Memaparkan catatan dengan label bila jeanne bula mulut negara pecah perut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bila jeanne bula mulut negara pecah perut. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mei 2012

MAK TAKUTLAH ADA 20 RIBU JANTAN YANG BERDEMO




SAHEH - INI BUKTINYA





HANYA 22,270 SERTAI BERSIH 3.0 DI IBU NEGARA :RAIS
- meloya

KUALA LUMPUR 21 Mei - Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Rais Yatim hari ini.

Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.

"Jumlahnya 22,270, tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.

"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: “Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.

"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... MAK TAK SANGKA RAMAI NYA ORANG BERDEMO.... kah kah kah..

kah kah kah...MAK TAK SANGKA ADA 20 RIBU LEBIH....m kah kah kah...

kkah kah kah... MAK INGAT DUA TIGA RATUS AJE.... kah kah kah

kah kah kah ...MAK TAKUT LAAA NYAH.... GERAM MAK...kah kah kah....

kah kah kah...NI LEBIH DARI 20 RIBU.... kah kah kah..

kah kah kah...VERY DE VERY... MAK TAKUT LAAA NYAH.... kah kah kah...

kah kah kah....LAIN KALI MAK NAK KIRA JANTAN JANTAN NI SEMUA... kah kah kah..

kah kah kah...MAK NAK KIRA BERAPA AMAH INDON YANG BERDEMO SAMA?.. kah kah kah..


untuk mengelakkan dari merogol amah sial dengar rabu:






Sabtu, 5 Mei 2012

LAGI RAKYAT BANGUN BERDEMO - KALI INI DI JOHOR



KOMENTAR TUKAR TIUB


siapa cukong yang akan dapat tanah ini?
bagimana cukong daoat tanah?
bagiamana orang kampong hilang tanah?

bagaimana cukong kerjasama dengan raja gopal rompak tanah
bagaimana cukong jadikan gerombolan barua untuk rompak tanah

ajenda tanah ini cukup popular
ajenda tanah ini adalah ajenda yang akan merebak
ajenda tanah ini kalau di urut dengan rapi
akan menjamin keruntuhan gerombolan



SIAPA CUKONG INI?







HIMPUNAN TANAH RAKYAT DI JOHOR
-harakah daily

Hari ini 5 Mei bakal mencipta sejarah. Dijangkakan 30 ribu rakyat, bermula jam 1.45 tenghari; bakal membanjiri Dataran Plaza Angsana Johor Bharu. Kehangatan Himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri 250,000 rakyat akan bersambung ke Negeri Johor; kubu terkuat Barisan Nasional.

Isu Pulau Batu Putih, Penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia, penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, masadepan Penduduk Pengerang disebabkan projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia, perampasan tanah rakyat, perobohan rumah Peneroka Bandar dan siri-siri kezaliman terhadap rakyat bakal dizahirkan dalam himpunan terbesar di Selatan tanahair.

Suara rakyat adalah suara keramat. Terlalu lama rakyat bersabar. Tangisan dan derita rakyat tidak dipeduli kerajaan BN yang terus2an merampas tanah rakyat. Sudah kering air mata rakyat. Laporan Polis sudah, hantar memorandum pun sudah. Apa kesudahannya?

Berkorban rakyat hingga ke Parlimen dan Putrajaya mencari pemimpin mereka. Tiada yang sudi bertemu muka.

Mana janji pemimpin BN, apa yang telah dilakukan oleh Wakil Rakyat mereka?

Kini, Plaza Angsana akan menerima ' tetamu yang paling ramai'. Selamat Datang kepada pencinta kebenaran dan teman-teman seluruh negara. Kita tamatkan keangkuhan dan kesombongan Kerajaan BN di Johor.

Ini perhimpunan Aman. Kita bukan nak bermusuh dengan polis. Kita mahu beri isyarat kepada Kerajaan BN. Selesaikan segera masalah rakyat....atau Kerajaan BN bakal berkubur selepas PRU 13!


NOTA:
radio bangsar utama
akan membuat laporan tentang
perhimpunan di plaza angsana


Rabu, 2 Mei 2012

BERITA SEDIH - HANYA ORANG TUA YANG DATANG BERSIH 3.0




INI GAMBAR DEMO ORANG TUA







NOTA:
kesian bersih 3.0
hanya orang tua tua
yang turun berdemo

kesian bersih 3.0
anak muda tak ramai datang
kalau datang pun kerana d upah

kesian bersih 3.0
dua tiga kerat
anak muda yang datang semua
kena taja kah kah kah





PENYERTAAN BELIA DALAM BERSIH 3.0 BUKAN GAMBARAN SOKONGAN MEREKA MEROSOT
- mStar

KEMAMAN: Penyertaan belia dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu bukanlah menggambarkan kemerosotan sokongan belia terhadap kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek.

Jelasnya, ramai daripada belia terbabit ditaja oleh pihak pembangkang yang mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan, malah lebih memburukkan keadaan apabila mereka hanya bertindak mengikut perasaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Jumlah belia yang terlibat hanya dalam jumlah yang kecil. Saya percaya majoriti belia faham apa yang berlaku sebenarnya hanya disebabkan agenda politik pembangkang.

"Majoriti belia tidak sukakan rusuhan, namun segelintir orang muda ini tanpaberfikir (panjang) dengan darah panas (menyebabkan mereka) mudah diracuni dandihasut oleh puak pembangkang," katanya.

Beliau turut kesal dengan tindakan ibu bapa yang membawa anak kecil ke perhimpunan haram itu kerana perhimpunan yang berkaitan keganasan tidak sewajarnya didedahkan kepada mereka.

