Jumaat, 30 Mac 2012

KETAWA LAH KAMU SEBELUM KAMU DI KETAWAKAN





BERKATON KATON KITA MELAWAN



KARTONIS BANGUN MELAWAN

Zunar ketuai program "Kartunis Bantah-Lynas".Saya akan mengetuai sekumpulan
pelukis kartun untuk mengadakan program kesedaran bahaya sisa nadir bumi
(rare earth) kepada penduduk tempatan di Kuantan pada 31 Mac depan.

Antara program yang akan diadakan ialah peraduan melukis dan mewarna untuk
kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis banner secara terbuka dan
demonstrasi melukis kartun.

Antara kartunis yang akan turut mengambil bahagian dalam program tersebut
ialah Johhny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan
Abdullah Jones.

Syarikat dari Australia, Lynas telah membina kilang yang merbahaya kepada
alam sekitar dan manusia itu di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari
Kuantan.



Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai
kartunis kepada masyarakat. Kami berharap kaedah penerangan menerusi
program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat
setempat tentang bahaya sisa nadir kepada kepada mereka dan generasi akan
datang.

Sebanyak dua program berasingan akan diadakan iaitu di Balok pada sebelah
petang dan malam di Pantai Teluk Chempedak.

Di Balok, program bermula jam 3 hingga 5 petang bertempat di Dewan Sekolah
Rendah Islam Al-Irsyad manakala program di Teluk Cempedak bermula jam 8
malam.

Program anjuran bersama Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) and BADAR ini
adalah terbuka dan percuma untuk orang ramai.

Peraduan mewarna dikhususkan kepada kanak-kanak dan remaja di mana
hadiah-hadiah menarik disediakan dan pendaftaran boleh dibuat di tempat
pertandingan pada hari tersebut. Manakala orang dewasa boleh mengambil
bahagian dalam acara melukis kain rentang serta karikatur.

Zunar


BERSEDIA UNTUK PENGUMUMAN



NOTA:
sentiasa layari tukar tiub
untuk mendapat tahu
maklumat terkini


1 ulasan: