Isnin, 26 Mac 2012
ANAK MUDA DAN PELAJAR - BANGUN DAN LAWAN!
KENYATAAN MEDIA
SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
26 MAC 2012
PERALIHAN KEPIMPINAN SOLIDARITI MHASISWA MALAYSIA (SMM)
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mempunyai koalasi beberapa gabungan gerakan mahasiswa diperingkat nasional telah mendapat kata sepakat dalam menyuarat khasnya pada 24 Mac 2012 yang lalu untuk melakukan pemilihan kepimpinan baru gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bagi sesi 2012/2013 yang sebelum ini telah diterajui oleh Saudara Ahmad Syukri Abd Razab sebagai pengerusinya selama 1 tahun.
Oleh yang demikian, seluruh gerakan yang bernaung di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah bersetuju untuk melakukan peralihan kuasa kepada kepimpinan baru gerakan SMM pada kali ini. Antara pimpinan mahasiswa yang telah mendapat persetujuan daripada seluruh koalasi SMM untuk menerajui tampuk kepimpinan SMM pada sesi 2012/2013 ialah :
1) Pengerusi SMM : Muhamad Safwan Anang @ Talib; Universiti Malaya (UM).
2) Setiausaha Gerakan : Haziq Abdullah Abd Aziz; Universiti Malaya (UM).
3) Bendahari : Adam Adli Abd Halim; Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
4) Setiausaha Media : Ahmad Shukri Kamarudin; Open University Malaysia (OUM).
Justeru, di peringkat kepimpinan baru SMM, kami akan meneruskan agenda perjuangan untuk sentiasa memberi nafas baru kepada perubahan Malaysia yang lebih konstruktif dan turut akan sentiasa mendokong agenda yang dibawa oleh gerakan 'Malaysia Bangkit' yang mendambakan Malaysia yang lebih sejahtera pada masa akan datang.
Tidak lupa juga, diperingkat kepimpinan SMM turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelbagai pihak terutamanya rakan-rakan NGO, aktivis masyarakat, aktivis mahasiswa dan tidak lupa buat rakan-rakan media yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan terhadap usaha perubahan yang dibawa oleh gerakan SMM ini.
Kenyataan ini turut mendapat sokongan daripada :
1) Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
2) Democratic Students & Youth Movement (DEMA)
3) Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
4) Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
5) Pro Mahasiswa Nasional
6) Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
7) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
8) Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
9) Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
10) Sister In Movement (SIM)
11) Malaysia Bangkit
Sekian, terima kasih.
Muhamad Safwan Anang;
Pengerusi SMM;
014-8408219.
Haziq Abdullah;
Setiausaha Gerakan SMM;
019-8883212.
Adam Adli;
Bendahari SMM;
018-3537587.
Ahmad Shukri Kamarudin;
Setiausaha Media SMM;
019-3851902.
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
hoi blahlah tukar tiub semua komen yang tak ngam dengan kau langsung tak disiarkan tak payah mengakulah jadi pejuang demokrasilah, kebebasanlah, liberallah semua tu kencing kau pun sama macam Umno autokratik,tak demokratik dan tak boleh terima kritik, kalau berani siar komen ni
bodoh
oii tongong.. ko punye komen ni okey je?
ko ingat ni mcm utusex ke
agak2 Adam Adli tu nak jadi toy boy aku tak?
Catat Ulasan