Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 11 November 2011

YANG PENTING MODAL BUKAN AGAMA




INI KERAJAAN PAKATAN DI KEDAH













KECEWA TINDAKAN KERAJAAN KEDAH
- meloya

ALOR SETAR 10 Nov. – Seluruh kariah Madrasah Sahiliah Kanchut, Jalan Tambang Badak dekat sini sebulat suara akan mempertahankan madrasah itu daripada dirobohkan walaupun notis mengosongkan bangunan daripada kerajaan negeri berakhir hari ini.
Pengerusi jawatankuasa madrasah, Ahmad Hamzah berkata, ahli kariah amat kecewa dengan tindakan kerajaan Pas Kedah yang membenarkan pengambilan tapak dan bangunan madrasah berstatus wakaf khas itu yang mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak agar satu perbincangan semula diadakan dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Jabatan Mufti negeri dan Pejabat Tanah Kota Setar berhubung status sebenar premis di atas tanah wakaf itu.

“Seluruh pemegang amanah dan kariah sangat kecewa kerana kerajaan negeri dan pemaju projek ini melanggar dan mengabaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah sendiri yang dikeluarkan pada 21 Jun 2010.

“Jadi kami semua ahli jawatankuasa nekad untuk mempertahankan madrasah ini supaya dikekalkan tanah wakaf khas berusia 100 tahun ini daripada diambil dan membantah sekerasnya bangunannya dirobohkan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Difahamkan, tapak madrasah seluas 0.08 hektar akan dibangunkan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob yang turut membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, pusat komersial, hotel dan kondominium.

Projek tersebut dikatakan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Bina Darulaman Berhad dan pemaju swasta.

Menurut Ahmad, pihaknya turut keliru dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 21 Jun lepas yang disifatkan membelakangkan pemegang amanah madrasah.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
apa maknanya ini?
sebuah madrasah yang berumur 100 tahun akan diruntuh
bukan kah ini sejarah dan warisan bangsa?

apa maknanya ini?
tanah ini untuk beri laluan kepada gedong membeli belah
tanah ini untuk buat kondo mewah

apa maknanya semua ini?

maknanya kapitalisma lebih kuat dari islam
maknanya lobi kaum pemodal boleh menundukkan islam
maknanya duit lebih berkuasa dari sejarah agama dan bangsa

apa yang berlaku ini cukup baik
apa yang berlaku ialah kuliah politikal ekonomi yang terbaik
apa yang berlaku ialah kuliah politik yang terbaik

dengan serta merta orang ramai akan faham
bahawa kaum pemodal lebih berkuasa
agama hanya memainkan peranan kecil

dengan ini segala heboh heboh tentang agama itu hanyalah retorik
yang asas ialah ekonomi
yang menjadi kemudi dunia ialah ekonomi
ekonomi adalah induk untuk kita dapat memahami
apa yang sedang berlaku sekarang

dalam kes ini ekonomi yang dimaksudkan ialah sistem ekonomi kapitalis
tidak ada booooook
tidak ada beeeeek


NOTA:
dalam sistem ekonomi kapitalis
apa boleh jual akan dijual
asalkan mendapat untung
ini hukum kapitalis

dalam sistem ekonomi sosialis
bukan keuntungan menjadi pedoman
tetapi kesejahteraan ramai



INI KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR


14 ulasan:

zul kg pulau berkata...

baguslah .. sekurang-kurangnya yg buat demo tu tak dibelasah polis ke samseng ke ..ada ruang utk berdemo dan lepas ni pegi le jumpa pihak berkenaan bincang cari penyelesaian..kemukakan bukti atau rasional masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

comacoma..
madrasah di malaysia ni kebanyakan didirikan ats tanah wakaf maka jgn nak dirampas sesuka hati, kesian kat org(simati) yg mewakafkan tanah tu...

MatSimpangKuala berkata...

..yang betoinya dlm Pejabat tanah ada org bekaih MB kedah yg dulu,dlm MAIK ada ustad UMporNo....

