Rabu, 2 Mei 2012

ADA ARAHAHN TUTUP BERITA KEGANASAN POLIS





INI CONTOH KEGANASAN POLIS


dibawah ini adalah klip
keganasan polis yang cuba
di sorokkan dari diketahui
oleh orang ramai

lihat dan saksikan sendiri
kereta polis melanggar
orang ramai




HISHAMUDDIN HARUS DEDAHKAN ARAHAN YANG DIBERIKAN KEPADA EDITOR AKHBAR

Saya merujuk kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan keganasan pihak polis
terhadap wartawan. Kami telah mendedahkan bukti bahawa arahan untuk
menganggu, menghalang dan menahan wartawan yang melaporkan tentang
perhimpunan Bersih 3.0 datang dari peringkat tertinggi Kementerian
Dalam Negeri.

Pada 27 April 2012, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin
Hussein Onn telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama
untuk datang bertemu beliau. Kami juga diberitahu bahawa semasa
pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana
melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta
supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis.

Pihak polis denganjelas telah mengikut telunjuk Kementerian Dalam Negeri apabila pihakmedia yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang
awam juga dikasari. Tiada sebarang kenyataan dibuat sehingga kini oleh
PM, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tentang keganasan
tersebut. Jawapan Hishamuddin bahawa rampasan barang-barang wartawan
adalah prosedur biasa pihak polis agak mengejutkan.

Ini juga serangan yang serius oleh BN terhadap kebebasan akhbar. Di
bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai
sebarang hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak
boleh melaporkan. Dalih Najib dengan meminda PPPA 1984 untuk
membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan.

Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn
untuk mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media semasa mesyuarat itu.

Kami seterusnya meminta Najib dan Hishamuddin menerangkan
dan menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa
polis terhadap media dan orang ramai pada 28/4.

N SURENDRAN
Naib Presiden KEADILAN

1 ulasan:

jibam berkata...

PM tak dapat membuat sebarang kenyataan sehingga suami tercinta pulang dari shopping.Actually dia pun tungu arahan DARI PIHAK ATASAN.