"Belia yang datang ke perhimpunan itu pun sebab mereka ditaja. Buktinya banyak kita boleh dapat dari youtube, blog dan laman web yang mendedahkan perkara sebenar.

"Penganjur perhimpunan haram perlu bertanggungjawab dan tidak boleh 'lempar batu sembunyi tangan' dengan didikan mereka yang menggalakkan golongan muda memberontak," katanya. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... BIJAK MAT BUIH INI... BERBUIH BUIH BERCAKAP.... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG BETUL BERSIH MENAJA RAMAI ORANG TURUN...kah kah jkah..

kah kah kah...TAJAAN BERSIH CUKUP SENANG... kah kah kah..

kah kah kah..HANYA BERITA THU MASA...TARIKh...TEMPAT?.... kah jkah kah..

kah kah kah...HANYA BERITAHU... BILA ..JAM BERAPA ... DIMANA?...kah kah kah..\

kah kah kah...TAK PERLU PENYANYI DARI KOREA.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK PERLU BAJU BAJU T PERKUMA.... kah kah kah..


hanya anak muda yang cool mendengar rabu:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/




Khamis, 19 April 2012

TUKAT TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS



3 BUAH KHEMAH TERUS BERTAHAN

berita terkini
lebih dari 30 orang
anak muda dan mahasiswa
masih bertahan walau pun telah diserang


tiga khemah masih terpasang
suasana am,an dan tenang


PENGUMUMAN
anak muda akan mengadakan didang akhbar
pada jam 11.00 pagi

PERMINTAAN
anak anak muda
meminta oarang ramai datang
meminta anak anak muda datang
meminta orang yang baik hati
menderma khemah lagi


TUNTUTAN ANAK MUDA




KENYATAAN SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA


Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.

Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan.

Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.

Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.

Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.

Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.

Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.

SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.

Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yangs emakin hilang rasional mereka.

SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama , Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.

Terima kaseh.

Ahad, 15 April 2012

TER NOW - TER KINI DARI DATARAN MERDEKA





BERITA BARU MASUK JAM 5.03


dua khemas telah dirampas.

telah berlaku bergelutan dashat

seorang pelajar telah ditunbuk


ANAK MUDA SEDANG BERTAHAN



Khamis, 29 Mac 2012

SAHEH - INI BUKTI ZIONIS TEMPATAN





TIDAK ADA JALAN LAIN







KETERLIBATAN KERAJAAN MALAYSIA MERAYU KEPADA BADAN ISRAEL UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN PENGANJURAN PERSIDANGAN GAS DUNIA


KEADILAN mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Hubungan tidak rasmi di antara Umno dan kerajaan atau badan-badan Israel bukanlah perkara baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis surat kepada 3 orang Perdana Menteri Israel yang berasingan menyatakan hasrat beliau yang mewakili Umno untuk menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan Israel. Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO yang diketuai tokoh-tokoh yang rapat dengan Israel mengesahkan lagi wujudnya hubungan baik di antara Umno dan Israel.

Malah, sikap ini turut menular di dalam dasar luar negara seperti yang ditentukan oleh Wisma Putra.

Hari ini, KEADILAN akan membongkarkan bagaimana Umno dan pimpinannya mengambil sikap berbaik-baik malah memohon bantuan dari Israel, walaupun secara rasminya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Bermula 4 hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.

Penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh negara-negara seperti Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain.

KEADILAN boleh mengesahkan bahawa semasa Malaysia melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan persidangan ini dalam tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel untuk menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah. Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China.

Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Mahathir. Malah, KEADILAN mempunyai bukti bahawa Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan dari Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini.

Bersama-sama ini disertakan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.

Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel.

KEADILAN mendesak penjelasan dari Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad mengenai pendirian yang telah diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel, kerana ini bertentangan dengan solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan rakyat Palestin.

KEADILAN akan terus menyiarkan dokumen-dokumen dan surat-menyurat bagi membuktikan bagaimana pimpinan Umno terlibat secara langsung di dalam perkara ini.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
29 MAC 2012



ESOK KE PUTRA JAYA

Isnin, 19 Mac 2012

SIAPA UPAH SIRUL DAN SIAPA UPAH AZILAH



KOMENTAR

ini kes paling baik
untuk rakyat malaysia

sebelum pilihanraya
rakyat malaysia akan tahu
siapa sebenarnya najib razak ini

semua pembaca tukar tiub
akan gumbiraaaa kah kah kah
untuk sekian lama siapa bunuh altantuya ditutup
kini kes ini terbongeng di kota paris

NOTA:
patutlah razak baginda tak keluar negara lagi
patutlaha najib razak hanya beranai jumpa doktor di perth
kah kah kah


SIAPA DIA JANTAN KETIGA?




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...AKHIRNYA TERBONGGENG.... kah kah kah..

kah kah kah..SEMUA AKAN DI KETAHUI... kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA JANTAN KE TIGA YANG TERBANG BERSAMA ALTANTUYA.... kah kah kah

KOMENTAR
akhirnya undang undang negara kapir
yang membantu negara islam

akhirnya hakim yang makan babi
yang buka kan kes pembunuhan ini

akhirnya hakim yang minum arak
yang buka kan kes rasuah ini

hakim di negara islam
hanya tunggng tunggit
sampai hitam dahi gaha ke simim
tapi tak berani sissat kes bunuh dan rasuah


SUARAM AKAN DIBERI AKSES KERTAS SIASATN SCORPENE - mkini

Kumpulan hak asasi manusia Suaram, yang memfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia, akan diberi akses kepada kertas siasatan pendakwaraya dalam dua minggu lagi.

Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata meskipun NGO itu tidak menaruh banyak harapan, namun akhirnya selepas "menunggu dengan penuh debaran" selama dua tahun sistem kehakiman di Perancis akan mendengar kes itu.

"Kami saksikan dengan tidak percaya, bagaimana pejabat pendakwa mula membongkar maklumat lanjut mengenai komisen yang dibayar itu, invois perjalanan dan bayaran lain yang dibuat," katanya pada sidang akhbar semalam.







Rabu, 14 Mac 2012

KALAU GUNAKAN SARKOT - TRAJEDI BAYI MATI TIDAK AKAN BERLAKU





DENGAR LAGU INI DULU - KEKASIH DAN CINTA










KOMENTAR TUKAR TIUB

jika kita tidak hendak mendapat demam malaria
kita memakai kelambu
kita guna ubat nyamuk
kita asapkan rumah

kenapa susah sangat untuk menerima hakikat
untuk menghindarkan bayi dari mati bergelempangan
sarkot, kondom, stokin, baju hujan, topi peranchis adalah jawapan

kenapa tidak mahu terima hakikat
bahawa entot itu seronok
tetapi jika salah entot
akan membawa masalah

jika mengentot tanpa kondom
besar kemungkinan bayi akan muncul
dalam perut anak gadis
jika mereka belum nikah
jika mereka belum jadi suami isteri
masalah akan muncul

jawapan bukan bila bayi lahir
bayi dibunuh
bayi dibuang

jawabnya sebelum hujan sediakan payung!





BERSARKOT SEBELUM MENYELAM






MENGAKU CAMPAK BAYI DARI TINGKAT DUA FLET – berita hairan

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dekat sini, semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya, Oktober tahun lalu.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lalu.


Mahkamah turut memerintahkan wanita berkenaan dipenjara lima bulan lagi, sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.

Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. – TIEWNAMA



BAYI BARU LAHIR DIJUMPAI DI TEPI BANGUNAN DI TAWAU - berita hairan


TAWAU: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dijumpai di tepi bangunan milik sebuah syarikat swasta di Jalan Tanjung Batu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, berkata bayi yang dibungkus menggunakan kain batik dan ditinggalkan di tepi bangunan berkenaan dijumpai seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas kira-kira jam 5.05 pagi.

"Ketika mendekati bungkusan itu, dia mendengar suara tangisan bayi lalu terus menghubungi polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, bayi yang cukup sifat berkenaan kini ditempatkan sementara di Hospital Tawau untuk tujuan pemantauan.


Beliau meminta pengusaha klinik yang didatangi wanita yang baru melahirkan bayi dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi itu supaya menghubungi Rakan Cop di talian 089-772121 atau terus kepada Inspektor Nur Intan Jamri, di talian 019-8416591.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -TIEWNAMA





Isnin, 27 Februari 2012

YANG MAKAN BABI PUN TAHU




NOTA:

lihat dan dengar
dari mamat ini

mamat iniseorang mat saleh
dia makan babi
dia minum arak
dia tak sembahyang
dia berjubur

tetapi

mat saleh ini tahu apa salah
mat saleh ini tahu benar


berbanding dengan
najib yang tunggang tunggit pagio petang
berzikr dan berzakar
yang berbuih mulutberdoa
yang berbuih mulut menyebat nama allah

tetapi

tak tahu apa salah
tah tahu apa benar


NOTA:
siapa bunuh perempuan mongolia?



Sabtu, 14 Januari 2012

PARTI PUNDEK PUNDEK





PUNDEK PUNDEK PUNDEK







SAMAN : KAYVEAS BERDEPAN KEMUNGKINAN BANKRAP – harakah daily

KUALA LUMPUR, 13 Jan:Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng hari ini mendedahkan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M Kayveas sedang berdepan kemungkinan jatuh bankrap.

Beliau berkata, Kayveas dan isterinya,Blanche O' Leary pernah disaman oleh sebuah syarikat kontraktor, Peninsular Concord Sdn Bhd pada tahun 1997 kerana gagal membayar ganti rugi bernilai RM470,000 kepada syarikat tersebut.

"Pada 1 Februari 1997 Peninsular Concord bayar RM470,000 kepada Kayveas dan isteri sebagai 'stakeholder' untuk satu projek.

"Tapi projek itu terbengkalai dan Peninsular minta balik duit tersebut tapi kayveas enggan bayar balik," kata beliau pada sidang media di pejabat khidmat masyarakat Parlimen Segambut, hari ini.

Pada 28 Julai tahun lalu, mahkamah memutuskan Kayveas mesti membayar balik wang tersebut berserta interest dan tiada perintah mahkamah menyebut kes ini ditangguh.

Walaupun Kayveas dan isteri mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan, namun kes ini masih dalam perbicaraan.

"Kayveas kena bayar balik walaupun telah failkan rayuan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...PUNDEK PUNDEK PUNDEK INI KAKI KLENTONG....klah kah kah kah

kah kah kah...INI SAMA MACAM KES HASAN ALI...kah kah kah

kah kah kah... INI SAMA MACAM ZUL BISUL.. kah kah kah...

kah kah kah...KES HUTANG TAK BAYAR.... kah kah kah




Sabtu, 10 Disember 2011

BANGUN DAN LAWAN - LAWAN SAMPAI MENANG














KENYATAAN UNTUK KOMRAD SAMM
9 DISEMBER 2011

Salam komrad!

