Selasa, 27 Mac 2012

PENEROKA FELDA BEDEMO DI PUTRA JAYA JUMAAT INI



KOMENTAR TUKAR TIUB


madey muhamad boleh menongggeng
sambil menonggeng sambil terberak
ini kerana demo telah menjadi
budaya politik malaysia

demo peneroka ini adalah permualaan
untuk satu demo besar
dimana kemarahan rakyat
aka di gembelingkan

pilihanraya jelas akan menipu
pilihanraya akan meniopu pengundi
pilihanraya jelas mainan gerombolan
piliharaya akan merampas selangor dari pakatan
pilihanraya akan memenangkan gerombolan

peyokong parti islam
peyokong parti tindakopan demokratik
peyokong parti keadilan rakyat
tidak ada jalan lain

kita ke jalan raya
sebelum ke pilihanraya!




BANTAH PENYENARAIAN , PENEROKA DEMO JUMAAT
- mkini

PKR menjangkakan seramai 1,000 orang akan hadir ke perhimpunan pada Jumaat untuk membantah penyenaraian anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Pengerusi Biro Orang Asal PKR, Suhaimi Said berkata, satu memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan itu.

Katanya, memorandum berkenaan antara lainnya menggariskan mengenai kerugian jangka panjang yang akan ditanggung peneroka akibat penyenaraian itu.

Salah satu daripadanya melibatkan cagaran tanah oleh satu lagi anak syarikat Felda, Felda Plantations Sdn Bhd kepada FGVH untuk tempoh 99 tahun.

"Tanah Felda Platantions yang patut diberikan kepada anak peneroka seluas 850,000 ekar kesemuanya akan dicagarkan kepada FGVH selama 99 tahun.

"Jadi harapan untuk generasai kedua, ketiga untuk dapat tanah akan habis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Jelasnya, tanah berkenaan bukanlah milik Felda tetapi diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan oleh lembaga tersebut.

"Felda tidak ada geran ke atas tanah tersebut, jadi apa hak dia untuk pajakkan kepada orang lain? Lainlah jika kerajaan negeri yang pajakkan," tambahnya.

Selain para peneroka, perhimpunan itu juga dijangka akan turut disertai anggota Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), kata Suhaimi lagi.





Tiada ulasan: