Selasa, 3 April 2012

ZIONIS TEMPATAN MULA MENGGANAS



INI KERJA GANAS ZIONIS TEMPATAN







KOMENTAR TUKAR TIUB

kenapa heboh heboh
tolong orang di gaza
kenapa naik kapal
bantu orang di gaza

kita bantu orang di gaza
kerana rumah mereka di runtuh
kita bantu orang di gaza
kerana tanah mereak di rampas

hari ini
warga kampung kerinchi
sedang di gaza
rumah mereka di musnah
oledh zionis tempatan

jadi mana dia pejuang gaza?
mana dia penjihadf gaza?

tak kan tak nampak
tak kan tak faham
zionis tempatan


INI KERJA GANAS ZIONIS DI GAZA


SMM PERTAHAN HAK 34 KELUARGA KAMPUNG KERINCHI


1. SMM kesal dengan Kejadian belasah mahasiswa yang pertahankan hak 34 keluarga yang masih bertahan di flat 4 tingkat Kampung Kerinchi. Ini menunjukkan budaya samseng masih menjadi pendekatan sesetengah pihak yang berkepentingan.

2. SMM yakin arahan pemindahan oleh pihak berkuasa mengandungi unsur muslihat. Pada awalnya, penduduk tidak diberitahu tarikh pemindahan. Secara mengejut mereka diberi notis seminggu untuk berpindah.

3. Apakah tidak munasabah untuk menangguhkan arahan pemindahan dalam tempoh hingga Julai sebagai jalan budibicara? Dalam masa penduduk menguruskan urusan pemindahan rumah, persekolahan anak-anak dan lain-lain.

4. Apa yang mengejutkan, pemaju telah mengkhianati penduduk dengan pemotongan bekalan air dan elektrik tanpa maklumat mereka. Bahkan, apabila mereka ingin menjelaskan bil, didapati alamat mereka sudah digugurkan daripada rekod. Perbuatan khianat para pemaju yang rakus memikirkan soal keuntungan di sebalik pembangunan ini sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.

5. Saya dan beberapa rakan dari SMM yang turut turun ke Kampung Kerinchi merasai kesedihan yang dirasakan oleh penduduk yang mempertahankan tanah mereka. Inilah keperitan yang terpaksa ditanggung semenjak 50 tahun rejim zalim memerintah tanpa perikemanusiaan.

6. SMM menggesa semua rakyat Malaysia membuka mata melihat sendiri kesan pemerintahan rejim ini kepada rakyat. Rakyat Malaysia kini terbuang di tanah sendiri.

7. SMM tegas berpendirian ini masanya kita merubah kerajaan sedia ada kepada yang lebih baik. Kami turut menyeru semua rakyat untuk turut bersama bersolidariti pada 14 April ini dalam himpunan Mansuh PTPTN setelah melihat penderitaan anak muda yang dibebani hutang pinjaman PTPTN.

Muhammad Safwan b. Anang @ Talib
Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
0148408219



3 ulasan:

average joe berkata...

terbaru, terkini, ter-now!

1.bangunan flet 4tgkt ini dibina ketika pentadbiran bn, iaitu salah1 projek yg menjadi kebanggaan pimpinan bn;
2.pemimpin bn sendiri baru saja mendedahkan kepada umum, bagaimana cara pembinaan bangunan dijalankan;
3.apabila disatukan perkara (1) dan (2) di atas, maka jelas kesimpulan yg dicapai adalah: bangunan buatan bn tidak selamat di mana temboknya mudah retak dan runtuh
4.berasaskan kesimpulan perkara (3) pula, maka pihak bertanggungjawab dan prihatin terpaksa mengeluarkan arahan meroboh bangunan tersebut

sila rujuk:
klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI (LET'S LEARN AND UNDERSTAND)

terimakasih
-average joe-

Lang berkata...

kalau gaza nampak hebat... nampak global humanity... nampak islamik...

errr... kalau kat local ni.. tak glam... tak cool... 1mehsia ke gaza dahuluan... rakyat malaysia diketepikan...

Tanpa Nama berkata...

Ini mesti arahan pemimpin PAS setelah didesak oleh DAP dan dibantu oleh PKR.

UMNO tak mungkin buat kerja ni sebab slogan mereka rakyat didahulukan.

Kalau nak mampus pun rakyat dahulu, kalau negara tak ada duit rakyat tolong suntik modal.

Sokonglah BN agar Malaysia cepat bangkrap.