Rabu, 25 Januari 2012

SETAHUN DAHULU - HARI INI



SETAHUN DAHULU - SETAHUN KEMUDIAN


setahun dahulu hari ini
setahun dahulu 25 januari 2011
setahun dahulu pada pagi yang sejuk ini
kau bangun mendobrak kezaliman

setahun dahulu hari ini
kau bangun melakar sejarah dunia

setahun dahulu hari ini
kau bangun menjadi contoh si anak muda

setahun dahulu hari ini
dada kau menahan gas pemedih mata

setahun dahulu hari ini
kawan kau gugur di tembusi peluru

setahun dahulu hari ini
tangan kau menahan kereta kebal

setahun dahulu hari ini
kekasih kau di seksa dalam penjara

setahun dahulu hari ini
bersama deraian aiar mata

setahun dahulu hari ini
bersama haraoan dan mimpi muda

setahun dahulu hari ini
sejuta kau berkhemah di dataran tahrir

setahun dahulu aku rasa bagaikan semalam
setahun dahulu aku hanya merakamkan
setahun dahulu aku hanya membacakan
setahun dahulu aku hanya menontonkan

setahun dahulu kau merubah dunia

setahun kemudian semuanya telah berubah
setahun kemudian mubarak dalam penjara
setahun kemudian anak anak muda seluruh dunia turun ke jalan raya

setahun kemudian soldadu menukar pantalon dan kamiz
setahun kemudian kau masih ditipu oleh jubah dan janggut
setahun kemudian kau masih ditipu oleh serban dan fatwa

setahun ini adalah sekolah untuk semua
setahun ini adalah guru yang afdal
setahun ini adalah detik melihat kembali

setahun ini menyedarkan semua
maka kau pun sedarlah
maka aku pun sedarlah
maka dia pun sedarlah
maka kita pun sedralah
maka kami pun sedarlah

sedarlah bahawa si penindas
sedarlah bahawa kaum pemodal
sedarlah bahawa kaum kapitalis
sedarlah bahawa kaum imperialis
sedarlah bahawa kaum zionis
sedang mencari saudara baru
yang berjubah dan berjanggut
untuk mengantikan yang berdasi dan berpantalon

si penidas si zalim
kaum kapitalis
bukan hanya mahukan darah
bukan hanya mahukan tenaga anak muda
bukan hanya mahukan titik peloh anak muda
mereka ingin memiliki mimpi anak muda
mereka ingin memiliki harapan anak muda
mereka ingin menjadikan anak muda buruh dan hamba
untuk mendirikan bangunan tinggi
setinggi langit
setinggi longokan dinar
setinngi puncak piramid
setinggi tembok aswan

lalu dijanjikan kau bidadari



SALUT UNTUK ANAK MUDA








5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mereka ada telo
kita tak ada telo

mereka tak ada katak
kita ada raja katak

serenity9260 berkata...

tahniah syria,insyallah kami akan ikot hangpa sume jugak

Antara Kerja Yang Manusia Mungkin Tak Sanggup Nak Buat(7 Gambar)

Mat Lendir berkata...

bro....

tolon ulas sikit isu su pol mb sgor yang sarankan ibrahim ali supaya dihalang masuk sgor

gua rasa isu ni macam budak2 tadika.
Bijan pun tak buat macam nih
Ketam pun tak buat macam tuh

Klu sgor buat
memang sah sebijik mcm rajah Berok kat negeri seberang sana nun
nampak sgt tak ada telorr

buat petama kalinya aku sokong ibrahim ali
patut pun
ingat ni negara bapak lu?

lu pun bro
bijan lu dah tibai
zul lu dah tibai
asan lu dah tibai
zizan lu dah tibai
su pol sgor bila lu nak tibai??

lu ada telorrr ke bro?
ke lu pon tak ada telorrr!

mek berkata...

cool....

zainal abidin berkata...

Mat Lendir, pasalplak nak suruh TT tibai, nape sendiri x tibai.. takdak telorrrr kot ... :)