Jumaat, 16 Disember 2011

JANGAN MINTA BELAS KASEHAN - BANGUN DAN LAWAN




JADIKAN MOGOK SATU BUDAYA


tunjuk perasaan dan demonstrasi
kini telah menjadi darah daging kita
demo telah menjadi manifestasi politik kita

maka telah sampai masanya
kita melangkah ke hadapan
ke satu tahap yang lebih tersusun
dimana kaum buruh dan kaum pekerja
dapat meneruskan perjaungan mereka
melalui mogok

sejarah tanah melayu ini
penuh dengan perjuangan mogok kaum buruh
sejarah negara kita ini
ialah sejarah perjuangan kaum buruh
menuntut hak

mogok adalah senjata ampuh kaum buruh!


JADI MOGOK SATU BUDAYA

















JERMAN MOGOK- AKHIRNYA MENJADI REPUBLIK












ARAB MOGOK - AKHIRNYA RUNTUH REJIM MUBARAK


NOTA:
ini mogok besar di ghazal el-mahalla mesir
mogok tahun 2006 ini menuntut pembayatan upah
yang berpaatutan - ini mogok pekerja tektil mesir
yang membawa kejatuhan mubarak

tanpa sokongan kaum buruh
tidak mungkin berlaku
dataran tahrir

tanpa sokongan kaum buruh
tiadak akan berlaku
perubahan sosial


HIMPUNAN BESAR BESARAN BANTAH AKTA PEKERJA
- harakah daily

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Satu himpunan besar-besaran akan diadakan pada 25 Februari 2012 akan datang bagi mendesak kerajaan menarik balik pindaan Akta Pekerja 1955 yang dijangka diluluskan oleh Dewan Negara hari ini.

Himpunan yang disifatkan sebesar himpunan Bersih 2.0 itu bakal menghimpunkan seluruh kesatuan pekerja dan orang ramai untuk menyatakan bantahan mereka di Kula Lumpur.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani tindakan tersebut adalah sebagai kemuncak bantahan yang telah diadakan sebelum ini yang menyaksikan pihak kerajaan tidak berbuat apa-apa.

"25 Februari tahun hadapan adalah isyarat rakyat kepada kerajaan dan kita akan melancarkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, ia akan menjadi himpunan terbesar selepas BERSIH 2.0.

"Begini sahaja cara untuk kita melakukan desakan kepada rakyat sebelum ia direalisasikan pada kertas undi," katanya yang menyertai perhimpunan bantah Akta Kerja di hadapan Bangunan Parlimen hari ini .

Menurutnya, himpunan tersebut juga diadakan demi menyelamatkan generasi akan datang terhadap kedegilan kerajaan.

Kelulusan akta tersebut ujarnya hanya akan mewujudkan satu senario penjualan pekerja di mana semua pekerja akan berstatus kontrak yang boleh ditendang bila-bila masa oleh majikan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI BERITA BAIK.... kah kah kah...

kah kah kah...INI BERITA HANGAT.... kah kah kah..

kah kah kah.... ANAK SEMUA BANGSA WAJIB SOKONG.... kah kah kah...

kah kah kah.... ANAK MUDA SEMUA WAJIB TURUN....kah kah kah..

kah kah kah...INI MASA DEPAN NEGARA..... kah kah kah...

woit... INI GARIS POLITIK BAGUN MEMBELA NASIB SENDIRI....kah kah kah..

kah kah kah...TAK PAYAH MINTA TOLONG DARI ORANG LAIN ...kah kah kah..

woit...NAK GAJI MAHAL... LAWAN TUAN PUNYA SYARIKAT...kah kah kah kah...

woit...NAK OVERTIME... NAK CUTI SAKIT.... LAWAN MAJIKAN... LAWAN TUAN PUNYA KOMPENI...kah kah kah..

woit...TAK SUKA UNDANG UNDANG...LAWAN KERAJAAN.... kah kah kah

kah kah kah...DALAM DUNIA HARI INI...FESHEN TERBARU IALAH LAWAN KERAJAAN.... kah kah ah


NOTA:
bawa kembali mogok
sebagai politik kaum buruh



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lawan bos pastu kena tendang, kita ramai2 buat blog cam TT makan duit iklan nuffnang je boleh gak naik airasia holiday kat kuching.. mat sabu xpela buat2 demo buat2 mogok die ade bisnes sendri.. hangpa apa ada pas demo isnin g keja kilang balik... xkan xbagi anak bini kekah canister amik kat demo tu kot

suara seniman berkata...

Most people who are in politics are in it because of their lust for power -- be it the ruling party or the opposition. They are not in politics for the sake of change or to serve the people. Most times, serving the people is the last thing on their minds. It’s all about their lust for power and the pursuit of power. And that is why it is very difficult to comprehend the actions of politicians, even those in the opposition.

Acek Marhaen berkata...

macam mana dengan bersih 3.0 adakah akan diadakan? aku ada dengar akan diadakan pada awal februari 2012, tapi kenapa sampai sekarang masih belum ada pengumuman secara rasmi? harap tukar tiub dapat menjelaskan kekeliruan ini. ramai anak muda sedang menunggu besih 3.o....

Tanpa Nama berkata...

Gua ada cdgn mcm mana nak ajar gerombolan dlm isu ini:

1. Jgn berkawan dgn anak2 org kaya, anak2 bisnesmen dari gerombolan. Putuskan hubungan dgn mereka.

2.Apa kata siapa2 pekerja yg berkapel dgn anak2 org kaya gerombolan, kalian putuskan hubungan dgn mereka. Clash dgn mereka utk menyeksa emosi mereka. Demi solidariti bersama kaum pekerja, aku telah putuskan hubungan dgn awek aku, betina anak org UMNO. Aku xkan pandang muka dia lagi.

3.Kalau lebih berani, Siapa2 bekas pekerja dan yg pernah jadi miskin, yg sedang bertunang atau dah kahwin dgn anak org kaya, putuskan pertunangan dgn mereka. Hahaha! takde guna bekawin dgn musuh2 ini.

Amacam, ada bran??

Tanpa Nama berkata...

Bila Rakyat atau sebahagian rakyat menuntut Hak mereka ahli politik yg " in it for the lust of power" x peduli, mcm2 boleh jadi. Takut berdemo Krn kemungkinan kena buang kerja, sedangkan yg di perjuangkan adalah utk mengelakkan mudah dibuang kerja, rasanya lebih baik pilihan mereka yg nk turun berdemo. Pikiaq la ckit. X yah retorik. Semua dah "educated"

Tanpa Nama berkata...

sokongggggggggg...pasti turun...kita berdemo lagi!!!

Batu Tepi Jalan berkata...

Hidup kaum buruh!

http://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/felda-adalah-milik-peneroka-bukan.html

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam pun kena turun...jangan jadi bangang mcm amno