Syukur Alhamdulillah, hari ini tanggal 9 Disember kita berjaya mencipta sejarah kecil yang bakal menjurus kepada sejarah lebih besar. Resam anak muda mencipta sejarah, itulah yang kita lakukan hari ini - mencipta sejarah!

Cetusan gerakan massa yang berjaya dengan cemerlang hari ini akan diteruskan lagi tanpa menoleh ke belakang. Hancurkan Umno bukan matlamat peribadi, menumbangkan Umno dari jasad pemerintahan negara adalah satu tuntutan muktamad setelah puluhan tahun kesabaran 'terancang' yang menyelubungi anak muda dengan doktrin dan ugutan betapa kononnya tanpa Umno negara musnah, sedangkan Umno itulah pemusnah bangsa dan agama.

Acap kali kita berbicara tentang bagaimanakah cara untuk merubah sistem sedia ada, demi kehidupan yang lebih baik. Namun kali ini kita bukan sekadar berbicara kosong, tetapi telah sama-sama berusaha keras untuk melaksanakan satu gerakan penting dari seluruh pelusuk negara - membebaskan tanahair dari cengkaman pemerintah legasi penjajah! Sistem korupsi ini hanya boleh diubah setelah tumbangnya Umno!

ABU adalah jawapan, ABU adalah jalan penyelesaian, Ayuh selesaikan UMNO!!

Ingat, anak muda harus turun ke medan pertembungan tanpa memilih apa jua alasan. Anak muda menjengah massa mencari ruang menyertai perlawanan, bukan menyusut di sebalik tembok, billboard mahupun kain rentang, apalagi melarikan diri ke jalan raja laut ketika anak muda lain sedang berperang. Anak muda menolak perilaku berbaju batik mengejar ke'YB'an.

Apa yang berlaku dalam sidang media di Melaka petang tadi tidak kita sesalkan. Biarlah puak yang bertindak mengunci bilik gerakan yang sepatutnya menjadi venue sidang media bagi negeri Melaka, hanya kerana nama pejabat keADILan. Sidang media di Melaka tetap berlangsung walaupun pejabat itu dikunci secara mengejut. Biarlah habuk terus menjadi habuk, yang berbatik biarlah terus berbatik, yang mahu jadi YB juga sila teruskan, jangan pula ponteng parlimen jika dah diangkat jadi wakil rakyat kelak. Urusan kita anak muda lebih progresif dan ada agenda lebih besar - memusnahkan Umno tidak kira apa jua kos dan bayarannya.

Ayuh SAMM terus mara ke hadapan. 9 Disember adalah semboyan permulaan, 15 Disember pula sedia menanti untuk digendang hebat. Selangkah kita ke depan tidak mahu tidak, membuang segala pilihan selain dari terus melawan!! Anak muda SAMM telah buktikan, adalah bukan sahaja anak muda yang boleh diharapkan, seterusnya menjadi anak muda yang sedia berjuang bila-bila masa, sedia melawan gerombolan di mana sahaja demi rakyat dan anak bangsa.

Sekarang masa untuk fokus hari besar 15 Disember!
Keras lawan Keras, api lawan API !!

EDYES
Pengarah Propaganda SAMM


Rabu, 7 Disember 2011

BILA KITA AKAN BERPILIHANRAYA?




RASPUTIN BOMOH CZAR







BOMOH DAN PAWANG PILIHANRAYA

Di Malaysia ini kita tidak tahu bila piliharaya akan dijalankan. Kalau di zaman Mahathir Muhamad dahulu kita berpilihanraya apabila Mahathir telah mendapat ilham. Ini bukan kenyataan fitnah. Orang ramai selalu terbaca tentang ‘menunggu ilham’ yang datangnya dari mulut Mahathir sendiri.

Di zaman Abdulalh Badawi keadaan agak lucu. Ada pemerhati politik berpendapat bahawa tarikh pilihanraya ditetapkan oleh Khairy Jamaludin – menantu Abdullah. Ini tidak betul. Yang saheh ialah tarikh pilihanraya hanya diumum satelah Perdana Menteri Abdullah terbangun dari mimpinya.

Di zaman Najib Razak ini bila pilihanraya akan dijalankan menjadi lagi pelik. Mengikut surah Haji Desas bin Lebai Desus tidak ada sesiapa yang tahu tarikh pilihanraya kecuali Rosmah Mansor. Amat pelik bunyinya. Lagi pelik dari ilham Mahathir. Lagi menakjubkan dari mimpi Abdullah Badawi.

Mengikut surah yang semakin tersebar, Rosmah Mansor akan mendapat tarikh ini dari Guru Ji yang akan menilek bintang-bintang dilangit dan melihat perjalanan carkarwala dialam semesta. Pak Bomoh dari Mumbai ini akan menasehatkan Rosmah Mansor bila saat dan ketika yang terbaik untuk mengadakan pilihanraya. Saat dan ketika yang molek berpilihanraya ialah apabila bintang kelahiran Anwar Ibrahim mula tergelincir.

Ini bukan perkhabaran fitnah. Jangan lupa bagaimana seluruh jatung negara berdebar-debar apabila tarikh 11 haribulan sebelas tahun sebelas hampir sampai. Debaran jantung ini berpunca dari Najib Razak sendiri yang percaya bahawa angka sebelas ini membawa ‘ong’. Najib dikatakan fasik dengan angka 11. Sebenarnya bukan Najib seorang sahaja menteri kabinet yang pecaya ada angka-angka khusus yang akan membawa tuah. Lihat Menteri Pertahanan Zahid Hamidi yang gila dengan angka 38 - hinggakan semua kereta yang dimiliki memakai angka yang sama.

