Jumaat, 30 Mac 2012

BERITA TERKINI - BERITA BAIK BARU MASUK - JAM 4:50 PTG




BERSEDIA UNTUK PENGUMUMAN






NOTA:
sentiasa layari tukar tiub
untuk mendapat tahu
maklumat terkini





BERSIH 3 DIADAKAN JIKA DAFTAR PEMILIH TIDAK DIBERSIHKAN - keadilan daily

KUALA LUMPUR 30 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata demonstrasi Bersih 3 akan diadakan jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih enggan melaksanakan tuntutan reformasi pilihan raya.

Beliau membidas SPR yang dilihat kurang serius membersihkan daftar pengundi walaupun pemeriksaan Institut Sistem Mikroelektronik Berhad (MIMOS) menemui pelbagai kejanggalan di dalamnya.

“Terlalu banyak kes apabila lebih seratus pengundi berkongsi satu alamat sama, dan ia melibatkan seramai 78,000 nama pengundi.

“Bagaimana dengan kes yang melibatkan 80 dan 90 pengundi dengan alamat yang sama? Kita dimaklumkan kes paling kerap adalah 20 hingga 30 nama dalam satu alamat,” jelasnya.

Anwar membandingkan situasi ini dengan situasi di India, apabila tidak wujud pengundi hantu di sana kerana pegawai pilihan raya yang cekap dan komited menjalankan tugas.

“Saya bertemu bekas Pengarah Pilihan Raya India, dan beliau memaklumkan tiga bulan menjelang pilihan raya, kerja mereka hanya membersihkan daftar pengundi.

“Jadi, apa lagi pilihan yang kita ada? Kecuali Bersih 3,” tegasnya.

Beliau berucap semalam dalam program di kediamannya, yang mengumpulkan beberapa bekas pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), antaranya ialah Profesor Dr Razali Nawawi, Dr Muhammad Nur Manuty dan Idris Jauzi.

Ia dianjurkan secara bersiri oleh rakan-rakan lama Anwar – bertujuan menerangkan peribadi dan perjuangan Anwar yang diserang hebat oleh Nallakarupan dan Zulkifli Nordin dengan bantuan media Umno BN.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DEAR TT,

DSAI, U R THE MAN.....!!!!

COME ON EVERYBODY, GET READY 4 BERSIH 3.

I LOVE U, TT

Tanpa Nama berkata...

hehehe negara India lagi bagus buat kerja.

tak payah laa nak bandingkan dgn negara maju, dgn India pun dah kalah :)

Itulah Malaysia. Tanah tumpahnya DARAku :)

pro rakyat berkata...

bagus nak buat demo bersih 3.0, demo ni kena buat selalu baru ada kesan kalau sekali-sekala kesannya minimum, kalau boleh buat tiap-tiap bulan apa-apa demo

Tanpa Nama berkata...

Ambo sokong...pah mano la malaysia kalu nk banding negara lain.