Ahad, 2 Oktober 2011

JEMPUTAN KE PRORGAM MELAWAN KERAJAAN




FORUM MAHASISWA DI DEWAN PERHIMPUNAN CHINA


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang merupakan sebuah koalasi beberapa gerakan mahasiswa diperingkat nasional dengan Forum Mahasiswa Untuk Negara
sukacitanya akan menganjurkan Forum Mahasiswa Untuk Negara seperti ketetapan berikut :

Tajuk Forum : SISTEM POLITIK MALAYSIA : TRANSFORMASI vs REFORMASI

Tarikh : 4 Oktober 2011
Hari : Selasa
Masa : 8.30 malam - 11.00 malam
Tempat : Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)


Ahli Panel :
1) Sdr. Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
2) Sdr. Muhammad Safwan Anang Talib; YDP Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
3) Sdr. Ahmad Fahmi Samsuddin; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Moderator : Sdr. Adam Adli; Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI.

Forum yang memfokuskan kepada sistem politik negara ini akan mengupas kepada beberapa subjek-subjek utama ke arah pembinaan negara yang lebih matang pada masa akan datang dan diharapkan supaya ia mampu memberi pendedahan rakyat Malaysia khususnya mahasiswa kepada struktur pembinaan negara yang utuh yang dapat menjamin kepada 'Good Governance' itu sendiri.

Selain itu, forum yang bertemakan 'Mahasiswa Untuk Negara' ini juga akan mengupas beberapa intipati Deklarasi Mahasiswa Malaysia yang telah dilancarkan dalam Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 3.0 pada minggu lalu terutamanya dalam konteks Politik iaitu 'Political Reform' yang akan diperjuangkan oleh mahasiswa.

Oleh yang demikian, saya mewakili gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan berbesar hatinya menjemput tuan/puan untuk hadir ke Forum Mahasiswa Untuk Negara seperti butiran yang telah dinyatakan di atas.

Forum anjuran SMM ini juga mendapat sokongan daripada :

1) Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
2) Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
3) Student & Youth Democratic Movement (DEMA)
4) Pro Mahasiswa Nasional (Pro M)
5) Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
6) Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
7) Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
8) Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
9) Sister In Movement (SIM)
10) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
11) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
12) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Untuk maklumat lanjut tentang forum, boleh ikut twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di @MahasiswaMsia

Sekian, terima kasih.
Solidariti Untuk Negara,



FORUM 7 OKTOBER DI SHAH ALAM









TAJUK : Malaysia SEjarah Yang Belum Selesai
TEMPAt: Hotel Quality Shah Alam
WAKTU : Jumaat Jam 8.00 malam



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejarah yang dipadamkan & amat perlu diperbetulkan dan diwawarkan...:kebaikan zaman teknologi mudah maklumat, bukan sekadar tahu guna teknologi maklumat tapi menapis maklumat yg diterima : maklumat terbaik : yg tepat,benar, authentic...Kerajaan bathil lagi penipu ni wajib djatuhkan!!

Beruk Ketawa berkata...

Tolong hantar FAX ini kejap,

From : Beruk Ketawa
To : Najib

" Dicadangkan Saifuddin Abdullah gantikan Muhyiddin Yasin sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Suruh Muhyidin Yasin jaga Kementerian 'Mat Sabu and the geng sahaja'...kah kah kah"

DX berkata...

transformasi vs reformasi vs revolusi