Khamis, 15 Disember 2011

MALAM INI PELANCARAN ABU DI TAMAN MELEWAR




PELANCARAN ABU DI PULAU PINANG















SIDANG MEDIA PELANCARAN ABU DI PULAU PINANG


Tempat: George Town Coffee House, KOMTAR Walk, P.Pinang
Masa : 11.30pg

1. Wakil PRM - Dr Rohana
2. Wakil SAMM - Sdr Aidilfitri Ibrahim / Sdr Ziezullhakim Zainol / Sdr Azhar Noordin / Azrizal Tahir
3. Wakil AMK Negeri - Sdr Amir Ghazali Kt AMK Negeri / Sdr Rizal Hamid Kt Penerangan AMK PP
4. Wakil Pemuda PAS - Sdr Ust Yusni bin Md Piah (Wakil)
5. Wakil DAPsy - YB Yeoh Soo Pin ( Peng DAPsy Penang)
6. Wakil AMK B.Baru - Sdr Shaari Md Salleh
7. Wakil Suaram - Sdr Ong Jien Cheng
8. Wakil PSM - Sdr Lee Choon Khai
9. Wakil Jingga 13 Penang - Zainulfaqar Yaacob
10. Wakil JIM - Tuan Haji Taufek ( AJK JIM PP)
11. Wakil KERABAT - Sdr Azizan ( Jawatankuasa KERABAT Pulau Pinang) (Per Bekas Perajurit)
12. Wakil Per Ibu Tunggal - Pn Latifah Hussainsa (Pengerusi Per Ibu tunggal Pulau Pinang Barat Daya
13. Wakil WATAMI - Cik Sabariah (AJK WATAMI) Pulau Pinang
14. Wakil Unit Ehsan - Zulkarnanin Md Ali (Penyelaras UE Penang)

MENGAPA ASALKAN BUKAN UMNO?

Pulau Pinang dijadikan sasaran paling utama untuk Umno melampiaskan politik perkauman. Ketua Menteri P.Pinang juga sering menjadi mangsa serangan perkauman oleh Umno kononnya meminggirkan melayu walaupun pada hakikatnya statistik terbaru menunjukkan Kerajaan P.Pinang sebenarnya lebih banyak mengagihkan projek dan tender terbuka kepada bumiputra.

Perkauman sempit yang dimainkan oleh Umno dengan cubaan melaga-lagakan keharmonian rakyat di Pulau Pinang jelas memberi gambaran betapa Umno tiada cara untuk meraih perhatian rakyat melainkan dengan dendangan perkauman. Adalah menjadi kelebihan buat Umno jika berlaku ketegangan kaum di Pulau Pinang, tetapi bagi rakyat ianya mengundang rasa tidak selamat jika taktik perkauman sempit ini terus tidak dibendung.

Umno juga telah menyalahguna anak muda di Pulau Pinang untuk politiknya. Anak-anak muda ini diupah untuk membuat kacau dalam beberapa himpunan memburuk-burukkan Pulau Pinang, lantas mengambil kesempatan memberi gambaran buruk ke seluruh negara di atas penguasaan media yang dimiliki Umno.

Semua gabungan yang menyokong ABU di Pulau Pinang menyatakan sokongan dan sedia untuk bersama dalam menjayakan Rapat Rakyat ABU pada 15 Disember di Dataran Markas PAS Taman Melewar.


PELANCARAN ABU DI JOHOR



PELANCARAN ABU DI JOHOR


Tempat: Kelab Persatuan Wartwan, 11, Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya.
Masa: 2.30pm

Kehadiran

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Johor)
PRM Johor
PSM Johor
Wakil Keadilan

MENGAPA ASALKAN BUKAN UMNO?

JOHOR BAHRU: Seperti yang dirancangkan hari ini, serentak di seluruh negara telah dilancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU). Di negeri Johor, sidang media pelancaran ABU ini telah diadakan pada jam 2.30 petang di Kelab Persatuan Wartwan, 11, Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya.

Antara NGO yang hadir petang tadi adalah daripada 7 komrad SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) yang diketuai Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail, SU PRM (Parti Rakyat Malaysia) Johor Mohd Salleh Haji Ahmad, Tim. Peng. PRM Negeri S.K Song dan wakil PKR En Tan. Gerakan Rakyat ‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ini ditubuhkan bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Sdr Ahmad Anwar menyentuh isu-isu masalah yang dirasai oleh rakyat Johor di bawah pemerintahan kerajaan negeri yang ditunjangi oleh parti Umno antaranya seperti masalah kos sara hidup yang tinggi, harga pemilikan rumah yang tidak mampu dimiliki oleh warga Johor sendiri terutama di kawasan bandar Johor Bahru, masalah harga air yang tinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain, serta masalah pemilikan tanah.

