Jumaat, 30 September 2011

PERNIAGAAN JUAL AGAMA




NOTA:

dari zaman berzaman
menjual agama adalah
perniagaan yang baik
amat menguntungkan

kini bumiputera telah memulakan perniagaan baru - jual logo
jual logo tak perlu pelaburan besar
tak perlu kerja keras
ini tak sangkut paut dengan kebersihan
yang dituntut agama
yang penting kalau pakai logo lain
kena dengan 250 ribu rinngit
atau 3 tahun penjara

kalau individu buat logo sendiri
ini pun kena 3 tahun penjara
kah kah kah




ADA JUDI HALAL - ADA JUDI HARAM






HANYA LOGO HALAL JAKIM DIIKTIRAF - meloya

PUTRAJAYA 28 Sept. - Berkuat kuasa 1 Januari 2012 hanya logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja yang boleh diguna pakai dan diiktiraf di seluruh negara.

Serentak itu, semua sijil halal sedia ada terbatal pada malam 31 Disember dan semua pihak perlu mengemukakan permohonan baru kepada pengeluar tunggal iaitu Jakim.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu sejajar dengan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Persijilan Halal yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 11 Julai lalu bagi menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972.

"Untuk logo halal ini, pihak kita akan menguatkuasakannya pada 1 Januari 2012, bermakna selepas itu tidak ada lagi logo halal lain selain Jakim boleh digunakan, terutamanya di premis makanan dan restoran.

"Kalau ada yang gunakan logo lain, kita boleh ambil tindakan iaitu denda RM250,000 dan tiga tahun penjara bagi syarikat atau kedua-duanya sekali, manakala bagi individu denda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusof.

NOTA:
ini tak sangkut paut dengan agama
ini tak ada hubungan dengan ayat quran
ini tak ada kaitan dengan ajaran islam

cari kalau jumpa ayat tentang hal jakim?
carai kalau jumpa ayat tentang logo halal
ini lah cara melayu meniaga nak buat monopoli
ini lah perniagaan bumiputera
ada yang jual kontrek
ada yang jual projek
yang ini hanya jual logo
kah kah kah

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bayangkan disetiap permis Magnum,Toto,Lumba kuda,Kilang Carlberg sebelah federal highway dan dipuncak Genting Highland terpapang logo Halal Jakim, adusss sungguh sadis wal feningla..ada judi haram ada judi halal, ada todi halal ada todi haram..

Tanpa Nama berkata...

ini usaha nak pastikan kita beli makanan yang halal. kalau ada idea yang lebih baik perlulah cadangkan kepada pihak berkuasa, bukan kondem memanjang. masalah penguatkuasaan yang korup, itu cerita lain. kalau pemerintah dah korup, memanglah semua agensi kerajaan akan korup sama. hukum dah jelas, jadi kenalah berikhtiar, bukannya duduk goyang keyboard, macam NATO.

DX berkata...

idea aku untuk sebuah utopia adalah anarki komunis.

kalau semua orang baik bagusla. tapi manusia ada nafsu. dorongan untuk tamak dan dengki itu ada.

jadi bila difikir apa yang akan mengawal supaya tiada yang ambil kesempatan dan sebagai nya. stalin dan mao pilih untuk menggunakan authoriti untuk membentuk komun.

dalam idea utopia aku. tak ada authoriti. yang mengawal nafsu ialah diri masing-masing. untuk itu pada fikir aku perlukan agama.

tapi itu cuma impian.

Tanpa Nama berkata...

banyak boleh niagakan abang TT..

1. lesen chakwow - boleh diperbaharui sehigga 5 tahun.. setahun rm30 sahaja.. kelayakan 10-25 tahun.
2. lesen lendir/entot - lelaki maksimum boleh dapat 4 lesen
3. lesen bisnes jaga anak yatim
4. lesen bisnes khairat kematian
5. lesen tauliah bagi ceramah
6. lesen akidah, nak cop islam kat IC, kene bayar weh..
7. lesen sembelihan cara islam, orang lain sembelih, jadi haram belaka.. tapi makanan dalam tin, orang islam belasah jua..
8. lesen baca quran - bukan islam perlu mendapatkan lesen jika ingin memetik apa2 kalimah quran terutama ahli politik.
9. lesen nama Allah - ini perlu sbb lesen ini yang paling mahal
10. lesen eee - keling/mamak/india kerala dibuka untuk memohon lesen eeeni..
11. lesen perbankan islam - dah lama diperkenalkan.. camana bank orang bukan islam boleh offer produk islam?? kali ini kita bukak untuk along pulak..
12. lesen hiburan islam - program imam, laung azan, baca quran, lesen tajwid, lesen tarannum
13. lesen blablabla banyak boleh niagakan.. ko rujuk web jakin sendiri.. nak buat fatwa pun, kene ada lesen mufti.. lesen cetakan, lesen falak, nikah cerai tu, jangan cakap la.. lesen cina buta pun patut diniagakan jugak.. nak makan kene baca bismillah.. boleh dilesenkan nih.. berak masuk bilik air pun silap haribulan, boleh lesenkan juga loh.. sbb kene baca doa.. lesen berdoa.. lesen belajar agama, lesen mengajar agama.. lesen bela binatang ternakan qorban, akikah, lesen bagi nama anak baik2... lesen kenduri.. mak aii.. banyak la lesen masih belum diperkenalkan..

C++ berkata...

Bhai TT...

Aik... denda logo halal sampai RM250k... hehehe... tapi denda khalwat dan zina cuma tak lebih RM3k ... hahahaha.... lawak... lawak.... hahaha

Wei rakyat Malaysia semua... sila cetak banyak-banyak logo halal JAKIM nih.. dan tampai di semua premis... hahahaha.....

Logo halal pon takder nombor siri... aper daaa... budak kecik yang baru pakai Photoshop pon boleh buat... hahaha

mosabit berkata...

bayangkan ada berapa juta perimis makanan....
ada berapa juta jenis makanan...

pegawai jakun ni ada berapa ekor??....

larat ker nak pantauuu....

polis yg dikatakan ramai tu pun tak terkawal jenayah.....

setakat logo......sapa pun boleh buat...

kah kah kah kah kah kah ...

kah kah kah.. berkata...

ada blog halal....ada blog haram kah kah kah....jakun jakun....

Tanpa Nama berkata...

tanpanama 30 September 2011 8:19 AM

hahaha.. memanglah betul cara ko berpikir tu.. macam celaka saja..

seingat aku, MP area aku kerap suruh bagi idea kat dia apa projek boleh dibuat! jambantan, kurap jalan tar dan macam2 cibai lagi.. duit projek bila check, sudah diluluskan sekian2 tapi projek2 tak jalan2 jugak.. rupanya dia tunggu masa terbaek untuk runkan projek tu.. tengah kowtim projek dengan kuncu2 dia..

jambantan pun siap, macam celaka jambantan tu.. banjir sikik jer.. trus lingkup.. padahal bajet memang uata gila2 punyer.. yang buat pulak subcon kepada subcon..maincon batang hidung pun takdak..

kalo ikhtiar cara UMNO bangang tu, orang macam ko saja boleh ikhtiarkan..

sila betulkan pandangan anda berkenaan komunis.. ianya berasal dari perkataan community.. ideanya disebut communism.. dan rakyat yang berpegang kepada idea ini dipanggil komunis la.. jadi idea2 untuk milikan komuniti ini tidak lari banyak dengan sistem islam pada etikanya.. cuma unsur2 keagamaan islam tidak diterapkan didalam fahaman ini kerana ianya dicetuskan oleh orang bukan islam.

Tanpa Nama berkata...

gambar kelakar macik2 pun main spot toto..

http://4.bp.blogspot.com/_RJET_gY61Yk/S_t5IucQSeI/AAAAAAAAAMQ/z9PGvq1eERc/s1600/beratur+menunggu+kedai+sport+toto+dibuka.JPG

blog asal: http://pastamanequine.blogspot.com/2010_05_01_archive.html

m1amak berkata...

maknanye logo halal dari islamic council thailand singapore australia usa adalah tak pakai? rasanye mereka lebih bagus dr jakim. maknanye logo halal dari islamic council thailand singapore australia usa adalah tak pakai? rasanye mereka lebih bagus dr jakim.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah tentang agama, sila baca www.aididsafar.com-mental bondage

CucuTokAboh berkata...

Melayu islam saja nanti masuk syurga. Orang Islam di Siam, New Zealand, Australia semua masuk neraka sebab takde logo JAKIM hahahha