Isnin, 5 Mac 2012

ZAHID HAMIDI MELAWAN MAHATHIR MUHAMAD




EEE NAK JADI RAJA






RAKYAT PERLU BANGKIT, TOLAK KERAJAAN, KATA AHMAD ZAHID – mkini

Rakyat perlu bangkit dan menolak pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang sering bergolak, kata Naib Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata krisis pentadbiran seperti yang berlaku di Johor tentang campur tangan Istana dan pemilihan Menteri Besar ini bukan perkara baru. Ini belum lagi diambil kes-kes rasuah yang berterusan dalam wilayah pembangunan Iskandar. Lepas satu satu pegawai tinggi berhenti tanpa sebab. Yang peliknya tidak ada pula yang didakwa. Apa yang kita dengar hanyalah tuduh menuduh dalam media.

"Saya fikir soal di Johor adalah satu contoh yang lumrah dalam pentadbiran sebuah negeri Barisan Nasional. Dulu ada komplot yang dirancang oleh Muhyiddin yang mahu menjatuhkan Najib Razak. Ada juga komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar Ghani Osman.

"Masalah politik ini saya fikir banyak lagi yang kita tidak ketahui di negeri-negeri berkenaan. Justeru inilah masa kita bangkit semula dan kita tolak Barisan termasuk di Perak tempat saya sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Reformasi, Kronisma, Nepotisma dan Umno' di Dewan Rakyat Hutan Melintang petang kelmarin.

Beliau juga telah menerangkan sejarah bagaimana beliau telah memulakan gerakan menentang pentabiran yang dipimpin oleh Mahathir Muhamad.

Ahmad Zahid ialah Ketua Pemuda Umno yang menimbulkan isu kronisma , rasuah dan nepotisma dalam ucapan di perhimpuann Agung Umno pada tahun 1997.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHA!!! LOL!!! HAHAHAHAHA!!! (x tertulis krn kelakar yg terlampau......hahahahaha)

Tanpa Nama berkata...

blm ada jawatan macam tu la bro
dah dapat jawatan
habuk pun tarak
lagi haprak ada laaa