Disini saya ingin menyebarkan maklumat bahawa pengunaan nujum dan bomoh untuk menetapkan tarikh pilihanraya ini bukan hanya amalan di Malaysia. Di Afrika – peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo.

Kita juga jangan buat-buat lupa pada satu ketika dahulu bomoh juga telah memainkan peranan yang penting dalam realpolitik di Eropah. Sila buka kitab sejarah Revolusi Bolshevik 1917. Selain dari nama Lenin dan Trotsky kita akan berjumpa dengan nama Rasputin. Jantan yang berselindung dibelakang agama ini ialah seorang bomoh yang mempengaruhi Emperor Nicholas dan pemaisuri Alexandra.

Mungkin ramai yang akan bertanya kenapa agaknya para politikus ini menggunakan khidmat bomoh. Untuk persoalan ini jawabnya cukup senang. Khidmat bomoh ini diperlukan kerana semua kerajaan dan pentabiran di negara-negara ini tidak mendapat sokongan ramai. Kerajaan yang bersikap ganas dan zalim memerlukan bomoh. Emperor Bokassa dan Idi Amin menjadi pemimpin negara kerana merampas kuasa. Manakala Mobuto dinaikkan oleh rampasan kuasa CIA. Emperor Nicholas di Russia dibenci oleh rakyat hingga berlaku revolusi.

Bagaimana pula dengan Rosmah dan Najib – apa perlunya khidmat bomoh untuk mereka?
Kenapa Najib percaya kepada angka 11? Soalan ini akan membuka persejarahan politik negara kita. Jangan ketawa atau mengeleng-gelengkan kepala apabila membaca apa yang saya surahkan disini.

Di Indonesia 17 Ogos dipilih kerana ditarikh itu rakyat Indonesia yang mengangkat senjata telah berjaya menghalau Belanda. Di Russian 17 Oktober dipilih kerana disaat itu Revolusi Bolshevik telah berjaya menghalau Czar dan Czarina dan Lenin telah mendirikan sebuah republik. Di Tanah Besar China mereka merayakan 1 Oktober kerana dihari itu Republik Rakyat China telah diistiharkan oleh Mao Tse Tung pada tahun 1 Oktober 1949. Tarikh-tarikh ini diambil kerana sejarahnya.

Bagimana pula dengan Tanah Melayu? Untuk warga yang peka pasti akan teringat bagaimana sekali sekala kita terbaca dari media arus perdana tentang sejarah tarikh pengistiharan British memberikan pentabiran ini kepada United Malay National Organisation. Sila jangan ketawa kerana di Tanah Melayu tarikh 31 Ogos telah dipilih oleh bomoh...opss maaf bukan bomoh.

Tarikh 31 Ogos telah ditemui satelah menilek bulan dan bintang. Orang yang menilek bulan dan bintang ini pula tidak lain dan tidak bukan ialah ayahanda kepada Abdullah Badawi. Sayangnya ilmu menilek bintang dan bulan ini tidak turun ke Abdullah Badawi maka terpkasalah Pak Dollah kita tidur untuk memimpikan tarikh pilihanraya.

Justeru, dalam budaya United Malay National Organisation khidmat bomoh ini bukan sesuatu yang asing. Ini bukan fitnah dari saya. Ini bukan cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Sesiapa yang rajin membaca dan mentelaah akan menyedari bahawa apa yang saya tulis ini adalah fakta sejarah. Ini bukan sejarah silam. Ini berlaku pada tahun 1993 dahulu.

Cuba ingatkan kembali kepada kesah perjuangan seorang penyanyi yang hanya sempat mengeluar sebuah album. Malah klip videonya pernah disiar oleh tv kita. Perempuan cun, langsing dan berambut panjang ini gagal menjadi penyanyi pop tetapi bejaya menjadi bomoh. Khidmatnya amat amat diperlukan oleh orang-orang politik dalam United Malay National Organisation terutama ketika ditahun pemilihan dan tahun pilihanraya.

Sejarah membuktikan betapa ngoknya Datuk Mazlan Harun seorang Adun dari Batu Talam Pahang yang percaya kepada kuasa Tongkat Sukarno. Dengan memiliki rotan pendek yang pernah tersepit dicelah ketiak Bung Karno , YB kita ini berharap dia akan terus dipilih sebagai calon untuk menjadi Adun. Yang terserlah bijak disini ialah bomoh Mona Fendy. Minah cun ini cukup faham tentang keberahian politikus Melayu Islam yang kemarok untuk terus berkuasa.

Mona Fandey akhirnya berjaya ‘membelit’ duit dan tanah Yang Berhormat ini. Rasa saya tidak ada kesedihan atau trajedi dalam kes bunuh ini. Ternyata yang menjadi mangsa ialah seorang yang bodoh lagi bangang. Si YB yang bodoh ini bukan sahaja kena tipu duit dan harta malah YB ini pun telah berpolitik untuk menipu orang kampong dan pengundi. Kebodohan YB ini teserlah apabila dia membenarkan badannya di kerat lapan.

Dari fakta perbicaraan kes Mona Fendy ini orang ramai difahamkan bahawa memang ramai ahli politikus United Malay National yang menggunakan khidmat bomoh. Yang diketahui umum hanya seorang berdua tetapi hakikatnya pastilah lebih ramai lagi.

