Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 11 November 2011

SATU LAGI BERITA NATO - NO ACTION TALK ONLY




NO ACTION TALK ONLY






PENGUNDI POS DI LEMBAH PANTAI NAIK 1,400 PERATUS – mkini

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).




NOTA:
orang ramai telah tentang penambahan undi hantu
orang ramai tahi tentang penambahan undi pos
rakyat telah selalu mendengar berita ini
mereka membaca berita penipuan kad pengenalan
mereka membaca kes pendatang asing
dapat kad pengenlan dan jadi warga segeera

orang ramai naiik muak
orang ramai sudah bosan
orang ramai nak muntah
dengan berita ini


kalau sudah tahu kena tipu
apakah tidak melawan?

persoalan:
apa yang wajib dilakukan
apa tindakan yang wajib diambil
atau hanya
NATO?


6 ulasan:

Non-Governmental Individual berkata...

ketua AMK harus berjoging!

Tanpa Nama berkata...

gua dah kata dulu lagi.
bersih 3.0 mana da...
pru13 dah dekat, masih nato lagi.
nurul izzah, jangan bising2.
tak guna. itulah kerja bn/umno.
gerakkan bersih 3.0 cepat.
jangan kl aje, seluruh negara.
kami anak2 muda, dah tak sabar ni.
nak minum air kimia dan hidu bom asap.

Tanpa Nama berkata...

no action talk only ..... no action talk kok only .... kahhhhh..k ahhhhh.... tepat sekali bro TT

Tanpa Nama berkata...

mana bersih 3.0 ni?????

apa tunggu lagi ni???

takut kene tangkap lagi ke?

masa dah suntuk ni!

Tanpa Nama berkata...

tuan tt

pemimpin pr ni bodoh jugak ye?. dah tahu kena tipu, bersorak jer. lawanlah bangang!

Tanpa Nama berkata...

Banyak ckp x guna...sekarang bagitau bila dan di mana....Insyallah, selagi nyawa dikandung badan, saya tetap turun berjuang bersama BERSIH 3.0