Selasa, 5 Jun 2012

CUKONG MANA SUDAH BELI PKNS?





CUKONG DIBELAKANG PROJEK INI






KOMENTAR TUKAR TIUB


penduduk kawasan ini mahu padang mereka
penduduk kawasan ini tidak mahu kawasan mereak di rosakkan

tetapi cukong telah masuk
cukong telah beri duit

persoalan ialah:

siapa kah yang telah dirasuah oleh cukong?

kes ini sama macam kes syarikat santau radio aktif lyanas
rakyat pahang tidak mahu santau radio aktif
rakyat gebeng tidak mahu santau radio aktif

tetapi ada yang telah dirasuah
maka kilang santau radio aktif ini dilukuskan

mondus operandi para cukong ini sama
para cukong akan mencari politikus melayu
beri amoi
beri duit
bawak bercuti ke luar negara
akhirnya tanah kompleks sukan ini terjual kepada cukong



SIAPA TELAH DIRASUAH CUKONG




PKNS MESTI MEMBATALKAN CADANGAN PEMBANGUNAN KELANA JAYA

Pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa cadangan
pembangunan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya berdasarkan versi tidak
sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi
besar bukan sahaja untuk projek tersebut tetapi Petaling Jaya secara
keseluruhan.

Sebelum ini masyarakat setempat dimaklumkan bahawa padang tersebut
dizonkan sebagai kawasan komersial. Malah Ahli Majlis MBPJ dan saya
sendiri dibekalkan maklumat yang sama.

Hakikat bahawa wujud bercanggahan di antara RTPJ2 yang digazetkan
secara sah oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor
dengan versi kedua membangkitkan pelbagai persoalan.

MBPJ turut bersetuju bahawa versi pertama yang menyatakan bahawa
Padang PKNS merupakan kawasan rekreasi merupakan versi yang sah.

Sebelum ini saya telah menggesa agar perkara ini dibawa ke
Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan
Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor. Walaubagaimanapun Menteri
Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembentukan
jawantkuasa bebas berkenaan hal tersebut.

Saya mengalu-alukan pengumuman tersebut untuk menyiasat sebarang
salahlaku di dalam hal ini tetapi saya percaya sudah tiba masanya PKNS
mengambil keputusan yang tepat untuk membatalkan pembangunan Kelana
Jaya demi kepentingan masyarakat. Projek ini jelas sekali tidak dapat
diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya kita menamatkan
kontroversi ini dengan segera.

NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI DEWAN NEGERI SERI SETIA



layari radio bangsar utama sekarang:





5 ulasan:

freekelanajaya berkata...

aku dok sebelah padang pkns. kat mana nak ambik duit cukong?

yoko ono berkata...

bro,
ada password so susah nak komen.couldn't get it right.penat taip.
i know the players in pkns.

Tanpa Nama berkata...

minta tolong!
padang rumput tiga segi mah janda jangan dijual pada cukong.....
dah berkali2 menjanda........
kah...kah...kah.....
tak ada class....
kah...kah....kah....

average joe berkata...

yoko ono,
setelah penat2 taip sampai noktah terakhir, sila copy dulu the whole thing (n paste it somewhere first, like in notepad) supaya tak lah sia2 penatlelah anda, bila cuba masukkan authentication codes tu tak lepas2 sebab memang gaya tulisan kod tu macam perkataan kesukaan haji najib, haramjadah! (tapi aku rasa corak kod sekarang lebih baik sikit banding yg sebelum ni - jangan kata robot biasa, robot haramjadah pun susahpayah terbeliak bijimata nak cam huruf berlingkuk bersimpul macam ular spesis umngok tu!)

baru je 1lagi shopping complex (paradigm) tegak kat kelana jaya, yg bakal menambahteruk traffic jam sedia ada kat ldp (particularly that stretch!) dan jalan2 perumahan yg menghubungkan beratusribu rumah dan apartment sekitar kawasan tu, ni nak tukar padang pkns pulak lagi jadi hutanbatu tempat perdagangan?!! jalan mampus sesak kenderaan, penduduk pulak cepat mampus sesaknapas hidu karbon monoxide sedut debujalan!
agaknya cukong perasuah tu terlior nak buat pusat perdagangan amoi terbaru kot! tanya chua syok sek mungkin dia tau who are the players in pkns...

-average joe-
klakka-la.blogspot: DON'T HAVE A COW = TAKDE LEMBU?

bigfish berkata...

Aku takut sindrom yang dihidap oleh umno-bn berjangkait kat orang-orang PR. Janganlah memperjudikan kepercayaan orang ramai terutamanya pengundi kelana jaya..