Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 10 April 2012

SELAMAT HARI LAHIR PAK SAMAD JANGGUT



SELAMAT HARI LAHIR

tujuh puluh tujuh tahun dahulu
kau dilahirkan

kalau aku menulis
kau lebih awal menulis

kalau aku menentang penjajah
kau lebih awal menentang penjajah

kalau aku melawan penindasan
kau lebih awal melawan penindasan

lalu hari ini kita bertemu
lalu hari ini kita bertemu
lalu hari ini kita bertemu di jalan raya

pertemuan paling indah
pertemuan dalam kancah
bangun melawan



NOTA:
tim tukar tiub
mengucapkan selamat ulang tahun
kelahiran pak samad


NOTA:

kepada anak anak muda
kepada pelajar dan mahasiswa
ucapan terbaik
untuk hari lahir ini
ialah datang ke dataran merdeka
pada 28 april ini

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setitik darah Pak Samad jatuh ke bumi, akan ku basahkah mereka (pengkhianat dan talibarut) dengan darah-darah haid dari lobang pukimak mereka yang telah melahirkan para pengkhianat dan munafik-munafik ini.......

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari lahir bro.
Moga perjuanan kita ini diberkati tuhan.

Tanpa Nama berkata...

Salam buat Pak Samad yang tak lekang berpuasa Isnin dan Khamis.
Usia yang panjang dengan sifat tawadhuk dan rendah diri. Sentiasa jalan dengan menundukkan kepala.
Satu-satunya Sasterawan Negara yang saban hari naik turun bas (dan LRT) ke mana saja berada di Kuala Lumpur.
Semoga Allah memberi ide untuk menulis dan terus menulis mengkritik dan menilai kehidupan di Tanah Melayu ini.
Pak Samad tak mengenali saya tetapi dalam hiruk pikuk KL kerap kali bertembung dengan Pak Samad. Saya amati adakah ini peminta sedekah yang tak mampun menggunting rambutnya. OH!!!! Bukan. Inilah rupanya penulis besar yang hidup di zaman Jepun dan Inggeris. Yang menulis dan menceritakan erti kehidupan yang hanya sesaat waktu usia Semenanjung ini mula terbentuk.
Pak Samad, orang setiap tuan akan membawa sinar kepada bumi Kuala Lumpur ini.
Kami doakan usia Pak Samad panjang dan terus menulis dan menulis dengan keimanan. Amin

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Lahir saudara,
dipenghujung hidup kita ini banyak yang kita lihat ada pemimpin kita sudah terkeluar dari landasan memimpin mengikut tuntutan azali, wang dan kuasa yang mereka kejar untuk kemewahan hidup seolah tiada kiamat diri pada mereka, nauzubillah.
muncul saudara dalam perjuangan ini menuntut keadalian selari dgn agama diharap dpt membuka mata insan2 yang kepingin hidup harmoni dinegara ini. semoga ALLAH bersama saudara kita dalam perjuangan ini.

average joe berkata...

semoga Allah mengurniakan kesihatan yang sangat baik dan usia yg lebih panjang dan semoga Allah memberikan keberkatan keredhaan pertolongan panduan keimanan ketaqwaan kebijaksanaan kewarasan kekuatan dan kejayaan sepanjang baki2 kehidupan pak a samad said
lawan tetap lawan!
abu!

-average joe-
klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI (LET'S LEARN AND UNDERSTAND)

Tanpa Nama berkata...

pak samad....

selamat hari jadi

teruskan perjuangan sucimu

persetan dengan budaya bodek yang banyak kawan2mu terjebak

tuliskan nukilan2 mu untuk anak bangsa akan datang

lahirkanlah bangsa melayu yang bertamadun untuk masa depan

lahirkanlan bangsa melayu yang kukuh dan jangan layu seperti kangkong yang kurang air

pak samad ku...

aku bangga atas kerelaanmu bersama2 menegakkan kebenaran

teruskan teruskan teruskan hingga akhir hayatmu

semuga jasamu akan dikenang sehingga kiamat mendatang....

~dari salina jelmaan novelmu~