Pada sidang media yang sama, Sdr Ahmad Anwar turut mengecam amalan politik sempit dan samseng oleh Umno apabila mengelurkan satu kenyataan berbaur ugutan akan berlakunya kekacauan di atas program ceramah anjuran PR yang melibatkan Mohamad Sabu di Muar yang dirancang akan berlangsung pada 11 Disember ini seperti yang dikeluarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Sedangkan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Umno sepatutnya menghormati kebebasan program-program yang dianjurkan oleh parti lain, malah PR Muar telah memohon permit Polis dan mengikut saluran-saluran yang betul untuk anjuran program ini.

ABU akan meneruskan program dari semasa ke semasa bagi memastikan Malaysia diperintah oleh parti yang menawarkan pentadbiran lebih baik. S.K Song turut mengumumkan bahawa pelancaran ABU dan forum peringkat kebangsaan akan diadakan pada 15 Disember ini di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak.

Sidang media pelancaran ABU yang sama turut berlangsung di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak kerana aktivis ABU dihalang dari memasuki kedua-dua negeri itu.

Antara yang menyertai ABU ketika ini termasuklah golongan mahasiswa, pekerja, petani, nelayan, pelbagai segmen NGO, parti pembangkang, golongan profesional, karyawan, mat rempit, penganggur dan kumpulan masyarakat yang tertindas di bawah pentadbiran Umno selama ini.





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah..walaupun samseng manapun orang cina atau india, masuklah kongsi gelap mana sekalipun, mereka tetap menghormati keberadaan orang melayu di tanah malaya ini...tak boleh buat samseng sembarangan.. sekadar samseng semasa merompak, itu tak kira bangsa la.. ini asyik2 orang melayu sahaja yang nampak baik dan dipergunakan (sebenarnya dipergunakan UMNO je).. hantunya ialah orang cina.. kelakarlah idea gerombolan ni..

sbb tu gua tak heran cina atau india yang kaya... bisnes mereka berjaya kerana disokong oleh orang melayu rata2nya, cakap saja bisnes apa, MAXIS? ASTRO? MLM ZHULIAN? MLM ELKEN? GENTING? LUMBA KUDA? 1+3D? MAGNUM? PERKHIDMATAN BAS? CARLSBERG? GUINESS? .. tanpa orang melayu, tiada makna kekayaan yang mereka ada.. kekayaan mereka akan susut keranan orang melayu..

nak tanya sikik.. berapa kerat sangat cina yang kaya? berapa keratkah india yang kaya? berapa keratkah melayu yang kaya? jangan jadi bodoh dan teruskan kebangangn kita.. mereka2 ini semua hanya 1% sahaja.. 99% lagi adalah kita semua.. sebab itulah "OCCUPY" PUNYER KEMPEN TELAH DATANG!!!

Kaya mana sekalipun, berkuasa sehebat mana sekalipun.. bahagilah sama kat 99% manusia lagi.. jangan kita juga yang asyik2 bodoh menyokong yang 1% manusia tu terus membolot kekayaan negara..

Bisnes Melayu tanpa Cina dan India? haha.. tak akan kemana punyer.. lihatlah bisnes halal lagi halalan toyyiban.. HPA? KOHILAL? dan banyak lagi koperasi2.. semuanya sudah mau bungkus..

Susah nak explain bende ni.. cuma banyaknya dimanipulasi UMNO jer.. sbb media dia kawal, semunya asyik bitau dia jer yang betul, benar dan soheh!! kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

UMNO memerintah kerana parti itu di redhai dan di restui oleh Allah swt. Pemimpin-pemimpin UMNO kaya kerana Allah swt memberi rezeki melimpah ruah berkat perjuangan mereka. Orang-orang yang menentang UMNO engkar kepada kehendak Allah swt.

ularmamakkutty berkata...

kita jangan jadi tuhan...masa bila Allah SWT redha restu mana2 parti.. jangan jadi firaun mengaku tuhan...yang rembat kekayaan tu, bila masa tuhan sahkan rezeki?...jangan ingat semua tu rezeki...tuhan saja yang tentukan rezeki ke tak...jadi jangan nak jadi tuhan...nanti kamu syirik..

Tanpa Nama berkata...

ada jugak pakai baju batik pergi pelancaran abu.