Sabtu, 10 Disember 2011

KENYATAAN MAHASISWA





INI TUGAS SUCI PERJUANGAN ANAK MUDA













“MAHASISWA KECEWA PROGRAM DEBAT MAHASISWA DI UM DIGANGGU PIHAK KESELAMATAN ATAS ARAHAN HEP.”


Program debat Mahasiswa di Universiti Malaya yang diadakan pada 9 Disember yang berkisar tentang AUKU dan Autonomi Mahasiswa berjalan lancar pada awalnya sehingga beberapa pengawal keselamatan dan “Special Branch” di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar menyerbu masuk ke dewan tempat berlangsungnya debat.

Debat anjuran bersama Aksi Mahasiswa Peduli ( AKSI) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) ini mendapat respon yang baik daripada Mahasiswa sekitar Lembah Klang.Diberitakan 300 orang Mahasiswa/i turun padang bagi menyokong debat tersebut.

Namun begitu , mahasiswa begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan “special branch” ketika debat diantara Ahmad Shukri Che’ Ab. Razab (Mantan Aktivis Pro-M) serta Syamsul Salleh ( Mantan YDP MPP UPM) sedang rancak berjalan pada pusingan kedua. Beberapa Pengawal Keselamatan dan “special branch” telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera. Ketika itu juga , lampu telah ditutup beberapa kali namun pengajur masih meneruskan debat sehingga memaksa YDP MPMUM Mohd Syahid untuk keluar berunding. Setelah rundingan dilakukan beberapa minit ,akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM , Datuk Rohana Yusof.

KAMI di pihak Mahasiswa ingin mempersoalkan apakah rasionalisasi bagi gangguan tersebut ? Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM bertindak seolah – olah Mahasiswa sedang melakukan sesuatu yang mengacam keselamatan kampus sedangkan perdebatan sihat ini bersifat ilmiah. Tindakan ini kami kira sesuatu yang tidak relevan malah bakal melahirkan lebih ramai graduan yang lemah serta menyemarakkan api “bebalisme” dalam kalangan Mahasiswa. Mahasiswa lihat bahawa kebebasan akademik dalam negara ini masih berada di tahap paling corot. Apa yang mereka takutkan sebenarnya ?

Mahasiswa sudah mulai bosan dengan karenah birokrasi pihak HEP yang mengekang program ilmiah yang diadakan oleh Mahasiswa. Mahasiswa bukan pelajar sekolah , lagi disekat lagi memberontak. Jadi , kami kira HEP sudah tidak relevan dan harus dimansuh. Apakah maknanya memegang gelaran Mahasiswa tetapi masih perlu mengikut telunjuk dan menjadi “yes man” sahaja ?

Dalam debat sebentar tadi ,Ahmad Shukri Che Ab. Razab dalam hujahnya membuat kesimpulan bahawa Pro Mahasiswa berpegang pada prinsip bahawa AUKU perlu dimansuhkan secara holistik dan autonomi kebebasaan di universiti diberikan disamping menuntut supaya Minggu Haluan Siswa dikembalikan nafasnya seperti zaman sebelum terciptanya AUKU iaitu melibatkan politik kampus dan kebebasan autonomi universiti. Sementara itu , Syamsul Salleh di perwakilan aspirasi tidak bersetuju dengan pemansuhan AUKU disebabkan politik yang dianggapnya kotor ketika ini akan menular dalam kalangan Mahasiswa.Namun begitu , beliau menyokong penuh dengan pindaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Bagi KAMI pindaan sahaja tidak mencukupi untuk mengembalikan zaman kegemilangan universiti. KAMI rasa pihak HEP UM perlu selak semula Sejarah UM itu sendiri di mana program program yang bersifat Mahasiswa bebas dijalankan di dalam kampus suatu ketika dahulu itulah menjadi punca kejayaan universiti Malaya.

Selain itu , mahasiswa juga menuntut supaya dikembalikan kesatuan pelajar ( Student Union ) bagi memimpin Mahasiswa dan bukannya di bawah telunjuk HEP. Oleh itu , Mahasiswa berpegang teguh dengan prinsip bagi memansuhkan AUKU secepat mungkin bagi membebaskan cengkaman dan mengembalikan “roh” universiti itu sendiri.

KHAIRUL NAIM ( 0132041667)
SETIAUSAHA AGUNG,
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)




INI MUSUH ANAK MUDA



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok nye 2-3 org mahasiswa y dtg cto bwk lastik ngn guli..y den x than to siap men lampu.. bangang acm PM kito..kak MAH

Lang berkata...

inilah yg tt katakan proses bonsification....

membantutkan minda mahasiswa...
melahirkan graduan kangkung...
mencipta tentera2 bodek...

Tanpa Nama berkata...

Off topic : di uni utara Malays ia, jika pekerjanya ingin markah SKT tinggi sikit ,kena masuk club umngok. Klu masuk pembangkang ,kena buang kerja la. Mana pergi demokrasi? Monyet umngok kata sbb umngok yg buat universiti ni. Lembu btl

Tanpa Nama berkata...

Pegi mampus la ameno!! FUCK!!FUCK!
FUCK!!FUCK!FUCK!!FUCK!FUCK!!FUCK!

Tanpa Nama berkata...

UM penuh dengan kaki ampu bodek, dari Prof ke Ketua Jabatan, ke Dekan, ke Timbalan NC. NCnya bernama Jasmon anak Jawa tu lagi kaki PEMBODEK nombor satu. Kaki PENJILAT.Itulah sebabanya UM dah tak ada quality!!