat
kali gerombolan gagal
jangan risau - gerombolan akan terus bikin kacau
PAKATAN RAKYAT wajib dipecahkan
kalau pakatan rakyat tidak pecah
maka rosmah dan najib wajib melarikan diri ke kazakhtan

justeru kita wajib belajar dari sejarah
tugas kita ketika ini ini bukan hudud
tugas kita ketika ini bukan malaysian malaysia
tugas kita bukan anti hantu bonceng
tugas kita bukan anti konsert anak muda
tugas kita bukan third force
tugas kita bukan jadi ngo dengan tiga orang ahli

tugas kita semua ialah menggalang satu barisan ampuh
untuk menghumbankan united malay national organisation
tugas kita ialah bersatu untuk meruntuhkan kerajaan barisan nasional
tugas kita ialah bekerja untuk mengambil kuasa
inilah tugas tugas asas
inilah tugas fundumental

kalau ada sesiapa yang cuba mencelah
kalau ada sesiapa yang cuba mengalih garis ini
kalau ada sesiapa yang cuba memesong dari tugas asas ini
selidik latar belakang mereka
kenali siapa malaon ini
kenali sahabat malaon ini
kalau malaon ini yb atau pemimpin parti
selidiki siapa yang beri nasehat

mungkin malaonn ini ajen
mungkin malaon ini sudah dapat kontrek
mungkin tali barut
dan mungkin sb yang dibayar

jika tergelincir dari kesedaran asas ini maka PAKATAN RAKYAT akan kalah!





JEMPUTAN MALAM INI




23 ulasan:

mek berkata...

aku suka sangat2 komentar tt ni.
nampak gayanya sekarang ni pakatan rakyat asyik menari ikut gendang yang di palu oleh gerombolan.

pakatan rakyat perlu menyusun strategi yang kemas untuk humban gerombolan di PRU13 nanti.
kalau asyik ikut rentak gerombolan, nampak gayanya ada harapan bungkus la.

tt, apa kata kalau tt yg jadi penasihat pakatan rakyat ni.
aku rasa tt lah orang yg layak untuk lawan penasihat gerombolan si APCO tu.

Tanpa Nama berkata...

Terbaekkk

DX berkata...

2 klik iklan untuk TT!

Tanpa Nama berkata...

As salam..

Bro Isham.

Kita sebagai orang Islam percaya bahawasanya hanya Allah Taala sahaja yang berkuasa. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Jika Allah hendak kuburkan gerombolan, Dia bisa melakukan bila2 masa hari ini, esok atau lusa. Begitu juga dengan Pakatan Rakyat, bila2 masa sahaja Allah boleh pecahkan ikatan tersebut, hari ini, esok atau lusa.

Sebagai hambaNya kita WAJIB laksanakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Salah satu suruhannya adalah laksanakan hukum hudud. Kita tak payahlah nak persoalkan suruhanNya. InsyaAllah dengan terlaksananya Hukum Hudud, lagi cepat gerombolan dihumbangkan.

Seperkara lagi, Pakatan Rakyat sentiasa dimomok-momokkan sebagai Kerajaan Rakyat yang mewakili suara rakyat. Tapi kenapa suara rakyat Kelantan tidak didengari???? Orang Kelantan sudah 20 Tahun menunggu Hukum Hudud tapi sampai sekarang belum dapat dilaksanakan. Kenapa??

TK
Asri

Tanpa Nama berkata...

"tt, apa kata kalau tt yg jadi penasihat pakatan rakyat ni."
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah....

Beruk Ketawa berkata...

Fax yang baru diterima,

From: UMNO Bangang
To : Beruk Ketawa

dalam dap ada hantu sb
dalam pkr ada hantu sb
dalam pas ada hantu sb
dalam UMNO ada SB sebenar...kah kah kah

SEMANgat meLAYU berkata...

Pencerahan yg sgt cerah.. bling-bling lagi.
Masalah terbesar.. pendatang yg ada 2 kerakyatan ( 1 negara asal, 1 malaysia), apa kita nak buat??Xkan nak tengok je malaun ni sesah hak kita?? Hari ini, kita masuk spital byr 1hinggit, bangla pon byr 1hinggit jugak tau. Siap bersebelahan katil lagi.. Xkan rakyat tak sedar2 lagi.

zainal abidin berkata...

kepada Asri,
saudara ni tak pandai atau tak tau nak amek tahu? Neferi nak buat apa pun boleh selagi ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. nik aziz sendiri dah cabar supaya perlembagaan di ubah supaya kelantan dapat melaksanakan hudud. lagi mau tanya "kenapa". sahih tarak baca punya orang...

Tanpa Nama berkata...

entri yg wajib dibaca dan sebarkan.. bro aku copy entri ni.

Tanpa Nama berkata...

tt, lu selitkan bab hudud ni dlm forum mlm ni. please.

Komentar Mengenai Hudud berkata...

la..bro..gua tanya lu..melayu nk ke malaysia ada hudud??

Tanpa Nama berkata...

"Jgn tergelicir dari kesedaran asas"
Statement cool

zainal abidin berkata...

Hudud ke, apa ke, tak penting. Theres no point in having the best policy but when it comes to implementation, ikut bulu...
Yang penting adil dan saksama..

skupang berkata...