Apa sangkut pautnya fakta sejaran ini dengan PRU13? Untuk menjawabnya soalan ini para pembaca yang budiman wajib menonton kembali klip video Rosmah Perempuan Puaka di Youtube. Dari klip bersejarah ini kita semua diberitahu oleh adik Rosmah Mansor sendiri bagaimana Sang Kakak telah menggunakan khidmat bomoh sebelum dan sesudah berkahwin dengan Najib. Klip ini juga memuatkan pengakuan isteri bekas Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Bekas isteri Tuan Speaker ini mungkin tidak sedar bahawa dirinya bukan sahaja membocorkan rahsia Rosmah Mansor. Pengakuan ini cukup jelas membuktikan bahawa dia sendiri pernah bersama Rosmah mencari segala macam khidmat bomoh. Mengikut surah Mak Datin yang pekat dengan lorat Negeri Sembilan ini, Rosmah Mansor telah menggunakan khidmat bomoh untuk mengahwini Najib.

Disini saya ingin menerangkan betapa para pemerhati politik dari luar negara gagal memahami politik Malaysia. Para wartawan dari akhbar dan majalah luar telah beberapa kali memberikan ramalan tentang tarikh pilihanraya. Banyak pemerhati dari luar yang mengkaitkan tarikh piliharaya dengan keadaan ekonomi dunia, dengan harga minyak dan dengan kejayaan Najib membuat beberapa kenyataan yang mungkin dilihat menuju ke landasan demokratik.

Pandangan-pandangan dan analisa politik ini ada salah dan ada benar. Mengikut kajian ilmu politik moden maka pastilah kedudukan turun naik ekonomi yang akan menjadi penentu tarikh pilihanraya. Analisa sebagini amat tepat untuk negara-negara Eropah Barat telah memasuki era pasca Rasputin. Tetapi menggunakan pendekatan ilmu politik moden yang sama untuk memahami keseluruhan politik Malaysia pasti satu kesilapan besar.

Untuk memahami lebih dalam politik kontemperori Malaysia biar saya bawa para pembaca kembali ke zaman Rasputin. Sosok ini hanyalah satu-satunya bomoh yang kewujudannya tercatit dalam sejarah moden Eropah. Malah apa yang dilakukan oleh Rasputin ketika berkhidmat dalam Istana Czar Nicholas juga telah dirakamkan oleh sejarah. Rasputin boleh keluar masuk Istana tanpa larangan. Pemaisuri Alexandra mempercayai Rasputin lebih dari mempercayai penasehat resminya. Ketika Putera Alexei gering Pemaisuri Alexandra bukan mencari khidmat doktor tetapi telah meminta Rasputin mengubati anakandanya. Lelaki berambut dan berjanggut panjang diyakini oleh keluarga Czar Nicholas kerana Rasputin dikatakan memiliki ilmu mistik yang dapat melihat masa depan.

Rasputin wujud didetik detik akhir sebelum monarki dihapuskan di Russia. Ketika itu rasuah dan penyalah gunaan kuasa sedang berleluasa. Siapa yang kaya dialah yang betul. Di Russia ketika itu ada dua hukum – satu untuk yang memerintah dan satu lagi untuk yang diperentah. Tidak ada hukum hakam yang dapat mengusik puak yang memerintah.

Apakah para pembaca yang budiman tidak dapat melihat persamaan diantara Russia sebelum menjadi republik dengan apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita hari ini. Jika para pembaca telah dapat menggambar Rasputin keluar masuk ke istana Czar Nicholas dengan menaiki kereta kuda – cuba pula bayangkan Bomoh Ji dari Mumbai yang keluar masuk dengan Mercedez ke rumah resmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Kemudian cuba bayangkan rupa bentuk muka Guru Ji yang sedang menilek bulan dan bintang untuk mencari tarikh terbaik untuk Najib mengadakan pilihanraya. Jika masih tidak yakin dengan perbandingan dan tanda-tanda yang saya tulis ini maka sila cari kembali akhbar harian minggu lalu. Buka dan baca berhati-hati. Lihat dan teka berapa ramai agaknya Guru Ji dan Rasputin sedang menjerit-jerit, berdoa dan berbaiah di bangunan PWTC.

Jangan lupa, sebelum Czar Nicholas dan Pemaisuri Alexandra cuba melarikan diri dari Istana mereka juga telah berbaiah dengan Rasputin. Apa yang membezakan Russia di zaman Rasputin dengan Malaysia di zaman Guru Ji hanyalah - lembu di Russia pada tahun 1917 tinggal dalam kandang manakala lembu di Malaysia pada thun 2011 menginap dalam kondo. END

TOK BOMOH KERALA DARI INDIA


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45








LAGI KESAH ORANG ITAM





GAMBAR GADUH PEREMPUAN SOMALIA







SURAT DARI PEMBACA
Abang Isham memang betul. Orang Nigeria dan Somalia memang sangat jahat. Sila cuba baca Daily Mail hari ini:- http://www.dailymail.co.uk/news/article-2070562/Muslim-girl-gang-kicked-Rhea-Page-head-yelling-kill-white-slag-FREED.html Tengok bagaimana perempuan Somalia berkulit hitam berani memukul perempuan tempatan berbangsa Inggeris. Mereka ini memberi nama buruk kepada agama Islam dan membuat orang ramai membenci Muslim.