Tanpa Nama berkata...

surau tu kecik jer.. belakang bangunan kedai jadi agak terlindung. dah tu berapa kerat je jemaahnyer

Tanpa Nama berkata...

aik ustaz2 yg sama melenting marah puak gerombolan roboh masjid/surau, diorang roboh madrasah bole?

mana pejuang islam sekalian?

zul nordin pasti mengamuk ni... pejuang jihad la katakan...

cari-lah berkata...

ustaz azizan ni mmg anti dengan orang2 pro kebangkitan. ini lah perangai org anti revolusi. azizan ni pun dulu kakitangan kerajaan.... terbawa-bawa lah tu perangai umno dia.

Tanpa Nama berkata...

Kata Amerika akan benci kalau laksanakan Islam.

Habis tue, kenapa Arab Saudi yg potong tangan pencuri boleh jadi kawan rapat Amerika?

Kenapa Arab Saudi yg sebat penzina dan peminum arak boleh jadi sahabat sehati sejiwa Amerika?

Kenapa Arab Saudi yg potong kepala orang Murtad boleh jadi sanak saudara Amerika?

Esok lusa kalau Iran setuju labur duit minyak di Amerika, serta merta Amerika akan pergi peluk.

Esok lusa kalau Iran setuju tolong sokong Dollar Amerika, serta merta Amerika akan pergi cium.

Serta merta Ayatullah ayatullah jadi kawan dan saudara mara.

Amerika tak peduli la undang apa2 korang nak pakai. Nak jadi ditaktor boleh, nak jadi Ayatullah boleh, nak jadi Khalifah boleh, nak jadi Demokrat boleh.

Dia peduli apa.

Janji kepentingan pemodal mesti di pelihara.

Guna la otak sikit.

Tanpa Nama berkata...

tau ke citer sebenornye nie...jangan tt jadi utusan meloya sudahlah. tt memang ada agenda. apa saja peuang lekeh islam dia akan cepat kedepan. maklumlah sepupu marina pandi kutty.

Tanpa Nama berkata...

ko jangan layan meloya sangat la..

Tanpa Nama berkata...

Hisam, berhati-hati sikit buat ulasan, ada sebahagian agenda untuk jatuhkan kerajaan pakatan, jangan kau bersekongkol pula dengan agenda UM...Nooooooooo...

Tanpa Nama berkata...

kalo bukan taanah wakaf roboh jer lah.atau wat macam kuil hindu midvaley.comel kan?

Tanpa Nama berkata...

kalau tak tau cerita jgn ulas.. surau ni sebenarnya dah pun dijadikan bangunan komersial oleh jawatankuasa surau tu sendiri..tak percaya, pi check.

Tanpa Nama berkata...

Pergi mamposlah PAKATAN KALAU PERANGAI PUN MACAM BN...KITA TUMBANGKAN JE!!!!!!!! PADAN MUKA...KAH..KAH..KAH...

Tanpa Nama berkata...

bagi aku...kalau surau tu di roboh kan dan diganti jgak dgn surau yg lebih baik dan sesuai dgn peredaran masa..apa salah nya...kaasan tu akan di ambil semua termasuk kedai perabot tu...dan madrasah tu..nanti bila di bina bangunan dan di tapak tu jugak mesti lah di buat seperti Pusat Islam atau pusat dakwah..tak salah...takan bila bangunan moden di didrikan madrasah nak di biarkan dlm keadaan uzur...mestilah selari dgn rekabentuk dan persekitaran yg lebih moden dan akan lebih bermakna sebagai pusat dakwah....tak salah...cuma apa yg kita tgk sekarang ni terdapat segelintir pihak pihak yg mempolitikan perobohan madrasah tu...kalau nak tgk kjaan sekarang ni tak jaga Islam pun tak boleh jggak sbb dah byk negeri bn yg telah merobohkan masjid dan surau cth di terengganu masjid Bujal,di Bukit Katil melaka merobohkan surau dan pusat asuhan kanak kanak dan di zaman khir toyo merobohkan surau yg di gunakan oleh penduduk....so...roboh madrasah tu...bina yg lebih baik..