...terbaek...

CEO sebagai mutawif berkata...

sat lagi , saudara azman akan mula keluar 'HUKUM'
PASAL tt cakap hudud bukan priority...

ikut jemaah tabligh lagi gerombolam suka ...

doa ,buat amal ..malaysia jadi baik .....

tak payah susah payah ngudi..kempen ,ceramah sana sani..forum siang malam....

ALLAH MAHA KUASA ....

Tanpa Nama berkata...

tt, ko jgn jadi pemasihat PR. ko jadi cool je. senang bantai PR kalo tersasar landasan. dlm PR tu banyak SHIT yg keluar dari JUBUR gerombolan. miss shahnon ahmad....

Tanpa Nama berkata...

well, put aside political strategy i'd like to highlight this statement made by that blogger viz kandis which may affect the other side of the mly-moslems put to ponder-for their votes. simple as it is but never so innocent:

"...satu laknat ALLAH yg paling besar aku rasa kalo kita dok dlm golongan tu...????"

ok,cuba hayati lanjutan amanah hadi suatu ketika dulu: apakah yg telah memesongkan aqidah mereka pd hal yg batil, songsang lagi kafur?

adalah tangan ghaib yg bertenggek pd hati hitam sambil menggocak jernih iman dan adab ilmu agar tampak gah dan gersang.
apa taknya kitalah negara Islam contoh, pd mubgawe je kot.

itulah tangan dajjal yg telah mentahtakan keluhuran perlembagaan thogut melalui khalifah palsu. dan yg duduk ditelapak kaki sivil ialah syarie al maqasid dipijak bersama bani melayu hasil kesinambungan amanah agenda penjajah kuffar al harbi sejak perjanjian pangkor lagi....
how sultan and ulamak were to take care of the muslim affairs.
lo, splendid kind of affair!!!till we come to such terms as ulama carma and setan bisu!

maka itu atas kerdipan demokrasi rasional murni dan falsampah ingin bebas-lepas, Islam pun jadi retorik politik, qisas-hudud pun turut batal.

lantas dgn tak semena-mena munfiq sekularis bingkas berkata:"hudud cannot be implemented as we'd to consider the reality of the day." tapi this guy kandis dah consider-kan mereka ini pd yassin:7-10!!!
apakah bukan benar bagai dikata oleh Allah sendiri? atau semata syiok-syiok interpretasi?

namun bingkas juga situan guru;” inilah dia kuffur hakiki kerana enggan menafikan syirik mendirikan tauhid! siapalah kita nak menyanggah Allah ni?”
yes, lets consider ourselves as moslem first who were bonded by the syahadah. syahadah that had gone derogatory!! but who were they? Allah knows...

tapi jgn lupa madey pun akan bingkas berkata: "lu mana tau, ini semua main politik PAS. itu libya pun my created enemy of the state mcm osama. jgn mudah lupa asal melayu dari kerala turun ke sumatra sangkut kat temasik heh, heh...rm100bilion itu tabung perkasa, lu punya jugak kah kah!"

bet ya, this hudud will be like panas taik ayam let the sultans or ulama call for the repeal...'cos kutty shall always be at the helm kah kah and not the moslems!

Tanpa Nama berkata...

Ahhh...

Seruan yang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, jangan haraplah pakatan nak takluk Putrajaya PRU akan datang... dan sudah pasti dan agak pasti juga... mengapa?

Sebab awal-awal dah tolak hudud..! Jadi apa "kelainan" nya gerombolan dan pakatan sekarang??

Apa beza nya??
Apa best nya??
Apa faedah nya??

Sama aje.. kah kah kah.. kah kah kah.. kah kah kah.. semua kena kelentong idup-idup baca idea TT..

Sekian, tengkyu lah..

Tanpa Nama berkata...

hasan ali dah cuakkk..nasarudin mat isa dah cuakkk..sedangkan mufti perak pun SB, apatah lagi dua orang ni..

Tanpa Nama berkata...

Jawapan yg mudah adalah :-

Jika Pakatan Rakyat berpecah, maka umngok akan menari riang selama 40 hari 40 malam dan kita semua akan jadi lembu dicucuk hidung oleh malaon-malaon itu sampailah bila-bila...

jong jong inai berkata...

hehe...

kamu ni x faham2...
mengaku pakar sejarah...
mengaku ambil pelajaran dr sejarah...
mengaku sejarah itu penting...


TAPI,
HAPRAK...

if TT n the geng x reti bahasa lagi bab hudud ni,sila KAJI SEJARAH POLITIK RASULULLAH sehingga FAHAM...

mengaku Islam,bila diminta kaji sejarah politik Rasulullah,dah mula bengang...

OIT,KAJILA DULU,BARU KOMENGGG!
TT kan kuat membaca dan mengkaji...kah333

anti kaka binawe berkata...

Ya Setuju. Jgn terpedaya dgn auta kutty. Ini semua perangkap. Biar BN makan debu dan asap dulu menyembah bumi baru bincang hudud atau hantu bonceng dlm Dewan Rakyat. Aku tak nak projek tapi nak tengok kaka buat buat sakit tak nak pergi court. hahaha.....

Tanpa Nama berkata...

TT adalah "Papagomo" PR.