Semasa saya belajar kat UK dulu, saya tak berani buat kacau. Rakan-rakan saya berbangsa Melayu semuanya baik-baik belaka kerana kita sedar kita menetap di negara orang. Tetapi mereka ini berani membawa budaya buruk mereka ke negeri orang puteh. Abang Hisham ada pernah buat kacau semasa menetap di UK dulu? Orang Itam Somalia paling jahat. Kedua jahat ialah orang Itam Nigeria.
By Daily Mail on ORANG HITAM DENGAN BLACK MONEY on 12/7/11


tt, orang kulit hitam ni la yang bawa duit ke kolej2 swasta.kolej2 swasta ni akan bagi orang kulit itam belajar tempat dorang..janji dorang dapat yuran duit.marketing officer pulak akan dapat komisyen..dorang ni nak survive kat malaysia jual dadah lah..dorang tak belajar pun sebenarnya.. malaysia la bodoh senang2 bagi dorang masuk.imigresen kita tak ketat.

asal ada pas pelajar jer boleh masuk.padahal pas pelajar dari kolej swasta..tapi nak larang tak boleh pasal kolej swasta ni dipunyai oleh taikun2 cina.pastu terkandung dalam law yang membolehkan pas pelajar masuk malaysia.. masalahnya polis2 kita pon lembik.

penakut dengan org kulit itamm..pasal nak cakap orang putih tak reti..pandang tinggi org kulit itam leh cakap orang putih.dgn indon bukan main belagak lagi polis2 ni..
By Anonymous on LAGI JENAYAH KULIT ITAM - TAK ADA BEBAN TAK PERLU ... on 12/7/11


JANGAN KENA TIPU - 8 TUNTUTAN




Sabtu, 3 Disember 2011

YAAAA AMPOOOON YAAAA MAK DATOOOOK




AMPOOON TUNG KU

apoooon tung ku
beribu ribu
ampooooooon
sembah patik harap diampooon

boleh kah patik pacal yang hina
membuka mulut
hamba patik ingin bertanya

ya ampoooon tung ku bolehkan tung ku
dengan segala kudrat dan iradat
memanggil hujan ini
agar berhenti
kah kah kah


YA AMPOOOOON YA TUUUUUGKU



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..nyah ingat mak ni apa
mak pun ada orang cium tangan
de veri veeri
nayh mana tauuu
kah kah kah


Khamis, 1 Disember 2011

JEMPUTAN JUMAAT DAN SABTU 3 DISEMBER INI




JUMAAT MALAM CEERAMAH DI REMBAU








NOTA:
sila datang ke ceramah ini
teruatama kumpulan ngo dalam kl
yang selalu cakap inggeris
kalau datang barulah mereka faham
bahawa di kampong tak ada siapa ambil pot bahasa inngeris
kah kah kah



JEMPUTAN DATANG FORUM ILMU






Tajuk Forum: BERSEKUTU MENDESAK PERUBAHAN

Panel-panel:
Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)
Prof Abu Hassan Hasbullah (Zentrum)
Prof Zainal Kidam (Biro Pendidikan PAS Pusat)
Moderator: Che'GuBard (Ketua Cabang PKR Rembau)


Tarikh: 03 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.30pm
Venue: Dewan Melur, Jalan Jesper 7/16, Seksyen 7 Shah Alam (Berdekatan UNISEL)

Untuk pertanyaan, sila hubungi : 013-5918017 Farel

Semua dijemput hadir.

Sabtu, 26 November 2011

BERHIMPUAN DI KLCC JAM 2.00 PETANG HARI INI




JEMPUTAN PETANG SABTU HARI INI







NOTA:
semua dijemput datang berkumpul
jam 2.00 petang di wilayah klcc
ini perhimpunan aman untuk
membantah undang undang zalim
yang akn diluluskan tidak lama
lagi di parlimen

datang dengan datuk
datang dengan nenek
datang dengan ibu
datang dengan ayah
datang dengan awek
datang dengan balak


jangan datang sorang sorang
pakaian cool dan trendy
jangan dilihat skema
jangan dilihat poyo


MALAM JAM 8.30 BERKUMPUL DI BANGUNAN MAJLIS PEGUAM

sila bawa lilin
ini ialah pesta
memasang lilin
tanda membantah
undang undang zalim!


JANGAN LUPA TUNTUTAN INI


Jumaat, 25 November 2011

BERITA TERKINI DARI TUKAR TIUB




DARI LAMAN YAHOO MALAYSIA














HISHAMUDDIN RAIS MENULIS DI YAHOO

bermula dari hari ini hishamuddin rais
akan menulis di laman yahoo malaysia
untuk mengetahui apa yang akan muncul
ikutilah laman yahoo:


http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/pecah-berderai-frus-menonggeng-110237167.html;_ylt=AhBsO1Kn6SzyGDpBclE5mFJBV8d_;_ylu=X3oDMTNsOW4ydjhhBG1pdAMEcGtnA2Q2ZjM0ODgxLWViNmQtM2E5Yy05MTYwLTdiODhhN2M3ZTdjZgRwb3MDMQRzZWMDbG5fWWFob29OZXdzcm9vbV9nYWwEdmVyAzEyYjU5ODQwLTE2OTMtMTFlMS1iZjJmLTVlZjZhZDJkZTliNA--;_ylv=3

sila cari disini:

www.yahoo.com.my


Selasa, 15 November 2011

SIBUK DENGAN MORAL - TAPI EKOR BERGELUMANG TAIK




KENAPA BAYI MELAYU SAHAJA DIBUANG







BAYI LELAKI DITEMUI DIBUANG – meloya

Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui ditinggalkan di dalam sebuah beg di bawah sebatang pokok di belakang Klinik Kesihatan Alor Setar, di sini hari ini.

Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang wanita yang melalui kawasan tersebut pukul 12 tengah hari, sebelum menyerahkannya kepada Klinik Kesihatan Alor Setar di sini.

Jururawat yang enggan dikenali berkata, ketika ditemui, si kecil tersebut dibalut dengan tuala.

"Bayi itu telah diberi susu dan kami menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Alor Setar di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, siasatan polis percaya bayi itu yang berketurunan Melayu baru dilahirkan kira-kira empat jam lalu.

"Bayi tersebut dalam keadaan sihat dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah," katanya sambil memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH


woit...MARI KITA TEKA INI BAYI BANGSA APA?.... kah kah kah..

kah kah kah..IBU DAN AYAH BAYI INI BERAGAMA APA?..... kah kah kah...

kah kah kah... HAIRAN TAK ...KENAPA HANYA BAYI MELAYU YANG DIBUANG?.... kah kah kah..

kah kah kah...APAKAH AWEK CHINA DAN MAMAT CHINA TAK MENGENTOT?..... kah kah kah..

kah kah kah...APAKAH AWEK INDIA DAN MAMAT INDIA TAK BERTOGEL?.... kah kah kah.....

woit...PERSOALAN : KENAPA HANYA BAYI MELAYU?.... kah kah kah..

NOTA:
melayu ini bukan main bising dengan agama
melayau ini bukan main sibuk dengan agama
melayu ini bukan main heboh hal moral
itu ajaran sesat
ini ajaran sesat
hanya melayu saje yang betul yang laian sesat
tak boleh ini
tak boleh itu
ini haram
itu haram


NOTA:
lain kali pakailah kondom
kah kah kah


SILA BERSEDIA BERSIH 3.0

Sabtu, 22 Oktober 2011

ANAK JANTAN INI APA MAKNANYA?





ADAKAH INI DINAMAKAN ANAK JANTAN?












DEBAT BELANJAWAN: NAJIB PERLU JADI ANAK JANTAN : AMK SELANGOR – keadilan daily

Angkatan Muda KEADILAN Selangor menggesa Najib Razak untuk menyahut cabaran debat oleh Ketua Pembangkang.

Minggu lalu, Anwar Ibrahim buat kali keduanya mencabar Najib Razak untuk berdebat berhubung berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012.

“Najib perlu terima (cabaran) dan berhujah seperti anak jantan dan tunjukkan kemampuan. Beliau juga perlu bertanggungjawab di atas kenyataan yang memperkecilkan Belanjawan Pakatan Rakyat.” kata Ketua AMK Selangor, Irwan Ismail.

Ia berikutan kenyataan Najib Razak mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya ‘Belanjawan Republikan aliran kanan’ yang gagal memahami kehendak rakyat.

NOTA:
ini adalah kenyataan paling bangang dari seorang anak muda
satu kenyataan yang menunjukkan kurang pemahaman politik
apa sangkut pautnya sama ada najib jantan atau betina?
apakah kalau jantan bererti ianya betul

dari sini kita lihat kenyaatan yang memainkan isu gender
kenyatan yang menidakkan kleupayaan kaum perempuan
kenyaataan dalam istilah politik moden – sexist

sexist ialah konsep dimana gender lelaki
dilihat lebih berkeupayaan
sosok sexist melihat gender perempuan
tidak memiliki kemampuan yang unggul
berbanding dengan keupayaan fikrah lelaki

justure NAJIB DIMINTA JADI ANAK JANTAN

kenyataan sexist dan bangang ini selalu kedengran dari mulut politikus
dari mulut pakatan rakyat
dari mulut barisan nasional
kedua dua kumpulan politik ini
sama bangang dalam hal gender

mereka tak banyak perbezaan
justeru kaum feminsit berwaspada!

NOTA:
ada yang masih tidak sedar dunia telah berubah
mereka kurang arif bahawa 50 peratus dari warga negara ini adalah wanita
mereka hanya anggap jika ada benda terjulur di celah kangkang
maka orang ini memiliki fikrah yang bergeliga

kerana itu:

anak anak muda amk perlu memasuki pembelajaran politik
anak anak muda yang menyokong pakatan rakyat perlu disedarkan
ahli ahli dan pemimpin amk wajib di sekolah kan dal hal gender
ahli ahli dan penyonkong pakatan rakyat wajid disedarkan hal gender

kesedaran gender wajib dimulakan dengan pemimpn

NOTA:
jangan jadi anak muda kaki bodek
kelihatan amat bangang !


Ahad, 9 Oktober 2011

TER KINI - TER NOW - RAKYAT BANGUN LAWAN ROSMAH DAN NAJIB




GAMBAR RAKYAT BANGUN MELAWAN ROSMAH DAN NAJIB



NOTA:
tunjuk perasaan
jalan raya telah dibudayakan
inilah contoh demokrasi sedang berjalan

orang ramai telah mula sedar
orang ramai telah melihat bagaimana merekam kena kelentong
orang ramai telah insaf bahawa selama ini mereka di tipu

ditipu dengan slogan hidup melayu
ditipu dengan slogan ketuanan melayu
sebenarnya semua ini adalah tipu muslihat
untuk rosmah dan najib terus berkuasa
untuk rosmah terus kelepet duit rakyat

kerajaan dua laki bini ini
sedang sibuk merompak harta kekayaan negara kita

untuk rakyat mereka berikan radio aktif
inilah hadiah rosmah pada warga pahang
ini hadiah najib pada orang pahang

orang pahang jangan jadi bangang
orang pahang sila sedar
orang pahang sila muncul tradisi mat kilau
orang pahang sila ingati tradisi lubuk kawah
tapi
kalau masih tak sedar lahaa
pergi mampoooslah
mampoos kena barah radioaktif!


HANYA SATU JAWAPAN: LAWAN!









TUNAIKAN 8 TUNTUTAN BARU PRU13